ubat mata gentamicin dan gentadexa dititik 4 kali sehari ke dlm mata koko yg tercedera , koko juga diberi ubat makan baythril(sejenis anti biotik) yg agak kuat, biasa nya baytril merupa kan alternatif terakhir untuk kita guna dalam rawatan haiwan.

bagaimana pon selepas 5 hari mata koko semakin melarat, mki bawa koko ke hospital Veterinar UPM pada 19hb Jan, dan selepas dr nurul check koko, dia membuat pengumuman dukacita yg hampir meyebabkan pankreas MKI meletop iaitu mata koko tak dpt diselamatkan dan harus dikeluarkan...mki yg cekap berlakon berlagak cool dan pura pura setuju akan cadangan doktor....

Dr Nurul mencadangkan mki bawa koko kembali pada 21 hb Jan khamis ke hospital UPM untuk pembedahan mengeluarkan bijik mata@ bola mata koko, dr siap pesan agar koko berpuasa pada hari pembedahan bla bla bla......
mki mengangguk dan meng iya kan saja...lepas tu dr memberi ubat anti biotik kepada koko..mki pon balik...

Terus terang mki cakap mki bukan tak setuju dengan keputusan dr untuk mengeluarkan bijik mata koko, tapi pada mki kalau sekalipon koko dah buta, biar saja lah bola mata dia soket mata koko. tentu la menjadi satu adegan yg sgt huduh, kalau soket mata koko berlubang, selama mata koko jenis protruding atau bak kata orang jenis terbeliak...so bayangkan mcm mana rupa koko kalau sebelah mata dia berlubang????

anyway, mki terus kan juga merawat dan menitik ubat mata tanpa jemu dan menjalankan prosedur rawatan ini penuh dedikasi..akhir nya mki dapat lihat yg bola mata koko dan ada nampak tanda tanda penyembuhan....
Mki sgt bersyukur pada Allah SWT, so pada 27 hb Jan, mki bawa koko kembali ke Hospital Veterinar , dan Dr Nor yang periksa koko menyatakan kekaguman sebab mata koko dah hampir sembuh dan tak perlu dikeluarkan bijik mata nya...dalam hati mki, mki bercakap ,: mujur la mki tak dengar nasihat dr minggu lepas, kalau hari khamis mki bawa koko untuk surgeri mata, dah la jadi Kassim Selamat, lagi pon koko bukan nya pandai tiup seksofon pon..!!!
so, kesimpulan nya dr nor cadangkan agar kelopak mata ketiga koko dijahit supaya kecederaan pada kornea mata akan sembuh dengan cepat sebaik ditutupi dengan kelopak mata ketiga.
kesian , koko kelopak mata ke 3 koko dijahit untuk tempoh 2 minggu. dan selepas 2 minggu , dr cadangkan agar koko di bawa balik untuk di buka jahitan nya serta diperiksa untuk sebarang kemajuan....

mki serta beberapa pic koko, mata koko yg cedera serta rawatan yang dibuat keatas koko di hospital veterinar UPM.
sama sama kita mendoa agar mata koko segera pulih seperti sediakala
3 comments:
Salam bang.....per crita koko n amin skang..... lama tak dgr brita diorg.... hope ada update k tq
Salam M.K.I. saya nak tanya, bagaimana keadaan Amin dan Koko sekarang?Harap M.K.I dapat beri info yang terkini.tq.
itu orang yang menderakan anjing sampai ikatnya kat gate is inhuman !!!!! did such bad thing to a small animal... hope this kind ppl can get their retribution soon....... god bless this bad ppl being torture till die......
Post a Comment