Sunday, May 31, 2009
Regina...you have 4 beautiful cucu now
Friday, May 29, 2009
Regina Dalam Kenangan 9 March 2003 - 29 Mei 2009



Sunday, May 24, 2009
Nasib Malang Yang Menimpa Regina
regina tengah berehat atas toto nya, bing bing dan madam tumpang sekaki tenggek atas toto regina, mujur regna bagi depa share toto dia.. air bersih untuk regina kita kena selalu stand by..sebab regina kuat minum air...Regina Vom Beni, Rottweiler yang diimport dari Eropah..telah melahirkan 3 ekor anak baru baru, nie, malangnya ketika puppy nya berusia 3 minggu, regina kena infeksi pada ekor...disebab kan jangkitan itu telah melarat ke tulang belakang regina..dia sekarang lumpuh kedua dua belah kaki belakang nya....
8 hari regina dirawat di fakulti Veterinar UPM...Dr Erni dan Dr Nor Alimah cuba sedaya upaya untuk memberi rawatan terbaik pada regina...
pada hari pertama saya bawa regina. Dr Gurmeet, dr Veterinar kanan telah menjalankan Ujian Ultra Sound dan mendapati regina tak dapat buang air besar dengan normal... pundi regina pulak mcm nak meletop sebab tak dapat nak kencing .... regina juga di X-ray untuk meyiasat punca kaki belakang nya lumpuh....
Keesokan hari, tiub dimasukkan ke salur kencing regina untuk membolehkan air kencing keluar.... regina enggan makan.. mogok lapar pulak.. setiap hari, Dr terpaksa force feed(paksa makan@ suap) 5 tin AD science diet.... regina pulak demam panas... IV terpaksa dimasukkan dengan metro (anti biotik) selama 1 minggu...kaki kiri regina kena cukur sebab nak masukkan jarum untuk IV... lepas 3 hari... jarum kena pindah ke kaki kanan pulak.... kata doktor , jarum di kaki cuma boleh maksima 3 hari .lepas tu kena tukar ke kaki yg lain....
Semasa regina mki bawak ke Hospital UPM, doktor dapati suhu dia tinggi, doktor suspect dia demam panas, tapi pada masa yg sama, ada jugak haiwan yang akan naik suhu badan disebabkan transpotation dari rumah ke hospital...
sake mesti jadi tukang sibuk, bila mki nak amik pic, dia suke enter frame...yang tenggek belakang regina ialah Boon, dia pulak ialah anjing jenis PUG, mata dia dia senantiasa terbeliak..kadang kadang mki risau mata dia buleh terjatuh atas lantai..heheheTapi esokkan hari, dr confirmkan mmg regina demam panas, so, bayangkan doktor terpaksa keluar air kencing regina, pasti najis regina juga dikeluarkan, tak kurang juga, dr kena usaha untuk turun suhu regina... lepas 6 hari di UPM, dr cadangkan agar ekor regina dipotong buang sebab dr suspect infeksi ekornya punca jangkitan kuman pada sistem vetebrae regina, mki ikut saja cadangan dr.
ada sekali, hari ke 4 regina ditahan di hospital UPM, Dr Erni call hp mki dan maklumkan yang bola mata regina bergerak tanpa kawalan...ini petanda yang kurang baik...besar kemungkinan jangkitan telah sampai ke otak...mki harus bersedia untuk sebarang kemungkinan termasuk akan kehilangan regina untuk selama lamanya..
sebaik saja dr erni meletak kan telefon, tanpa mki sedari, air mata mki jatuh berjurai jurai .. macam air terjun pulak... rasa sebak dan sedih yang amat sangat tak dapat digambar dgn kata kata... mki bergegas ke UPM dan berjumpa dgn regina.... mujur bila sampai ke hospital air mata mki dah kering... kalau tak malu jer mcm jejak kasih la pulak kat hospital upm....
bila mki sampai ke hospital veterinar UPM, mki usap dan tenung ke dlm mata regina..mki minta ampun pada regina akan segala dosa dan kesalahan yang mki pernah lakukan pada regina...mki bimbang mungkin salah dan silap mki lah regina jatuh sakit dan kena jangkitan sampai tahap mcm nie...
semasa regina merenung ke dlm mata mki, segala kenangan yang silam mula menbanjiri memori mki, teringat semasa regina menang kejohanan MKA di mana regina berjaya mengalah 18 ekor anjing dalam pertandingan yang besar di South City Plaza....
