Monday, October 19, 2009

Komen Tentang MKI dan anjing anjing nya di Blog Che Det(Tun Dr Mahathir)

By Kassim Mohd Hussain on October 14, 2009 11:00 AM
Salam Tun,

Kpd prof_ridcully & wajaperak yg terus dihormati.

Al-Baqarah 2 - 8
Kitab Al-Quran ini sebenarnya tidak ada sebarang keraguan (sebagai sesuatu yang datangnya daripada Allah s.w.t dan sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang mahu bertaqwa.

Iaitu golongan yang beriman kepada perkara ghaib, mendirikan (mengerjakan) solat seta menafkahkan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Dan juga orang yang beriman kepada Kitab Al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan yang diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (mengetahui secara pasti).

Mereka itulah (yang memenuhi sifat-sifat tersebut) yang beroleh petunjuk daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah orang yang berjaya.

Sesungguhnya orang yang kafir (yang tidak akan beriman) sama sahaja bagi mereka; sama ada engkau beri amaran kepada mereka atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak juga akan beriman.

(Dengan sebab keingkaran mereka itu), Allah mematerikan (mengunci mati) hati dan pendengaran mereka, serta pada penglihatan mereka ada penutup (sehingga mereka tidak beroleh manfa'at daripada kebenaran yang sampai kepada mereka); dan bagi mereka pula disediakan azab yang amat besar.

Di kalangan manusia ada yang berkata, "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat," padahal mereka sebenarnya bukan orang yang berimanj.

Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang yang beriman (dengan berpura-pura beriman dan menyembunyikan kekufuran), padahal mereka hanya memperdaya diri mereka sendiri, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Al-A'raf 2 - 4
(Al-Quran ini) sebuah kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad daripada Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang didalam dadamu mengenainya, agar engkau memberi amaran dengan al-Quran itu (kepada orang yang ingkar)dan menjadi peringatan bagi orang yang beriman.

(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu, dan janganlah kamu menuruti pemimpin-pemimpin selain-Nya. (Tetapi sayang) amatlah sedikit di kalangan kamu mengambil peringatan."

Berapa banyak negeri yang Kami binasakan, maka datanglah azab Kami menimpa penduduknya pada malam hari atau ketika mereka berehat di tengah hari.

A-A'raf ayat 6
Maka sesungguhnya Kami (Allah) akan menyoal umat-umat yang telah diutuskan (rasul-rasul) kepada mereka dan sesungguhnya Kami akan menyoal juga rasul-rasul itu (tentang tugas da'wah mereka).

Al-Ra'd ayat 1
Alif, Lam, Mim, Ra'. Ini adalah ayat-ayat Kitab (al-Quran). Apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) daripada Tuhanmu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.

Sekarang cuba pula kita lihat kecaman terhadap pengusaha muda di Janda Baik, Pahang. En. Muzaffar Kausar Ishak berusaha memelihara dan membiak anjing, ini di pandang oleh kebanyakan Melayu Islam satu penghinaan terhadap Islam! Perkara ini, sebagaimana diberitakan, diburukan lagi oleh bekas mufti Wilayah Persekutuan, Prof Datuk Dr Muhammed Yusoff Hussain, berkata "mengikut mazhab Syafii, anjing boleh dipelihara bagi tujuan tertentu, seperti menjaga keselamatan, latihan, menolong orang buta, mengesan dadah dan memburu".
Beliau menambah, "Menyentuh anjing tidak salah mengikut mazhab Maliki, tetapi mazhab Syafii di ikuti pengganut Islam Malaysia oleh itu tidak sepatutnya pemilik anjing bergambar dalam keadaan bersentuhan dengan haiwan itu".

Ternyata ucapan beliau mengelirukan, apakah Islam ini dimiliki imam Maliki, imam Bukhari atau juga ada yang lain-lain? Kenapa tidak terangkan kan kepada kami menurut firman Tuhan di dalam Quran! Jika masaalah sekecil ini orang-orang seperti beliau tidak berani membuat penerangan menurut Quran, berkemungkinan sebahgian besar rakyat Islam Malaysia akan berterusan hidup dalam kegelapan!

Siapa Yang Akan Di-Pertanggung Jawabkan?

Zaman untuk menerima tanpa berpikir dengan waras yang masing-masing akan dihitung dan pertanggung jawabkan kelak, malangnya, akan berterusan hingga kiamat. Tak tau pula kapan tibanya!

