By Kassim Mohd Hussain on October 14, 2009 11:00 AM
Salam Tun,
Kpd prof_ridcully & wajaperak yg terus dihormati.
Al-Baqarah 2 - 8
Kitab Al-Quran ini sebenarnya tidak ada sebarang keraguan (sebagai sesuatu yang datangnya daripada Allah s.w.t dan sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang mahu bertaqwa.
Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat seta menafkahkan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Dan juga orang yang beriman kepada Kitab Al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan yang diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (mengetahui secara pasti).
Mereka itulah (yang memenuhi sifat-sifat tersebut) yang beroleh petunjuk daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah orang yang berjaya.
Sesungguhnya orang yang kafir (yang tidak akan beriman) sama sahaja bagi mereka; sama ada engkau beri amaran kepada mereka atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak juga akan beriman.
(Dengan sebab keingkaran mereka itu), Allah mematerikan (mengunci mati) hati dan pendengaran mereka, serta pada penglihatan mereka ada penutup (sehingga mereka tidak beroleh manfa'at daripada kebenaran yang sampai kepada mereka); dan bagi mereka pula disediakan azab yang amat besar.
Di kalangan manusia ada yang berkata, "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat," padahal mereka sebenarnya bukan orang yang berimanj.
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang yang beriman (dengan berpura-pura beriman dan menyembunyikan kekufuran), padahal mereka hanya memperdaya diri mereka sendiri, tetapi mereka tidak menyedarinya.
Al-A'raf 2 - 4
(Al-Quran ini) sebuah kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad daripada Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang didalam dadamu mengenainya, agar engkau memberi amaran dengan al-Quran itu (kepada orang yang ingkar)dan menjadi peringatan bagi orang yang beriman.
(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu, dan janganlah kamu menuruti pemimpin-pemimpin selain-Nya. (Tetapi sayang) amatlah sedikit di kalangan kamu mengambil peringatan."
Berapa banyak negeri yang Kami binasakan, maka datanglah azab Kami menimpa penduduknya pada malam hari atau ketika mereka berehat di tengah hari.
A-A'raf ayat 6
Maka sesungguhnya Kami (Allah) akan menyoal umat-umat yang telah diutuskan (rasul-rasul) kepada mereka dan sesungguhnya Kami akan menyoal juga rasul-rasul itu (tentang tugas da'wah mereka).
Al-Ra'd ayat 1
Alif, Lam, Mim, Ra'. Ini adalah ayat-ayat Kitab (al-Quran). Apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) daripada Tuhanmu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.
Sekarang cuba pula kita lihat kecaman terhadap pengusaha muda di Janda Baik, Pahang. En. Muzaffar Kausar Ishak berusaha memelihara dan membiak anjing, ini di pandang oleh kebanyakan Melayu Islam satu penghinaan terhadap Islam! Perkara ini, sebagaimana diberitakan, diburukan lagi oleh bekas mufti Wilayah Persekutuan, Prof Datuk Dr Muhammed Yusoff Hussain, berkata "mengikut mazhab Syafii, anjing boleh dipelihara bagi tujuan tertentu, seperti menjaga keselamatan, latihan, menolong orang buta, mengesan dadah dan memburu".
Beliau menambah, "Menyentuh anjing tidak salah mengikut mazhab Maliki, tetapi mazhab Syafii di ikuti pengganut Islam Malaysia oleh itu tidak sepatutnya pemilik anjing bergambar dalam keadaan bersentuhan dengan haiwan itu".
Ternyata ucapan beliau mengelirukan, apakah Islam ini dimiliki imam Maliki, imam Bukhari atau juga ada yang lain-lain? Kenapa tidak terangkan kan kepada kami menurut firman Tuhan di dalam Quran! Jika masaalah sekecil ini orang-orang seperti beliau tidak berani membuat penerangan menurut Quran, berkemungkinan sebahgian besar rakyat Islam Malaysia akan berterusan hidup dalam kegelapan!
Siapa Yang Akan Di-Pertanggung Jawabkan?
Zaman untuk menerima tanpa berpikir dengan waras yang masing-masing akan dihitung dan pertanggung jawabkan kelak, malangnya, akan berterusan hingga kiamat. Tak tau pula kapan tibanya!
Sementara menunggu masaalah ini diselesaikan oleh para professore di samping menunggu kiamat tiba, teruskan saja usaha pemeliharaan dan pembiakan anjing, ia berkemungkinan mendatangkan hasil yang lumayan.
mki sarankan anda melawat : Chedet