Sunday, August 23, 2009

Perkembangan Amin Part 2

tengah dok potong kuku amin

tak leh potong terlebih nanti darah pulak kuku amin

mki check gak gigi si amin, takut ada tartar atau radang gusi

berat dan montel dah amin, malah bulu pun dah naik berbanding dgn2 minggu lepas


amin sedang mki mandikan


pakai shampoo berubat untuk sembuhkan kelemumur amin

sabun dan garu habis habisan

Lepas 2 minggu dalam jagaan mki, amin telah menunjuk kan perubahan yg sgt positif, walaupun dari segi psikologi amin masih trauma dan sgt fobia pada manusia, namun selesa makan amin, ya ampun,,, sungguh mengkagumkan hehehe...bubuh jer biskut liow...sekejap ada, sekojap dah tarak... lepas suntikan ivermectin tempohari , kurap kurap amin dah sembuh 90 %, badan pon dah montok..dah berisi...

hari pertama ramadan, sebelum waktu berbuka sekitar jam 5 pm, mki pon mandi kan amin, maklumlah sejak sampai mana ada mandi kan, mki sental amin cukup cukup, kerak kerak dan kelemumur amin sumer tertanggal...wangi la jugak...

may eb dlm 2 minggu lagik, amin mki nak bawak ke klinik untuk dikembirikan dan dan juga untuk diberi vaksin..dan lepas itu..kalau amin tak trauma, mki nak cari good home untuk amin..andaikata la, tak laku gak..maksud nya..tak ada yg nak kat amin...maka mki akan bela saja amin mcm mki bela bobbi dan ameng..sampai la mki dah meninggal atau pun depa yang meninggal..tengok siapa yg pi dulu....

lepas mandi kan amin, kita tos kan air dari badan amin, supayatuala tak la basah teruk.. kasi air dia leleh dulu, baru lap.


lepas mandikan amin, kena la lap kan air dari badan dia, kalau takcian dia sejukkkkkkkk



sebab amin jenis bulu pendek, selamat la..tak yah nak pakai hairdryer untuk keringkan bulu dia

Dah siap..!

Thursday, August 6, 2009

Anjing bernama Amin

Umum dah tau tentang anjing yang stay di rumah mki di cheras yg nama nya ameng dan bobbi...
mereka berdua dah jadik best fren dan sgt sihat malah wal afiat..

sejak 2 minggu lepas , tak jauh dari rumah mki, mki ternampak sekor anjing yg dalam keadaan menyayat hati...keadaan sungguh menyedihkan, dah lah kurus, kutu dan parasit penuh di badan dia....dah nasib dia menjadi anjing jalanan.. memang selalu tak dapat makan, biasa lah menjadi anjing di bumi Malaysia, adalah perkara paling malang dan menyedihkan..orang melayu di kampung berhampiran telah diajar bahawa anjing adalah NAJIS MUGHALAZAH, so , setiap kali anjing yg mki nama kan Amin pergi ke tepi rumah untuk meminta makan, tuan rumah dan anak-anak akan segera membaling batu dan kayu pada si amin....
Mki tau jugak ada yang bila tengok Amin datang menghampiri dapur mereka, si ibu akan segera menjerang air di dapur, dengan niat untuk menuang air yg mendidihkan ke atas Amin...... Mki bertanya juga kenapa.... orang melayu yang beragama islam mesti tuang air panas serta membaling batu pada anjing terbiar atau anjing jalanan???

alasan yang diberikan? Anjing islah najis Mughallazah (erti kata lain , najis terkotor atau hardcore najis) Mki yg bermazhab maliki rasa sedih dan sebak..kenapa anjing terbiar dan anjing jalanan diberi layanan sedemikian rupa... sebenarnya sebagai pengikut mazhab maliki, anjing bukan lah najis, let alone najis Mughalazah! Yang mewartakan Anjing as najis bukan Allah SWT atau Rasullah SAW, tetapi cuma seorang Imam yang bernama Syafie( Pengasas Mazhab Syafie)...

Tapi, percaya lah wahai orang islam semua, kalau betul lah , anjing ialah najis sekali pon , ISLAM tetap melarang umat nya menzalimi anjing terbiar...kenapa lah ada antara kita yg sanggup mendera serta bertindak kejam pada anjing yang dtg untuk menumpang serta meminta makan di luar rumah kita...

mki sangat tertarik dengan ajaran serta kepercayaan agama Buddha, dimana mereka percaya pada KARMA, maksud nya , kalau hari ini kita ambil batu dan baling pada anjing atau kalau kita didih air panas dan tuang kan akan atas anjing, maka bila kita dah mati, kita akan dilahirkan semula manjadi anjing, dan orang lain pulak akan berlaku zalim dan kejam pada kita, makna nya sebagaimana kita baling batu pada anjing semasa hayat kita, aahh,, kali ini, kita jadi anjing, orang lain pulak tuang air mendidih atas badan kita....
so tepat, jam 5 pm, mki bawak jaring satu dan crate anjing dan mulai operasi menyelamat si amin dari terus menjadi mangsa deraan dan zalim, mki nampak amin tengah rehat atas jalan raya....so mki park keta tepi jalan, mula mula mki ingat nak tangkap jer tengkuk si amin, rupa rupa , sangkaan mki meleset, amin punya la garang, ngalahkan anjing Rottweiler! hehehe, dia cuba kejar mki dan nak gigit pulak kaki mki...pada mki, amin terlalu trauma setelah sekian lama dizalimi dan didera secara fizikal dan mental....so, pada mki itu adalah tindakan reflexs amin...
Tapi ialah, pada mki, anjing rottweiler pon boleh handle, tak kan lah anjing sebesar amin pon mki tak leh handle, malu la... mki ada bagitau nasser tentang plan nak rescue si amin, kata nasser bawak ramadan, kalau ada pembantu senang sikit.. alah, mki cakap anjing ketot mcm amin, sorang pon mki boley handle...

so, dlm 10 minit, mki dapat cekup amin pakai tangguk, punya melolong si amin kena cekup...bersungguh sungguh dia nak gigit jaring/tangguk.

mki pon transfer dia ke kotak biru dan bubuh amin belakang kereta mki. sampai di teratak mki, kami pindah kan amin ke sangkar kosong dan bubuh satu mangkuk air bersih dan satu mangkuk biskut. amin pura pura tak mau biskut yg ditawarkan...tapi kan lepas 1 jam mki gi check, bersih sungguh mangkuk makan amin, malu malu anjing rupa nya...

mki mula rawatan pertama iaitu memberi suntikan ivermectin untuk membasmi segala cacing yang ada dlm perut amin, ialah dah anjing terbiar mesti ada parasit, ubat ivermectin juga akan membunuh kutu kutu dan hama yg ada pada tubuh amin.

rawatan kedua mki bagi suntikan Baythril, ini ialah untuk penyakit kulit, kurap kurap yg ada pada badan amin... 2 hari lagi, mki nak bagi suntikan vitamin pula...kalau amin cepat jinak, mki nak sental dia cukup ckup dia syampoo berubat, dan lepas tu mki nak bawak amin ke klinik untuk vaksinasi dan untuk
dikembirikan....

mki akan cuba update progress amin dari masa ke semasa , semoga amin cepat sembuh . Mki nak amin tahu..orang ISLAM lazim nya tak akan bertindak zalim dan kejam terhadap haiwan termasuk haiwan yg dikatergorikan sebagai najis Mughalazah oleh pihak tertentu , maybe yang bertindak zalim dan kejam pada ANJING ialah orang MELAYU but bukan ISLAM.
Amin, semoga cepat sembuh ya....

Pages