
Pandangan MKI tentang nasib anjing di Malaysia VERSI UNCENSORED!!!!
Sebenarnya, mki sgt tak puas hati dengan article yang disiarkan dalam Harian Metro pada 10hb Oktober 2009.
Banyak sungguh pandangan serta komen yg mki buat telah ditapis oleh Editor harian Metro, tak tau la apa sebab musabab nya….maybe dia takut kalau harian metro sensor komen serta pandangan mki, nanti rusuhan serta tunjuk perasaan kot…entah entah lebih malang , ada lak mangkuk hayun mana mana nanti bawak kepala anjing dan protes di kat Putrajaya kot…siap bawak sepanduk bagai….
Sebenarnya, mki sgt tak puas hati dengan article yang disiarkan dalam Harian Metro pada 10hb Oktober 2009.
Banyak sungguh pandangan serta komen yg mki buat telah ditapis oleh Editor harian Metro, tak tau la apa sebab musabab nya….maybe dia takut kalau harian metro sensor komen serta pandangan mki, nanti rusuhan serta tunjuk perasaan kot…entah entah lebih malang , ada lak mangkuk hayun mana mana nanti bawak kepala anjing dan protes di kat Putrajaya kot…siap bawak sepanduk bagai….
Wartawan ada Tanya mki, apa komen kawan kawan sedara mara bila tgk mki mesra dgn anjing sedangkan islam dah katergorikan anjing sebagai najis?? MKI sgt melenting dan protes..mki bagitau wartawan tu, EXCUSE ME!!! Islam tak pernah kategorikan anjing as najis.. yang kategorikan anjing as najis ialah pengasas mazhab Syafie iaitu Pendapat Ustaz Syafie tak boleh diiktiraf 100% ajaran Islam, sebab itu cuma pendapat seorang Ustaz dan bukanlah dari Al Quran atau Hadis pon. Penat la mki kalau nak kena explain wujud nya Mazhab Maliki, Syafie,. Hambali ,dan Hanafi, serta perbezaan mazhab mazhab ini.. Sepatutnya Mufti lah yg berperanan besar untuk menjelaskan kepada umum tentang perbezaan antara mazhab agar tidak berlaku kekeliruan di sini. Bukan dengan hanya menidakkan sesuatu perkara itu tanpa penjelasan yg jelas dan benar. Ilmu Allah itu luas dan jgn lah kita dibelenggu dgn fikiran sempit oleh sesuatu golongan sahaja.

Anyway…mki ada bagitau wartawan, kalau la menjadi anjing di bumi Malaysia, maka itu lah haiwan paling malang sekali, semalang malang kejadian, adalah menjadi anjing di Malaysia lah..tak caya??? Jum tengok contoh nie..kalau la anjing yang kelaparan datang buat muker seposen kerana terlalu lapar atau haus…adakah org melayu yg agama islam akan bagi sedikit lauk atau nasik atau roti kepada anjing yg tengah kebuluran nie…? mki rasa jgn kata nak bagi makan atau air.. malah dia cari batu yg paling besar dan lontar pada anjing nie.. silap silap dia lari ke dapur dan jerang..air panas , bila dah mendidih terus tuang atas anjing…

Sedangkan ikut hadis zaman dulu, ada orang islam zaman dulu pun guna kasut untuk ceduk air dari perigi untuk bagi anjing musafir yg kehausan tu minum…, malah ada satu hadis , seorang pelacur dari suku kaum bani Israil kesian bila dia melihat seekor anjing yg lidah terjelir jelir kerana terlalu haus , lantas dia guna kasut dan ceduk air dari telaga dan bagi anjing itu minum, bila dia mati, semua dosa dosa pelacur ini telah diampunkan Allah SWT dan terus masuk syurga semata mata dia memberi anjing yg kehausan nie minum air….
So, point mki ialah mki seru bangsa melayu di Malaysia yg konon nya mendakwa beragama islam agar tolong jgn mendera@ menzalimi serta berlaku kejam pada anjing semata mata ianya dikata kan sebagai najis mughallazah mengikut Mazhab Shafie…, Islam mengharam apa apa jua bentuk penindasan @ kezaliman@ kekejaman terhadap apa jua benda bernyawa hatta babi sekali pon….