Regina juga pernah gigit buntut staff mki yang datang ke rumah mki waktu malam tanpa bagi salam..hehehe... tapi mki tak marah pon regina, malah mki sergah pulak staff tu yg buntut dia kena gigit..er.. kenapa datang tak bawak lampu suluh, kan regina dah gigit pantat engkau..hehehe.... sayang mki pada regina tiada tolok bandingan nya....
selepas 9 hari di UPM, infeksi regina sudah dapat dikawal.. dan dr call mki suruh bawa balik...ke teratak mki... banyak sungguh ubat ubat yang regina kena makan....satu hari 2 kali....mki yang suap dia... regina sekarang kena duduk atas tilan atau toto , kalau tak siku dan lutut dia kematu..dr suruh mki urut kaki belakang regina 3 atau 4 kali sehari..takut kaki dia mengecil sebab tak digunakan....

setiap hari tilam regina kena ditukar 2 kali terutama lepas dia kencing, tilam basah dijemur, kami bubuh tilam baru kat regina... cuaca kalau panas, mki kena pasang kipas 2 bijik kat regina, satu kipas dinding, satu di lantai....
hari tu, ada kawan mki call, tanya kabar... mki citer secara ringkas masalah yg menimpa regina, kawan mki, faizano cadangkan, regina dibunuh saja dengan suntikan racun sebab dia dah lumpuh...mki jawab balik pada faizano...esok bila bonda awak dah tua dah lumpuh, awak put to sleep bonda awak ok? amacam? Faizano tergamam dan terkedu dengan jawapan mki....
Thursday, May 21, 2009
Betul ke Orang Melayu Tak sayang anak sendiri????
Jum kita tgk scenario di bawah ;
1) You all pernah tak tengok budak kecik duduk atas riba si ayah sambil si ayah memandu kereta??? Sesungguh nya bukan saja salah di sisi undang undang, tetapi si ayah meletak risiko maut pada si anak, yer lah, kalau la si ayah terpaksa emergency brek, tak melambung ka anak dia , malah akan terhempas ke wind screen dan akan mati la si anak dengan serta merta....kalau anak kecik tak duduk atas riba si ayah, si anak kecik akan dipangku oleh si bonda di tempat duduk penumpang depan, padan si ayah, 2X 5 dengan si bonda la jugak, punya la bodoh, lagi otak udang !!!! kalau awak sekeluarga sayang kan anak, suruh la anak duduk kat belakang, pakai kan tali pinggang keledar, kalau seat belakang tu tak dak seat belt, suruh penumpang belakang pegang @ dukung anak kecik awak tu.... mki tengok kalau kat over seas, orang putih akan beli satu kerusi untuk budak kecik dan pasang di kerusi belakang, masa si bonda atau ayahanda drive keta, budak kecik akan dibubuh di seat baby dan diikat dengan tali pinggang untuk anak anak..at least, kalau berlaku eksiden, risiko budak kecik rendah.....

Cara yang betul untuk anak kecik duduk dalam kereta. kalau ibubapa sayang anak, inilah cara yang sebenarnya semasa travelling dalam kereta.
Mki kagum gak tengok cara orang cina travel dengan anak anak dlm keta...mki tak pernah la pulak terserempak dengan org cina yg bagi anak kecik duduk atas riba ayah atau ibu di tempat duduk depan, selalu nya si budak kecik akan didukung oleh si orang gaji indon @ filipine atau pon si nenek akan pangku cucu kesayangan....di tempat duduk belakang....macam nie la bila orang sangat sangat sayang anak dia...dia akan laku kan yang terbaik dan tak akan mendedahkan anak dia kepada risiko yang berbahaya atau boleh mengancam keselamatan @ nyawa anak nya....
Mki bukan nak cakap apa , kalau di USA, mana mana parents yg didapati membahayakan nyawa anak sendiri seperti membenarkan anak kecik duduk di atas riba penumpang depan didlm kereta, Jab kebajikan masyarakat amerika akan merampas anak kecik tersebut dari ibubapa dan akan diletakkan dlm jagaan mereka, mudian, parents yang dikatergorikan sebagai parents yg tak bertanggungjawab lagi cuai akan dihadapkan ke mahkamah, dan jika disabit kesalahan oleh mahkamah, kena penjara la jawab nya..si anak pulak akan di tempat di rumah keluarga angkat...