Sementara menunggu masaalah ini diselesaikan oleh para professore di samping menunggu kiamat tiba, teruskan saja usaha pemeliharaan dan pembiakan anjing, ia berkemungkinan mendatangkan hasil yang lumayan.

mki sarankan anda melawat : Chedet

12 comments:

Mr.Homosapiensz said...

pada pandangan Mr.HS.,amalan mengikut mazhab mengikut tempat,situasi,masa sesuatu tmpat..
jika semasa tawaf bersentuhan lelaki-perempuan tu membatalkan wuduk...mengikut mazhab lain pula, tak mengapa bersentuhan lelaki-perempuan smasa tawaf...takkan nk gi amik wuduk terus menerus jika sentiasa bersentuhan lelaki-perempuan.

KiTTuN said...

Mazhab kat Malaysia ni dah becampur aduk dah.. Boleh dikatakan keseluruhan pengikut mazhab shafie pakai kad kredit. Shopping online, bayar bill online dan mcm2 lagi. Mengikut Mazhab shafie mana boleh semua tu, tak sah jual beli kalau takde akad kan.. Sama gak kalau gi makan kat restoran kena bayar & akad jual beli dulu baru leh makan. Kalau diperhatikan betul2 dan sedalam2nya campur aduk mazhab memang dah lama berlaku di malaysia ni. Cuma melayu malaysia yg beragama islam ni lebih cenderung kepada adat resam semata2.

Juso said...

maaf sy mencelah, sy tak fhm sgt tentang mazhab2 ni, sy tak pernah pun berbai'at untuk duduk dlm mazhab syafiee tp bila lahir d malaysia je sy sudah di label sbgai pengikut syafiee, agaknya klau sy lahir di india sy juga akan di label sbgai pengikut mazhab lain pula, mazhab di dipaksakan ke atas sy tanpa sy rela... sedangkan sy bukan pengikut mana2 mazhab sbb sy tak kenal imam2 mazhab dan tak pernah pun berbai'at nak duduk dlm mazhab mereka... yg sy pegang dan bawa cuma quran dan sunnah, lg pun sblum nabi wafat baginda tak pernah pun ENDORSE supaya kelak umat islam ikutlah mana2 dari 4 mazhab yg mereka suka, nabi tak iktiraf pun mereka2 ni... tp kalau hadis tentang ketua wali yg akan lahir tu adalah... hasilnya bila ada org mcm mki yg tak mau dipaksakan mazhab syafiee ke atasnya terus akan dilabel murtad, ADIL ke??? sedang islam tu adil dan Allah maha adil... fikir2 kan lah

musszz said...

Saya setuju pandangan Juso tu....RESPECT EACH OTHER is the best we can do....janganlah berbalah -balah tentang benda benda ni...ada banyak perkara yang lebih besar dan berat kita perlu fikirkan lagi ni....Stay the way you are MKI and Kittun...

Ereen said...

Salam...Teruskan usaha anda..saya mula membaca blog saudara bila membaca ttg kontroversi baru2 ni..
bagi saya, banyak yang saya pelajari..banyak lagi perkara yang saya tidak tahu..now saya lebih memahami dan tenang sbb selama ini..saya rasa kasihan dengan anjing ttp masih dlm persepsi yg anjing itu "haram"..walaupun terbukti yang anjing sebenarnya lebih taat dan setia dari manusia yg kita anggap kawan..tp kerana kebiasaan org di Malaysia yg membenci anjing, saya keliru...tp sekarang rasa lebih relax sbb mengetahui yang anjing juga makhluk utk disayangi..terima kasih MKI...

M.K.I said...

a'aahh, so convinient kan, so the keji! bila dtg bab anjing terus ikut mazhab syafie, kalau dah nak ikut mazhab syafie, ikut la 100%, may dia org tak sedar atau pura pura tak sedar yg kalau ikut mazhab syafie, it is HARAM lagi berdosa dan tak halal untuk beli tiket air asia secara online, sebab kalau ikut mazhab syafie, kena ada akad jual beli, mana boleh pakai mouse click sini mudian clik sana dan terus beli air tiket! mana boley woooooooooo!very the HARAM! also, tak boleh juga nak beli air tin @ air kotak dari vending machine sebab tak ada akad/lafaz jual beli...haram laaarr..tapi kan org melayu kat malaysia nie kan, bila datang bab tiket air asia dan vending machine, terus ikut mazhab maliki pulok, tapi bila sampai bab anjing, cepat cepat dia jadi pengikut mazhab syafie, kalau bukan hipokrit, apa kah nama manusia species ini? LU PIKIR LA SENDIRI!!!!