So, point mki ialah mki seru bangsa melayu di Malaysia yg konon nya mendakwa beragama islam agar tolong jgn mendera@ menzalimi serta berlaku kejam pada anjing semata mata ianya dikata kan sebagai najis mughallazah mengikut Mazhab Shafie…, Islam mengharam apa apa jua bentuk penindasan @ kezaliman@ kekejaman terhadap apa jua benda bernyawa hatta babi sekali pon….

MKI sangat bengkak dan kecewa dengan majlis perbandaran subang jaya kerana mengenakan satu undang undang yang sangat sangat TIDAK ADIL lagi BODOHSS, diulangi BODOHSS , cuba tgk , ejaan bodoh ada SSS, ini bermakna bukan bodoh biasa, tapi dah jadi BODOH yang amat sangat dan dah sampai tahap dewa dah…
Ada ke patut, MPSJ buat syarat sesiapa yg nak bela anjing kena dapat izin secara bertulis dari jiran nya , jiran sebelah kiri dan jiran sebelah kanan…
Mujur la mki tak stay di kawasan MPSJ..kalau tak ingin sekali MKI Tanya yang dipertua atau Presiden MPSJ. ‘Elooooo, kenapa lak kena mintak izin jiran kalau aku nak bela anjing kat kawasan rumah aku, bukan nya anjing akan gi melepak kat rumah jiran aku? Atau bukan jiran aku akan mandi kan anjing ker, atau bukan jiran aku yg akan buang taik yang anjing aku berak!!!! Undang undang ini ternyata satu bentuk salah guna kuasa oleh MPSJ dan jua satu bentuk penindasan yang begitu ketara terhadap anjing dan juga pemilik anjing.

MKI setuju la kalau kita kena minta izin jiran kiri dan kanan kalau nak join venture bela anjing tu, atau membela anjing tu atas dasar usahasama, if not! , kenapa perlu mintak permission jiran?????
Sebab apa wahai mangkuk kuali semua? Sebab anjing suker salak? Kalau tak menyalak , bukan anjing la nama nya!!! Kan??? Kalau anjing tu berkokok, dan korang tuduh anjing jadian la, anjing jelmaan, dan bagai…Actually, kalau anjing jiran korang menyalak cuba korang ambik tau sama, ada org panjat gate korang ka, atau panjat gate pagar jiran ka..atau nak kidnap anak korang ker ada orang mengintip ka…emm alahai…..
Ada jugak orang cakap, yer lah, MPSJ ada sebab lah buat mcm tu, tak nak salakan anjing menggangu ketenteraman awam…ooooo ganggu ketenteraman awam ya. Meh sini mki nak story…jiran mki kat pandan indah , cheras…anak dia siang malam menangis…sampai mki kalau nak tidur pun migraine , kena makan Ponstan 500mg…anak dia suker nangis time time tengah malam…
Kalau nak dibandingkan…anak jiran dengan anjing mki, kalau anjing mki tengah salak, mki cakap “SHUT UP” , atau DIAM!!! Terus anjing anjing mki diam……serta merta lak tu, taat setia dan hormat anjing mki tiada tolok bandingan…
Mki ada gak dengar jiran sebelah sergah anak dia yg selalu nangis…tapi semakin dia marah, semakin kuat budak tu menjerit…!!! So, kesimpulan dia anjing mki lagi la mendengar cakap dan taat berbanding anak jiran mki. Lagi satu , anak jiran mki lebih menyusahkan jiran serta terlibat secara langsung dengan pencemaran bunyi…
Awak pandai beranak, tapi tak leh nak control volume anak awak…sekurang kurang nya , anjing saya mendengar kata, jiran jiran tak leh lah nak tuduh anjing saya menyalak siang malam, anak jiran mki yang rajin menyalak..mengalah kan anjing, padan pun dengan mak bapak, pandai beranak tapi tak pandai nak didik atau training anak anak awak…anjing mki semua terlatih lagi mendengar arahan….