Bila lah Negara tercinta Malaysia akan meminda undang undang yg sedia ada supaya ibubapa yang merbahayakan nyawa anak akan dipenjarakan .
Ada kes budak pompuan yang mak bapak dia benarkan ke pasar malam seorang diri , lepas tu kena culik, pas tu mayat dia dijumpai disumbat dlm beg sukan...mki bersimpati dengan nasib malang yg menimpa si mangsa, tapi mki tetap salahkan parents dia, dlm kes nie, si ayah tengah keja bawak teksi, si ibu ada kat rumah, kenapa la , awak boleh benarkan anak awak ke pasar mlm sorang sorang...anak awak cantek la pulak....bila perkara dah jadi, satu Malaya gempar, si ayah menjadi sgt glamour, sampai tahap dia kena berhenti bawak teksi, saban hari muka si ayah kuar newspaper jer, macam wira atau hero pulak...sedangkan pada mki, korang la parents yang pandai buat anak tapi tak pandai jaga...sepatut si parents 2 ekor kena charge kat mahkamah, tapi apa nak buat, Polis kata, kesian pulak kat parents nie, dah la anak jadik mangsa, nanti si parents lak kena masuk penjara atas sebab cuai...kalau ikut hati MKI, penjara jer...biar jadi ajaran pada ibubapa lain supaya lebih prihati dan lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan anak sendiri..ini tidak, kalau dah melayu tu, sama sekali tak akan ngaku kesalahan @ kecuaian sendiri...malah akan tuduh “ apakan daya , sudah suratan takdir..atau “ Tuhan lebih menyanyangi nya” atau “ kita mesti terima qadak dan qadar”....
Pada mki ini adalah alasan terbodohs dan paling memalukan yg pernah mki dengar..kalau mcm tu, mki pon boleh gi rompak bank....pas tu bila kena tangkap polis, bagitau je polis, bukan salah saya, tapi sudah “kehendak Nya “ saya merompak atau” dah suratan takdir saya merompak...err...saya tak bersalah....alahai, kenapa manusia nie begitu tolol dan jahil..
Mercun, Hari Raya dan putus jari
Siapa tak sayang jari, meh la beli mercun, kalau tak, kalau mercun roket hinggap atas atap nipah rumah jiran...tak beraya la jiran awak tuu
Mki terpanggil untuk menulis tentang kes putus jari bila dekat hari raya....kalau you all boleh ingat, every year with out fail, kat newspaper dan berita, mesti ada kes budak budak melayu yg terlalu kreatif dan buat meriam buluh atau sumbat serbuk belerang ked lm batang paip atau buluh, dan kesudahan nya ????? beraya di hospital la jawab nya...tak caya? Tengok je tahun nie, raya 2009, kita sama sama tunggu masuk bulan Ramadan...tgk la first day Ramadan, mesti ada yg dah putus jari..lebih malang, buta pulak mata sebelah kena serpihan paip besi yg meletop....
Jumlah main meriam buluh, tak bahaya pon, paling paling pon, putus jari ka, buta mata ka, alah, kalau buta pon, belajar la main seksafon, untung untung boleh jadi Kassim selamat...
Yang MKI heran , bukannya apa,,main mercun atau bunga api sebenar nya adalah budaya orang cina, tapi apa yg mki tgk, melayu pulak yg over, mki tak pernah pulak baca paper citer budak cina putus jari ka, konek ka, atau mata buta jadi kassim selamat semata mata main mercun atau meriam buluh...kesimpulan nya?? Orang cina jauh lebih cerdik dan pandai dari org melayu, tu sebab yg putus jari, buta mata, putus tangan semua nya bangsa melayu....pada mki, parents ambik tau sama apa anak lelaki awak buat, alasan such as susah nak kawal, mata Cuma ada sepasang, budak tu memang setan dan buas is not acceptable..dah anak awak, pandai pandai la jaga..ini tidak, kalau bab buat anak cekap, dah cekap, pandai pulak tu, tapi bab membesar kan anak...alahai.....
Jeng..jeng jeng!!!Musim Mengawan Orang Melayu akan bermula???
Ewahhh! Mesti ramai yang teruja baca tajuk di atas...apa yg mengawan nya? Bila musim nya?hehehe
Citer dia mcm nie, 30hb Mei kan dah cuti sekolah, siap 2 minggu pulak tu, masa musim cuti sekolah lah mki kata kan musim mengawan sebab ramai orang melayu akan berkahwin!!! Hehehe tak setuju ker kalau mki cakap musim orang kawin sama lah erti nya dengan musim mengawan..muahahaha....
