Friday, June 26, 2009

Tragedi 1hb June 2009



Lepas satu, satu lagi,, selepas beberapa hari Regina meninggal, choice pulak naik angin pada wiski lantas gigit nya so wiski..sebab nya wiski intai anak choi yang baru lahir...may be si choice ingat si wiski nak mamam anak dia..terus dia serang si wiski...




Melolong si wiski lari dan menangis sekuat hati bila choice gigit dia..mki rasa sangat panik dan terus mencari wiski..bila jumpa wiski yg nangis bawah rumah...alamak..lemah lutut mki...pening pun ada, nak pitam pun ada..darah banyak meleleh bercampur dengan air liur si wiski...mki lantas memeriksa kecederaan wiski dan alangkah sedih nya setelah mendapat rahang bawah wiski dah terpatah ..malah tergantung mcm tu....mki lantas memasukkan wiski ke kotak nya dan terus bergegas ke Hospital Veterinar UPM.

Dr Nor Alimah memeriksa wiski dan mengatakan wiski anjing yg sangat baik perilaku, sungguh tenang walaupun kecederaan nya teruk...




mki pendek citer, 4 mlm wiski kena duduk di wad, hari pertama IV atau drip dimasukkan ke badan wiski, keesokkan hari, dr buat X ray nak tengok macam aman teruk patah nya rahang si wiski...dan lepas X ray, pembedahan di buat dengan mengikat dawai pada rahang wiski....

so, hari ini 5hb June 2009, wiski dibenarkan pulang dengan mulot berbandage serta kena paki E colar...kalau you all yg tak tau apa itu E colar, sebenar nya E color nie singkatan untuk Elizabeth Colar..dr selalu pakai pada leher anjing dan kucing yg cedera supaya dia tak boleh nak garu atau buka kan balutan @ jahitan @ bandage yg dipasang...

so, mki kena suap kan makanan tin yg sgt lembut pada wiski sementara rahang dia nak baik, dr cakap dekat 2 minggu atau mungkin sebulan baru boleh baik rahang si wiski...yer lah, dah rahang patah, mana boleh wiski nak kunyah benda keras, mesti sakit dan akan bertambah bengkak gusi dan rahang nyerr...

lepas mki bayar kos rawatan si wiski yang berjumlah hampir rm 700, mki dan wiski pon berangkat pulang ke teratak...di puncak gunung...mki selalu teringat pada si wiski semasa dia kena tahan di wad..mujur la dr Daven ada call mki setiap hari dan update perkembangan wiski...

wiski....jangan cari pasal dengan choice ok???

Saturday, June 20, 2009

Asiatic mouflon(Ovis orientalis)



Baru Baru nie, pihak A formosa, dari Melaka telah berkunjung ke Teratak MKI dan berbincang untuk membuat pertukaran haiwan dengan mki, mki telah memberi sepasang Indian Bonnet Monkey(maca radiata) kepada pihak aformosa dan balasan nya, pihak a formosa telah memberi 1 ekor asiatic mouflon jantan dan 2 ekor betina.




sebenar asiatic mouflon nie adalah sejenis kambing liar(hutan), malah mouflon ini dipercayai merupakan nenek moyang(ancestor) kepada semua kambing yang wujud pada hari nie....mki minat haiwan yg liar , dan eksotik, kalau kambing boer, jamnapari, kambing kampung mii kureng minat ..hehehe...



kalau ada rezeki, tak lama beranak pinak ler hendak nya asiatic mouflon nie...yer la, buat masa nie, cuma Aformosa dan teratak mki jer yg ada asiatic mouflon dalam koleksi ....malah zoo negara pun tak dak asiatic mouflon....