Ada seorang hamba Allah yg antar kat mki info yg sgt menarik dan wajar dikongsi dengan pengikut blog mki :
•
Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahwa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin.
>
> Pertama :
> Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang.
> Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh.
>
> Kedua :
> Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu
> berpindah randah mengikut keperluannya.
> Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada
> Allah.
>
> Ketiga :
> Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit
> sahaja.Dia selalu berjaga-jaga.
> Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan
> Allah, sentiasa renggang punggungnya
> dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.
>
> Keempat :
> Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak
> ada pula yang mewaris.
> Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.
>
> Kelima :
> Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan
> dirinya daripada tuannya sekalipun dipukul dan dimarah.
> Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang
> siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya.
> Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan
> berbagai-bagai ujian.
>
> Keenam :
> Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di
> tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada
> tempat manusia. Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’,
• > orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.
>
> Ketujuh :
> Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati
> oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa
> marah atau berdendam.
> Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan
> bahagiannya.
>
> Kelapan :
> Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda-benda
> yang menyakitkan,dia menerimanya.Tidak ada perasaan
> dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas.
> Inilah tanda-tanda hamba Allah yang
> kusyuk.
>
> Kesembilan :
> Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh,
> tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makan
> atau tidak diberi,dia diam sahaja.
> Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah
> s.w.t.
>
> Kesepuluh :
> Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak
> menoleh-noleh ke belakang. Inilah tanda-tanda orang yang susah.
so, mki harap sesiapa yg dok rajin sangat hina dan keji anjing, lu pikir la sendiri!!!!Mki sangat tak puas ati dengan Harian Metro, dan mki pesan tak yah la korang nak susah payah gi Tanya pendapat mufti ka, tokoh agama kat Malaysia tentang komen dia orang pasal mki bela anjing atau peluk or what ever..sebab nya simple, kalau kat Malaysia, majority Mazhab Shafie, they obviously would NOT have anything nice to say about dogs, except for NAJIS and what not…
Tapi, as usual, bontot gatal la jugak nak gi Tanya kan!!! So, Bekas Mufti wilayah persekutuan pun kutuk la mki apa dia cakap, korang boley baca la sendiri.. Dia kata pemilik anjing tak patut bergambar bersentuhan dgn anjing sebab nanti takut orang fitnah dan juga takut timbul kekeliruan sebab bukan semua yg faham tentang perbezaan mazhab!!
Sebab ada nya perbezaan mazhab lah, Mufti mufti lah yang kena explain dan terangkan pada orang ramai supaya tak berlaku fitnah atau kekeliruan, tak kan la jadi tugas dan tanggungjawab mki lak nak kena explain kat orang ramai akan how many mazhab yang wujud.. serta apakah perbezaan mazhab mazhab ini… err..kalau nak suruh mki buat, berat tau tanggungjawab nya…
Bekas Mufti siap pesan sebab orang keliru dan tak faham akan perbezaan mazhab maka akan timbul nya fitnah… Muahahahaha....! tell more about it Tuan Bekas mufti… FITNAH dan TOHMAH adalah budaya serta darang daging orang melayu di Malaysia… kalau orang putih, bila tak tau tentang sesuatu , dia bukak Encyclopedia atau dia surf internet untuk mencari info atau maklumat… kalau orang melayu, apa dia buat bila dia kurang faham atau keliru ?????
Hehehe apa lagi, jalan paling senang…dia FITNAH serta TOHMAH orang! Inilah kepakaran serta bakat semulajadi yang diwarisi oleh orang orang melayu di Malaysia… selain dari menfitnah, mentohmah, orang melayu juga kuat maki hamun serta kutuk..dan banyak email serta komen yang mki terima yg kata mki kafir, murtad, munafik semata mata mki mengamalkan mazhab maliki…
Bila mki ke kota Bangkok, Thailand, mki hairan tgk bagaimana layanan Orang Thai terhadap haiwan kursus nya anjing jalanan…penah mki nampak mamat siam sorang memberi separuh nasik bungkus dia pada anjing musafir yang datang buat muker kesian masa dia tgh makan… jawapan yg mki terima bila Tanya mamat siam tu menarik…
Orang Thai beragama Buddha, dan mengikut ajaran Buddha, ada hokum karma, kalau kita mendera anjing semasa hayat, bila kita mati, kita akan dihidupkan kembali untuk menjadi anjing, dan kita akan terima semula segala siksan serta deraan yang pernah kita buat pada anjing itu dahulu .