Tak caya...tengok occay...sini sana you all akan dapat jemputan sahabat handai atau sedara mara yang akan kahwin..apa lagi...nikah pada siang nya..malam mengawan la jawab nya....perghhhhh
Yang mendukacita kan mki, pada musim cuti sekolah lah, kita akan baca dlm akhbar dan berita, eksiden yang sangat dasat, van disewa, bus disewakan eksiden sebab satu family nak gi makan kenduri...mki rasa kesal jugak..gara gara nak gi makan kenduri..seluruh keluarga terkorban sebab kemalangan jalan raya...pada mki, kenapa perlu bergadai nyawa semata mata nak hadiri kenduri kawin???sedap sangat ke nasik minyak atau nasik tomato tu..sampai sanggup amik risiko mengundang maut...hari tu, mi baca paper, keluarga nie, sewa van dari Johor nak ke Kelate sebab nak makan kenduri adik beradik nya...van eksiden dengan treller , 12 orang meninggal.....
Emm...memang la ada orang boleh cakap, dah sampai masa, nak buat mcm mana??? Pada mki kalau eksiden masa nak gi keja atau balik kerja, tak leh nak buat apa apa la..kalau tak kerja, tak kan duit nak jatuh dari langit kot....so, kalau nak eksiden waktu nak pi kerja, what to do....dan suratan takdir beb....but , yang terlalu taksub hadiri kenduri kawin yang jauh jauh sangat tu...ingat la masa depan serta orang yang tersayang tu...kalau awak tak pergi, kawan awak tak akan sedar pun awak tak hadiri, maklumlah, punya la ramai orang kat wedding dia, dgn kompang bagai...orang mcm ulat lagi...mana la dia nak sedar member tak mai kenduri dia...?? kan..? lagi pun, pengantin baru dok ingat pasai malam pertama..hehehe..ada dia kisah member dia tak mai kenduri dia...???
Wednesday, May 20, 2009
Manouria impressa, the Impressed Tortoise
Semalam kawan mki, water leong bagi mki seekor kura kura impressa, mki kagum and teruja sebab tak penah la pulok nampak kura kura jenis nie dijual di pet shop atau kedai ikan...
water leong bagitau kura kura impressa cuma boleh dijumpai di kawasan tanah tinggi saja, selalu orang jumpa kura kura impressa di Cameron Highland .. sebab biasa nya kura kura jenis suker lepak diketinggian lebih dari 2000 m dari paras laut.
tapi bukan saja ada di Malaysia, di Myanmar, Thailand, Selatan China, Cambodia dan Malaysia kura kura Impressa boleh dijumpai .
mki berkenan sungguh tengok cengkerang atau kulit dia...water leong cakap kalau di gosok atau bubuh pengilat , akan cantik lagi lah cengkerang si impressa nie...
tapi, water leong bagitau mki, kura kura nie tak sesuai dipelihara di KL, sebab cuaca tak sesuai .....panas sangat..mki faham, dah habitat asal nya tanah tinggi mcm Cameron Highland, tertiba kena duduk kat KL, mati la dia kepanasan...

so, kengkawan yang minat kura kura impressa, tapi stay di area KL nie, tak yah nak gatal buntut nak bela species nie ok???hehehe..memang tak akan idup lama....
fakta menarik tentang kura kura impressa nie ialah dia suker makan cendawan, so, mki kena gi Tesco jap lagi nak carik kan cendawan tiram untuk "IMPY"hehehe...yer lah, maklum lah dah stay area Cameron Highland, sejuk and nyaman, cendawan tumbuh bagai nak rak ler....
lagi satu, kura kura impressa nie, tak leh duduk dalam kolam, so, siapa pi bubuh dia dalam akuarium atau kolam berisi air, akan arwah la si kura kura impressa nie, sebab dia kura kura darat ocay? bukan jenis labi labi...
Pesanan untuk sesiapa yang teringin nak bela monyet as pet!!!
Pengecualian boleh dibuat untuk monyet dipelihara di zoo atau pusat konservasi, tapi TIDAK sama sekali sebagai haiwan kesayangan!!!
Monyet tak sama mcm hamster , arnab atau anak kucing.. binatang tu summer sesuai dijadikan pet, dah telah turun temurun orang bela sebagai binatang peliharaan.
