Tuesday, September 8, 2009

The true story of Hachiko the faithful dog




Pada tahun 1924, seekor anjing bernama Hachiko telah dibawa ke kota Tokyo oleh Tuan nya Hidesaburo Ueno, seorang pensyarah Jabatan Pertanian dari Universiti Tokyo, Jepun.

Hubungan antara Hachiko dan Tuan nya Hidesaburo Ueno boleh dikatakan bagai isi dan kuku, terlalu akrab. Setiap hari Hachiko menemankan Tuan Ueno berjalan kaki dari rumah nya ke Stesen keretapi di mana Tuan Ueno akan menaiki tren ke Universiti.

Setiap petang juga Hachiko berjalan ke stesen keretapi untuk menunggu kepulangan Tuan Ueno dari Universiti. Tidak pernah satu hari pun Hachiko tidak menunggu menyambut kepulangan Tuan Ueno.

Bagaimanapun, pada bulan May 1925, Tuan Ueno diserang angina ahmar di Universiti dan terus meninggal dunia . Seperti hari hari yang lazim, so hachiko masih menunggu kepulangan Tuan Ueno di stesen Keretapi, tetapi Tuan Ueno tidak juga kunjung tiba.

Selepas kematian Tuan Ueno, hachiko telah diberi kepada pemilik baru untuk dipelihara, bagaimana setiap hari juga, si hachiko akan lari dari rumah Tuan baru untuk ke stesen kereta untuk menunggu kepulangan Tuan Ueno. Perkara yang sama berulang di mana setiap hari hachiko akan lari ke stesen tren untuk tunggu kepulangan Tuan yang dikasihi.

Akhir nya hachiko engga meninggal kan stesen tren terus menunggu kepulangan Tuan Ueno siang dan malam. Tanpa mempedulikan hujan dan panas, rebut dan badai, si hachiko terus menunggu Tuan Ueno dari hari berganti minggu, minggu berganti tahun…

Orang ramai yang pernah menyaksikan hubungan antara hachiko dan mendiang Tuan nya begitu terharu dan tersentuh dan mereka membawa makanan untuk si hachiko yang terus setia menunggu kepulangan Tuan Ueno.

Selepas 10 tahun Hachiko menunggu Tuan Ueno di stesen keretapi, akhirnya Hachiko menghembus kan nafas terakhir sambil mata nya terpandang ke tempat di mana Tuan Ueno menaiki tren….

Pada hari ini, sebuah patung hachiko dibina pada tempat yang sama di mana hachiko menunggu sepanjang hayatnya akan kepulangan Tuan Ueno yang sangat dikasihi….

Pages