So, pengunjung pengunjung ke blog mki, terima kasih banyak banyak…sebab menbaca sampai habis versi UNCENSORED komen @ pandangan mki.
19 comments:
great ulasan. love it.
lucky, my dog never backing with no reason unless she saw something to alert us. dog is such as great guard n company. never complained or never cheated. Such as loyal animal that i ever have.
hehe,,,
suruh MPSJ tu wat lesen nak beranak dgn izin jiran2..tkt anak menangis ganggu jiran smpai migrain..adil?
Salam MKI... Kami teringin juga nak memiliki anjing...
Anak-anak saya suka nak bela anjing tapi saya kata tunggu sehingga kita duduk di 'tanah sendiri' sebab duduk rumah teres akan mengalami masalah...
* Saya sebenarnya fobia dengan anjing sebab masa kecik2 pernah dikejar oleh anak anjing hehehehehehe TAPI tidak sesekali saya akan melakukan perkara yang seperti MKI sebutkan itu kerana aning juga mahluk Allah dan rasa belas sentiasa ada...
Salam..
Pandangan saya terhadap MPSJ adalah betul..Saya akui dan fahami pendapat dan ikut mazhab saudara, tetapi di Malaysia khususnya majoritinya adalah pengikut mazhab Imam Syfie..Jadi minta kebenaran apa salahnya, kiranya bersetuju Alhamdullih, boleh la bela..ni salah satu ihsan juga, hubungan kita dengan hamba dan binatang dan alam sekitar..
Tentang kedua, jgan la kita mengutuk Imam Syafie, imam besar agung yang empat..Kalau saudara pengikut imam lain terpulangla..Pengikut Iman Syafie tidak akan mempersalahkan saudara, dan percaya segala fahaman dan ikutkan saudara terhadap Mazhab tersebut di terima Allah, InsyaAllah..Jagan la kita menghina kerana barangkali orang yang kita hina jauh..jauh lebih baik dari kita..dan mengelar orang itu kafir tanpa nas-nas yang jelas juga adalah dosa yang besar.
Semoga apa yang kita lakukan akhirnya untuk mendapatkan keredaan Allah Akhirnya..
MKI.. u rock!! i've always been a dog lover my self.. they're the best companion..
You're doing the right thing man. Keep it up and may god bless yr soul. Great blog, btw.
ishh.. gua rase jgn sebut hal yg kita tak tau. Apa manfaatnya kalu asip2 crite bab anjin.. anjin blh bawa kita ke mana bila mati sok? Xpenah dgr lg anjing akan menolong kita kat kubor kn? Gua ada dgr anjin yg masuk syurga tu namanya Qitmir shj. The only one anjin yg akn dmasukkn ke dlm syurga.. gua setuju silentmp punya comment bab jgn kutuk imam syafie. Dia karang ratusan kitab masa hidupnya. kita ni xda sumbang apa2pn. Jika mki dpt masuk syurga krn anjin yg dia bantu, buatlah.. Byk lg tggungjwb yg kite mesti buat dlm idop ni. wallahualam
I think MKI want everyone to mind their own business. Dia tak menghina sesiapa pun. Yang selalu kena hina, MKI lar.
dear silentMP,
anjing menyalak sebab jaga rumah. yang buat bising tak tentu pasal tu Mat Mat rempit tengah tengah malam.
MPSJ ruling unfair. What about kucing yang masuk kencing-break kat rumah orang lain??? this is speaking from my own experience. I never get angry at the cat cos it is just an animal. Clean it and get on with life.
hurm..pada pendapat saya, memangla islam melarang kite membela, pegang anjing dan etc..tapi, kite janganla sampai menyeksa anjing..kesian anjing tuh..dier pon makhluk ciptaan Allah..sy mmgla xbrp nak pandai pasal halal haram ni..sy sdri pon xsmpi hati tgk anjing kene pukul, kene baling batu. kesian la..klu xsuke tuh buat xtau je la..
