Wednesday, January 18, 2012

Shih Tzu-satu penilaian semula


Saya nak amik kesempatan untuk citer sikit tentang sejenis baka anjing yang sgt popular di Malaysia,
Anjing baka shih tzu nie berasal dari tanah besar China. Sejarah menunjukkan bukti yg anjing shih tzu nie dah wujud di Beijing dari aal tahun 1800 lagi.
Anjing shih tzu nie orang untuk tujuan companion atau lap dog, erti kata lain, sebagai anjing buat teman atau kesayangan. Nak buat anjing pengawal jauh sekali kot..rasa rasa ada ke penyangak yang takut kalau terserempak dengan anjing shih tzu kalau dia tgh merompak rumah orang?? Mki rasa silap silap anjing shih tzu nie pulak kena curi..

anjing shih tzu yang telah siap didandan solek

Tapi tak baik gak mki ckp mcm tu, may be anjing shih tzu nie akan menyalak pada perompak@ penyangak…! Betol la, memang la perompak tak takut pada anjing baka shih tzu nie, tetapi x dapat di nafikan, kalau anjing nie salak, mau bingit  telinga….

Hari tu, mki ada ke pertandingan anjing kat KL, bila ternampak handler/pemilik tgh mengrooming anjing shih tzu nya, rasa nak pitam, terkedu, terkesima dan sebagainya…baying kan anjing nie dipakai kan “Curlest”!! setiap urat bulu anjing shih tzu digulung dengan rapi…
sebelum bulu dia nak jadi cantekk, inilah prosedur yang perlu dilakukan


Malah anjing shih tzu nie tak dibenarkan makan terus dari mangkuk biskut nya, sebalik nya, setiap butir biskut disuapkan ke mulot anjing shih tzu nie, owner cakap dia tak mau bulu dekat bahagian mulot anjing shih tzu dia kotor dan comot! Perghhhhhh! Korang mampoooo?? Hehehe mki tak mampoo…
Yang paling dikagumi, bila anjing shih tzu dia nak “poo poo”, pemilik angkat ekor anjing dan tadah dengan kertas tisu, alas an , owner tak mo bulu bulu dekat area ekor terkena kotoran najis….mak aii..sampai tahap mcm tu kan..besh la pulak kalau jadi anjing shih tzu nie….
Cuma mki tahu anjing shih tzu nie tak sesuai dipelihara kalau rumah ada budak budak, anjing nie suke ketenangan, kalau budak budak perangai mcm pelesit mau stress anjing shih tzu nie..
Mki rasa anjing shih tzu nie haruss disimpan dalam rumah, tak boleh nak dibayangkan kalau shih tzu yg berbulu mayang menghurai dibiar berlari di taman, habis la rumput kering, daun daun dan sampah yg akan melekat pada badan si shih tzu nie, satu lagi punya kerja pulak nak bersih kan…

anak anjing shih tzu yang berumur 4 minggu

So, kawan kawan peminat anjing, jangan la berangan nak pelihara anjing shih tzu kalau tak mampoo dari segi masa , kewangan sebab ini bukan anjing yang mudah dijaga, selain dari bulu dia yg panjang, mata anjing shih tzu yang terbeliak@terjojol selalu menyebabkan dia ada sakit mata, “cataract” dan ulser suka sangat pada anjing shih ztu.

dengan muka yang cute, riben di kepala lagik, hati siapa yg tak cair kan..


Kalau ada apa apa soalan tentang anjing shih tzu , sila la Tanya mki….

0 comments:

Pages