Wednesday, June 10, 2009

MKI di air terjun Temurun 10 Jun 2009

Pada 10 hb June, mki melawat sekejap air terjun Temurun di Langkawi…naik flight air asia, dari LCCT jam 2 pm, flight balik jam 2015 mlm…mki park keta kat LCCT jer…

Air terjun Temurun cantik, masa mki sampai seorang pun tak ada…air nya jernih, mki kena puji persekitaran nya bersih sungguh, tergamam jugak…yang lagi nak buat mki pengsan terlalu terkezut ialah tandas awam dia bersih sungguh…sesuatu fenomena yang sungguh pelik untuk tandas awam di Malaysia..tapi then again, bak kata org dunia dah nak kiamat kan..hehehe…

Kata seorang teman, air terjun temurun nie suka menjadi tumpuan orang skodeng…ramai sungguh yang gersang dan tak mampu nak ke hotel….akan dtg mengawan di semak semak sekitar air terjun Temurun..er…tu sebab masa mki tengah mandi di air terjun nie, terasa jugak…mcm ada banyak mata mata sedang memerhatikan segala gerak geri dan tindak tanduk mki..hehehe…anyway..mki pon posing maut , ialah kalau posing dasat, tak lah malu kalau pic mki tengah mandi disebarkan melalui mms melalui internet…hehehehe




Monday, June 8, 2009

Lawatan Dr Kevin Lazarus ke Teratak MKI pada 7hb June 2009


Pada 7 hb Jun 2009, Dr Kevin Lazarus, Pengarah Zoo Taiping telah membawa famili dia datang melawat ke Teratak MKI. Lawatan Dr Kevin boleh dikatakan sebagai lawatan balas seba tak laam dulu mi ada melawat zoo taiping dan berbincang dgn dr kevin.

Perbincangan semalam agak menarik di mana mungkin pihak Zoo Taiping akan membuat penukaran species hidupan liar dengan teratak mki..tetapi species apa yang akan ditukar belum dapat di konfirm kan lagi...mki akan update perkembangan dari masa ke semasa....

Wednesday, June 3, 2009

Tak Sabar Nak Balik Ke Teratak MKI




Setiap kali mki keluar terutama ke KL, hati mki senantiasa teringat semua haiwan yg ditinggalkan nun di atas gunung....mujur mki ada staff yang agk boleh dipercayai..so, mki selalu gak telepon si ramadan dan tanya itu dan ini...tanya kucing dan makan belum? dah bukak ke kipas angin untuk si regina...bla bla...bla...

staff staff tau sgt perangai mki, kalau telepon dia org bunyi kena jawab, alasan tak dengar, ada dlm toilet, hp tengah charge tu sumer mki tak akan terima dan mki akan mendeklamasi kan "sajak" dan "puisi" sampai bernanah dan bengkak telinga staff..mki selalu berpesan hp penting untuk mki hubungi mana tau ada emergency atau darurat...staff kalau tak kena carut lebih suke guna hp untuk dengar lagu dan ambik gambar..sedang tujuan asal hp pada mki ialah untuk membuat panggilan dan menerima panggilan.

Begini la scenario yang mengalu alukan mki setiap kali mki sampai di depan pagar...sumer anjing anjing akan beratur seolah oleh berbaris untuk menyambut kepulangan mki..

ok tengok foto nie baik baik, mki bagi penerangan sikit, paling kiri , siapa lagi kalau bukan si koko yg sibuk,pas tu si sake (2 dari kanan),pas tu si choice, sebelah choice pulak si, glenn(yg tengah cium cium buntut si choice!hehehe)todi, mai li,wiski dan luna..yang paling kanan ialah chip chip(chihuahua male)...

pada mereka yang pernah melawat teratak mki, pasti anda semua faham dan tahu bagaimana rapat dan sayang nya kesemua anjing anjing pada mki....sampai mki nak jalan pon susah...hehehe pernah beberapa kali hampir tersungkur sebab si sake suka menyekat mki waktu berjalan....

semoga Allah SWT terus memberi MKI kekuatan, rezeki, kesihatan yang baik, dan umur yang panjang agar mki boleh terus menjaga haiwan haiwan kesayangan ini...

Pages