Akum,
Quran tak ada mengajar manusia menghina binatang.
Saya rasa adalah baik sekiranya anda boleh membawa atau merujuk kepada Anjing Kangal. Anjing ini adalah Anjing Rasmi Negara Turkey.
Memang betul di Negara Cina dan Arab Saudi, ada banyak yang memelihara anjing.
Perkara tentang bulu anjing gugur ini. Sekira bagi orang yang bukan bela anjing, maka dia tak tau yang kebanyakan anjing yang breed nya asli (baka asli dan bukannya 'mutt') bulu mereka tidak mudah gugur dan jarang sekali gugur sekiranya dijaga rapi, ini juga satu sebab kenapa anjing baka asli bernilai tinggi. (tak bermaksud harga, kesian binatang sekiranya di letak tag harga...)
- aku tak bela anjing sebab tak mampu, tapi aku ada ramai kekawan yang memelihara anjing dan aku telah pelajari banyak dari mereka tentang hal hal dan fakta yang positif.
MKI,
Thanks so much for the post. I really need to learn from you. A lot of people questioned my effort to rescue dogs and even my sister told me that I'll never be successful & happy because I have dogs. Your picture in Harian Metro with your dogs in front of your Merck has proven that she's WRONG!
THANKS AGAIN.
Chetz Yusof
http://www.dogshaverights.com
I do not know much about Islam but no matter whatever religion we're in, i deeply believe no one God would ask a human to treat another living being with disrespect nor allowing another living being to be in pain.
A person who misuse his/her influence to create such stigma in our community is such a shame. Just a shame.
Alla-ha Love Dogs as well!
sila rujuk
http://www.e-bacaan.com/kalimat_anjing.htm
Saya masih berpegang dgn premis yg 'anjing itu najis mughallazah' oleh itu kena samak utk bersihkannya, tapi saya selalu ada soft spots for dogs.
Dah berapa kali la saya stop kan budak2 sekolah yg suka baling2 batu kt anjing, rasa seram pulak la memikirkan apalah yg mak bapak diaorg brainwash budak2 sampai tak ada belas kasihan langsung dlm diri mereka :(.
Rasa mmg teringin sgt bela anjing (psl tgk citer Marley and Me.. haha), tapi tu lah, tak larat nak samak.. Oh well, maybe in heaven nanti I boleh mintak lots of cute doggies to accompany me.
im a dog lover..byk yg blh dplajari dr binatang ni sbnrnya..thanks mki..
najis anjing dan babi adalah najis berat(mughallazah )..jika terkena ataupun terpegang dlm tngn basah maka kena basuh 7kali dengan air mutlak bersertakan air tanah..hukum membela anjing untuk tujuan suka-suka tidak dibenarkan didalam islam..malaikat x masuk rumah..maksud belaan ni adalah menjadikn anjing seperti kucing..tapi ulama menggariskan jika untuk tujuan manfaat maka diharuskan..seperti rumah2 menteri,atau orng kaya..hukumnya harus membela anjing bagi menjaga keselamatan rmhnya atau kedainya..bkn untuk belaan spt bela kucing dlm rmh..dan hukum membela anjing untuk menjaga kebun juga adalah harus..sama juga hukum menggunakan khidmat anjing untuk membanteras jenayah.harus..
berdasarkan hujjah2 ini jugalah anjing tidak menjadi masalah besar dlm islam..klu kita tengok beza antara anjing dngn manusia yg tak beriman..lebih mulia anjing lagi..malah anjing x masuk neraka..jadi anjing x hina..Islam mengharamkan umatnya membunuh anjing yang tidak mengamcam manusia(bkn anjing gila)..mesti kita pernah dengar kisah bagaimana seorang pelacur masuk syurga disebabkan beri minum kpd anjing..cerita ini menjelaskan anjing itu patut disayangi..disayangi bermaksud tidak diseksa,jika dia kelaparan diberi pula makan.besar pahala beri makan kpd anjing yang kelaparan..jd kenapa kita mesti benci anjing,anjing bukannya ahli neraka seperti manusia dan jin yg x beriman dan syaitan yg sombong....