AbGJaS said...

Assalamu'alaikum sdr M.K.I,

Saya baru saja dimaklumkan tentang blog dan aktiviti saudara ini.

Apa yg saya tahu, memegang anjing bukanlah sesuatu yg diharamkan dlm Islam. Cuma jasad dan apa2 yg terbit drpd anjing merupakan 'najis berat (mughalazah)' yg perlu disucikan dgn cara yg betul sebelum kita melakukan ibadah spt solat dll.

Justeru kerana khuatir akan kesucian tubuh kita, pakaian kita, tempat ibadah kita tercemar dengan najis berat ini, maka ramai org melayu khususnya mengelak drpd menyentuh anjing sebagai langkah berjaga2.

Kesimpulannya, andai saudara boleh memastikan kebersihan/kesucian dr najis mughalazah ini sebelum melakukan ibadah atau makan minum, maka tidaklah timbul sebarang masalah utk sdr memegang, memeluk, bergambar waimah mengucup anjing sekalipun..

ruh said...

Saudara AbGJas....

Maksiat Hati lagi berat kotor nya dari najis anjing tu..Tak boleh nak basuh dengan apa pun..Kena basuh dengan keampunan Allah.Itu pun kalau Allah ampunkan.

ruh said...

mki & kittun..

Sebenar nya agama kita mana ada mazhab.Dari adam sampai kiamat sunnah allah tak akan berubah. Timbul nya mazhab ni pasal manusia suka tokok tambah.Ini la punca nya terjadi banyak hukum dan perpecahan.Quran itu panduan hidup.Ikut quran sebagaimana yang diperentahkan sudah la.Ngapa mesti ikut pendapat2 ulama.Pendapat belum tentu betul dan tak perlu ikut kalau tak ada nas.Nak cite panjang lebar tak boleh la,sal ni bukan forum agama.

iQbAL said...

ISLAM ade SATU JE, takde 4...

Kite MELAYU Islam ni duk kecoh heboh satu Msia kalau pegang anjing @ babi, tapi kalau berpegang tangan couple bukan muhrim yang da tentu haramnye tu tak lak bising...

ni la akibat nye kalo kejap ikut mazhab sane, kejap mazhab sini. Kalau berpegang pade QURAN, ISLAM yang SATU... sume ni takkan terjadi..

ulamak msia ni kalau kite open minded sket, terusnye dicop ajaran sesat..

kekadang aku nengok, ustat ke ulamak ke mmg ingat derang je betul sume, macam derang tak pernah buat salah...

ASSOYFINGER67 said...

Salam buat saudara;
Saya tidaklah memandang apa yang saudara buat membuatkan saudara masuk neraka ke,berdosa ke atau apa2 saja.Namun ada unsur mencabar dan riak di sana.Saya bukanlah terpelajar sangat tapi Allah jadikan banyak haiwan yang boleh dipelihara dan lebih suci jadi ambillah jalan mudah dan jangan membuatkan orang lain yang pening kepala memikirkan hal2 yang sebegini...take it easy...macam makanan juga,yg was2 tu tinggal je kerana banyak pilihan lain...makan yang pasti suci...maaflah jika ada kata2 yang terkasar...ini cuma pendapat orang yang tak berapa pandai,kaya @ berilmu....jangan semakkan fikiran kita kerana hidup ini sementara.Wassalam.Maaf Zahir Batin.

M.K.I said...

salam sedara ASSOYFINGER67,

malang nya mki tidak ambik kisah pandangan serta pendapat sedara ASSOYFINGER67, bkn bermakna mk ego atau riak, jauh sekali angkuh atau takbur, disebabkan mki adalah pengamal mazhab maliki, ikut pandangan kami anjing adalah sesuci kucing, arnab dan hamster,bukan najis langsung apatah lagi najis mughalazzah.


saya tidak penah sama kan fikiran manusia , sedang cap jari kita pun Allah SWT jadi kan berneda beda , apatah lagi fikiran serta pandangan masinng masing...

Pages