Malaysia dan Rokok
Laporan Buletin Umum Pusat Racun Negara, USM (PenawaRacun, bilangan 52, Mac 2004), menunjukkan bahawa 14 peratus daripada remaja di seluruh dunia adalah perokok. Di Malaysia pula lebih kurang 8 peratus daripada 4.6 juta perokok adalah terdiri daripada kalangan remaja. Statistik ini juga menunjukkan bahawa lebih kurang 50-60 remaja mula merokok setiap hari. Kajian juga menunjukkan kadar merokok di kalangan Melayu Islam adalah tertinggi iaitu 27.2 peratus berbanding Cina 16.7 peratus dan India 15.6 peratus. Hal ini dilaporkan oleh bernama.com bertarikh 22 September 2005.
Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pula mendapati kadar merokok menyebabkan 10,000 kematian setiap tahun. Secara puratanya setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan hayat seseorang itu selama 5 minit. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 25 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan 25 peratus berpunca daripada strok. Negara mengalami kerugian kira-kira RM 20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti kesan daripada merokok.
Tambahan daripada itu pembaziran yang berlaku kerana tabiat merokok amat mengejutkan. Utusan Online bertarikh 25 September 2006 melaporkan, rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM 3 juta sehari atau RM 90 juta sebulan untuk membeli rokok.
Apakah Hukum Merokok?
Melihat kepada kemudaratan dan pembaziran yang disebabkan oleh rokok, seperti yang dipaparkan sebelum ini, maka tidak ada hukum yang lebih sesuai baginya melainkan HARAM. Antara ulama yang mengharamkannya ialah, Syeikh Ahmad As-Sanhuri Al-Bahuti dan Syeikh Ibrahim Al-Liqani dari Mesir, Syeikh Abdul Ghaith Al-Maliki dari Moroko, Syeikh Najmuddin bin Badruddin dari Syria, Syeikh Ibrahim bin Jam'an dari Yaman, Syeikh Abdul Malik Al-'Isyami dan Muhammad bin 'Alamah dari Mekah dan Madinah, dan ramai lagi. Dr. Yusuf Qardawi di dalam Fatawa Mu'asirat telah berkata, "Dari penjelasan yang telah diberikan, saya berpendapat, pandangan yang menghalalkan merokok tidak dapat diterima sama sekali malah pendapat sebegitu boleh dianggap sebagai salah. Justeru, kita hanya mempunyai dua pilihan hukum: makruh ataupun haram.. (Berdasarkan kajian terkini), penetapan hukum haram adalah lebih tepat di sudut alasan dan hujahnya".
Penetapan hukum haram ini sudah pasti ada dalil dan hujahnya. Antara dalil dan hujah itu ialah:
Rokok Adalah Khabaith
Allah berfirman: "Dan dia (Rasul ) menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk (khabaith)." (Al-A'raf ayat 157) Ayat ini menunjukkan sesuatu yang khabaith (keji) diharamkan oleh Islam. Imam Syafie mentafsirkan khabaith sebagai 'sesuatu yang diharamkan berdasarkan hujah syariat termasuk sesuatu yang kotor dan keji'. Rokok yang mengandungi 4000 bahan kimia toksik dan beracun sudah pasti termasuk dalam kategori ini.
Rokok Melemahkan Dan Memudaratkan Diri
Merokok melemahkan umat Islam dan membawa kepada maut. Umat yang lemah tidak akan mampu memperjuangkan maruah agama. Tambahan daripada itu mereka yang merokok seolah-olahnya telah membunuh diri mereka sendiri. Allah berfirman: "Jangan kamu membunuh dirimu sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih kepadamu." (an-Nisa ayat 29) Dalam sebuah hadis, Ummu Salamah telah berkata, "Rasulullah melarang dari mengambil setiap bahan yang memabukkan (muskir) dan yang melemahkan badan (muftir)." (Ahmad dan Abu Daud)
Rokok Memudaratkan Orang Lain
Asap rokok mendatangkan kemudaratan kepada orang lain dan Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh memudaratkan orang lain. Nabi bersabda: "Dilaknat seseorang yang mendatangkan kemudaratan kepada seseorang mukmin dan menipunya." (Riwayat Tirmizi)
Rokok Membawa Kepada Pembaziran.
Rakyat Malaysia membelanjakan kira-kira RM 3 juta sehari atau RM 90 juta sebulan untuk membeli rokok dan ini adalah satu pembaziran. Pembaziran ditegah oleh agama. Allah berfirman: "Janganlah kamu membazir kerana sesungguhnya mereka yang membazir adalah saudara-saudara syaitan." (Al-Isra ayat 27)
Merokok Menguntungkan Musuh
Merokok melemahkan badan sekali gus melemahkan umat Islam dari usaha-usaha dakwah dan jihad di jalan Allah. Di samping itu pembelian rokok membantu untuk menjadikan musuh Islam kaya raya. Mereka boleh menggunakan wang itu untuk menindas umat Islam. Allah telah berfirman: "Dan janganlah kamu bertolong-tolongan di dalam perkara dosa dan permusuhan." (Al-Maidah ayat 2)
Rokok Mengandungi Dadah Berbahaya
Rokok mengandungi nikotin dan nikotin sebenarnya adalah sejenis dadah berbahaya yang setanding dengan dadah heroin dan kokain. Segala yang memabukkan, termasuk dadah berbahaya, diharamkan oleh agama. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah., beliau berkata: "Rasulullah melarang dari mengambil setiap bahan yang memabukkan (muskir) dan melemahkan badan (muftir)." (Ahmad dan Abu Daud)
Justeru, pada 23 Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 telah memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah haram menurut pandangan Islam.
Oleh Dr. Danial b. Zainal Abidin M.B.Ch.B., Universiti Iskandariah