jadi anjing tidak boleh dianiayai..apatah lagi dibiarkan terseksa..namun tidak pula boleh dibela dan dibuat seperti kucing belaan kt rmh..kucing boleh sbb ada hadith nabi..tp nabi x prnh bersabda boleh bela anjing sebagaimana kucing..maksudnya untuk suka2 dan manja2 dngn anjing dan dia hidup bersama dlm rmh kita x dibenarkan..tp klu untuk manfaat diharuskan ulama.
kesimpulannya anjing x salh pun nak pegang walaupun tangan mung basah...cuma kena sucikan balik lah..ulama tiada sebut pun berdosa pegang anjing tangan basah..tapi mereka menggariskan klu pegang kenalah sucikan..klu x sucikan maka x sah solat..sebab itu pelajar vaterina diharuskan memegang anjing dan babi walaupn tngn basah..sbb dia blajar bnda tu..tp dngn syarat dia kena sucikan balik lah..itu shja..anjing boleh pegang,peluk pun boleh,tapi pastikan kering dahulu..klu basah wajib sucikan anggata badan yang terkena..dan haram hukumnya membela anjing dalm rumah untuk suka2..tp klu tngk gmbr tu yg bela bnyk anjing laen kesnya..x haram..sebabnya dia bela untuk membela nasib anjing2 yang terbiar dan x ckp makan..malah mendapat pahala yang besar pula akan perbuatan mulia dia tu..seperti kisah pelacur beri minum kpd anjing dan masuk syurga..apa2 pun kita ada adat,adat melayu kurang manis la mengambil gmbr berpelukan dngn anjing..boleh pula menimbulkan fitnah,jadi baik kita elakkan lah klu niat nak membanggakan diri ambil gambar dengan anjing mahupun babi.ataupun sesetengah orng ambil gmbr niat nk tunjuk tahu hukum..klu camtu masuk kategori riak puak..orng yang kekal riak ni bukan syurga tempatnya..pokok pangkalnya lakukan sesuatu dengan niat yang betul dan ikhlas..wallahua'lam..
SALAM SEJAHTERA PADA ORG MALAYSIA.
APAKAH SALAH ANJING PADA UMAT MUSLIM? MENGAPA MENAMAKAN ANJING ITU NAJIS? ADAKAH BENAR BAGI UMAT MUSLIM TAK DI BENARKAN MEMELIHARA BINATANG YANG DINAMAKAN ANJING? BUKANKAH ANJING INI CIPTAAN TUHAN? MENGAPA ANJING TAK LAYAK UTK HIDUP BERSAMA MANUSIA? SEPATUTNYA, ANJING BOLEH DI PELIHARA OLEH SESIAPA YG TAK MENGIRA BANGSA ATAU AGAMA. KEBAIKKAN PADA ANJING IALAH, ANJING BOLEH MENJAGA RUMAH KITA. ANJING INI ADALAH JENIS YG SETIA PADA MANUSIA MAHUPUN PADA TUAN MEREKA. ANJING PUN TAKLEH NAK BERCAKAP ATAU MENGADU JIKA ADA ORG MEMUKUL,TENDANG,SIRAM AIR PANAS. ANJING TAKLEH NAK MELAPOR PADA PIHAK BERKUASA. KENAPA SESETENGAH MANUSIA SANGGUP NAK BUAT BENDA TAK BAIK PADA BINATANG YG TAK BERDAYA NAK BERSUA? JIKA SESIAPA YG TAK SUKA PADA ANJING, TOLONGLAH JGN NAK BUAT PERKARA YG BURUK PADA ANJING. MEREKA ADA PERASAAN SAKIT,SEDIH,GEMBIRA DAN PERNAH TAK NAMPAK MEREKA MENANGIS? ANJING MCM MANUSIA JUGA. BERDARAH MERAH. SEMUA YG ADA DI DUNIA INI ADALAH CIPTAAN TUHAN. JADI, TOLONGLAH HARGAI APA YG TELAH DI CIPTA OLEH TUHAN.
Post a Comment