Thursday, April 1, 2010

Email dr Mukhlis

Assalaamu"alaikum wbt.
 
Tuan MKI:

Hamba sebenarnya nak post komen di blogTuan bertajuk "MKI Dan Anjing2nya.", tapi tak muatlah pulak, aduhai. (yg text hijau semua tu). Harap Tuan boleh do something, besar harapan hamba kalo Tuan dapat includekan komen hamba di tajuk seperti di atas. Terima Kasih didahulukan.

Wassalaamu"alaikum wbt.


Salam Khamis.

Hail You Bro MKI. You Got My Salutation.

Secerdik-cerdik kucing adalah sebodoh-bodoh anjing.

Seorang Indian Cab Driver bagitau hamba, "Anjing kalo u satu kali saja ada bagi dia makan, dia takkan lupa u sampai bila2 punya. Tapi kalo ini hari atau bnyk kali kita blanja kawan2 makanminum pun, esok hari saja diorang sudah lupa."

(Indian tu ada bnyk bad memories dgn kwan2, itu pasal dia kata camtu).

Maybe In Terms Of KenangBudi aka Friendship aka Loyalty, Anjing so far better than Human, (bagi Indian tu).

Satu sirah dahulu, ada seorang pemuda yg bnyk bergelumang dgn dosa2, sdg berjalan-jalan, tiba2 dia nampak satu anjing yg sdg dlm kehausan yg keterlaluan sampai terjelir-jelir lidahnya, nampak cam nak mati je. Lalu pemuda tu pergi cari air terjumpa satu perigi air, dicedok air dgn capalnya lalu segera dia kembali pd anjing tu, lalu diberi minum air itu pd anjing... dikisahkan bahawa ALLAH SWT telah MENGAMPUNKAN SEGALA DOSA-DOSANYA YANG TELAH LALU, BERKAT SIFAT IHSANNYA TERHADAP HAIWAN.

Nabi Musa as pernah bertanya kpd ALLAH, "Ya ALLAH, mengapa aku ini menjadi pilihan-Mu (menjadi seorang Rasul)?" Lalu ALLAH berkata, "Aku memilih engkau Wahai Musa kerna dulu engkau ditugaskan oleh majikanmu menjadi pengembala bebiri, satu hari seekor dari bebiri Tuan mu telah berlari agak jauh dari jagaan mu, lalu kamu mengejarnya kembali sehingga dapat, dan walau kepenatan mengejar bebiri itu, kamu tidak merasa marah sedikitpun kepada bebiri itu, malah kamu memeluk erat dan mencium bebiri itu dgn penuh rasa belas ihsan dan kasih-sayang, maka atas asbab inilah engkau menjadi Pilihan Aku (menjadi seorang Rasul)."

Seorang hamba abdi yg daif sdg ingin menjamah rotinya, lalu dilihatnya ada seekor anjing kelihatan spt sedang kelaparan dan sdg mencari makanan, lalu diberi makanan rotinya itu kpd anjing itu tanpa berfikir panjang. Lalu dtg seorang Sahabat Nabi SAW (Kalo tak silap Saidina Abu Bakar ra), bertanya, "Kenapa engkau memberinya makanan, sdg engkau pun bukan dari kalangan orang yg berkecukupan." lalu dijawab hamba abdi itu, "Ya, benar. tapi sungguhpun begitu, nasib aku ini jauh lebih baik dari anjing itu kerna aku punyai Tuan majikan yg aku bekerja dengannya di tempat ini, maka walau hari ini aku tdk dpt makan, esok2 aku masih boleh dapat makan. Tapi anjing ini, saya tdk tahu apakah nasibnya kelak, kalo saya tdk bagi dia makan hari ini, aku rasa belum tentu akan ada orang lain yg akan beri dia makan. Tambahan pula, anjing ini bukannya datang dari tempat ini (kira anjing sesatla kata orang), entah adakah orang-orang lain yg akan memberinya makan pada hari2 esok pula.?"
Mendengarkan penjelasan hamba abdi itu, lalu Saidina Abu Bakar terus berjumpa dengan Tuan Majikannya lalu dibeli (ditebus) hamba abdi itu pada waktu ketika itu juga, kemudian Saidina Abu Bakar kembali kembali kpd hamba abdi itu dan berkata, "Pergilah ke mana sahaja dan buatlah apa yang kamu suka, kerna engkau kini sudah bebas (dari dijadikan hamba abdi), kerna aku telah memnebus mu dgn berkat keprihatinan kamu terhadap anjing itu".

Pada Zaman-Zaman Kegemilangan Pemeritahan Empayar Islam dahulu, kalo depa (umat-umat ISLAM dulu2) ada nampak anjing sesat atau anjing liar yang tak tahu dari mana datangnya, depa captured anjing2 tu semua, bukan utk dikurung atau dianiaya dsb, tapi untuk di train kan anjing2 itu dgn pelbagai kemahiran2 yang berguna, spt kemahiran berburu, mengesan, dll yg sptnya, kira cam ala2 anjing bodyguard atau ingin jadikan anjing2 itu spt pasukan anjing2 elit (Special Unit) yg kaya dgn pelbagai skill2 yg bukan calang2 punya skill. Even kalo depa dapat tahu ada umat/orang Islam yg menganiaya anjing (juga haiwan2 lain), maka diorang akan dikenakan penalty yg sewajarnya.

*Dan tolong jangan sekali-kali anggap anjing ini bersifat najis (yg lebih kurang 2x5 macam babi, cuma rendah sikit tahap kenajisannya dr babi tu), anjing tak sama langsung dgn babi, In Terms Of level kenajisan, natural behaviour, tahap IQ+EQ+SQ dll. Beza antara anjing dgn babi ni ibarat langit dgn bumi.

Sori sekalian para pembaca yg tidak sehaluan dgn hamba, hamba bukan ProDog (hatta walau hamba ni lahir pd tahun anjing), cuma sekadar meluahkan apa yg difikirkan perlu utk diketengahkan (benda2/perkara2 yg haq).

Wallahu'alam...

Salam Mukhlis.

No comments:

Pages