Monyet masa kecik sangat comel! Boleh angau dan mereng sesiapa peminat haiwan kalau tengok, kalau boleh dipakaikan pampers dan suap dia minum susu botol, yam ampun, berebut rebut peminat monyet nak bela…BUT..jgn lupa, stage ini Cuma sementara saja, bila dia dah matang dan besar.. monyet nie pasti akan mengigit, berapa tepat..err..99.999 %..sebab, species primate nie bila dah matang, hormon dan mula merembes rembes, mula la dia nak mengawan, kalau dia tak dapat mengawan, akan naik angina la dia, dan bila dan naik angin? Apa dia buat? Gigit la apa lagi????
So, alasan mcm …I bela dia sejak mata tak bukak lagik tau!!! Atau isk, mana mungkin, I bela dari kecik lagi, dari umur 3 hari lagik, ini summer , monyet tak akan kenang punya…kalau monyet mengigit tak sam mcm boifren gigit girlfren masa tengah beramaradana , tapi gigitan monyet boleh meyebabkan tangan kena jahit!!! Koyak dia, ya ampun…so, kesimpulan nya??? Tak ada beban, tolong la jgn galas batu sungai atau batu bata sekali pon…..
Tuesday, May 19, 2009
Ketibaan Squirrel Monkey(Saimiri sciureus)ke teratak MKI
Pada 12 may 2009, teratak MKI telah membuat pertukaran species hidupan liar dengan Animal Safari di Aformosa Resort , Melaka.mki sangat teruja dengan ketibaan Squirrel Monkey yang sangat menarik personality nya. seperti nama nya kalau diterjemah kan bermakna Monyet Tupai, Squirrel monkey ini suker melompat sini sana sama macam tupai, tenaga dia sungguh banyak dan terlalu aktif.

Scientific name: Saimiri sciureus
Negara asal :: Guyana, Suriname, French Guiana, Brazil, Colombia, Ecuador, Peru, Bolivia, Venezuela
Benua : Amerika Selatan
Diet: Buah buahan , serangga, bunga, nektar bunga(madu) .
Habitat: Hutan Hujan Tropika
berat dan saiz: monyet jantan sekitar : 750 gm betina , ringan sikit, sekitar 500 gm.
panjang badan sekitar 12 inchi, ekor saja dah 16 inchi...hehehe, ekor lebih panjang dari badan!!!

Monyet jantan akan matang pada usia 4 tahun, manakala monyet betina sekitar 2 tahun
Kalau jaga baik baik, monyet nie boleh idup selama 25 tahun dalam kurungan..jap..lupa pulak, tempoh bunting(pregnant) about 5 bulan atau 5 bulan setengah...lebih singkat dari orang punya pregnancy...

Pesanan untuk sesiapa yang teringin nak bela monyet as pet!!! :
Tolong la jgn sesekali bela monyet as pet, monyet tak kira apa species ialah binatang liar yang sepatut nya berada di habitat asal nya iaitu hutan.
Pengecualian boleh dibuat untuk monyet dipelihara di zoo atau pusat konservasi, tapi TIDAK sama sekali sebagai haiwan kesayangan!!!
Monyet tak sama mcm hamster , arnab atau anak kucing.. binatang tu summer sesuai dijadikan pet, dah telah turun temurun orang bela sebagai binatang peliharaan.
Monyet masa kecik sangat comel! Boleh angau dan mereng sesiapa peminat haiwan kalau tengok, kalau boleh dipakaikan pampers dan suap dia minum susu botol, yam ampun, berebut rebut peminat monyet nak bela…BUT..jgn lupa, stage ini Cuma sementara saja, bila dia dah matang dan besar.. monyet nie pasti akan mengigit, berapa tepat..err..99.999 %..sebab, species primate nie bila dah matang, hormon dan mula merembes rembes, mula la dia nak mengawan, kalau dia tak dapat mengawan, akan naik angina la dia, dan bila dan naik angin? Apa dia buat? Gigit la apa lagi????
So, alasan mcm …I bela dia sejak mata tak bukak lagik tau!!! Atau isk, mana mungkin, I bela dari kecik lagi, dari umur 3 hari lagik, ini summer , monyet tak akan kenang punya…kalau monyet mengigit tak sam mcm boifren gigit girlfren masa tengah beramaradana , tapi gigitan monyet boleh meyebabkan tangan kena jahit!!! Koyak dia, ya ampun…so, kesimpulan nya??? Tak ada beban, tolong la jgn galas batu sungai atau batu bata sekali pon…..
