RSS

Sunday, August 23, 2009

tengah dok potong kuku amin

tak leh potong terlebih nanti darah pulak kuku amin

mki check gak gigi si amin, takut ada tartar atau radang gusi

berat dan montel dah amin, malah bulu pun dah naik berbanding dgn2 minggu lepas


amin sedang mki mandikan


pakai shampoo berubat untuk sembuhkan kelemumur amin

sabun dan garu habis habisan

Lepas 2 minggu dalam jagaan mki, amin telah menunjuk kan perubahan yg sgt positif, walaupun dari segi psikologi amin masih trauma dan sgt fobia pada manusia, namun selesa makan amin, ya ampun,,, sungguh mengkagumkan hehehe...bubuh jer biskut liow...sekejap ada, sekojap dah tarak... lepas suntikan ivermectin tempohari , kurap kurap amin dah sembuh 90 %, badan pon dah montok..dah berisi...

hari pertama ramadan, sebelum waktu berbuka sekitar jam 5 pm, mki pon mandi kan amin, maklumlah sejak sampai mana ada mandi kan, mki sental amin cukup cukup, kerak kerak dan kelemumur amin sumer tertanggal...wangi la jugak...

may eb dlm 2 minggu lagik, amin mki nak bawak ke klinik untuk dikembirikan dan dan juga untuk diberi vaksin..dan lepas itu..kalau amin tak trauma, mki nak cari good home untuk amin..andaikata la, tak laku gak..maksud nya..tak ada yg nak kat amin...maka mki akan bela saja amin mcm mki bela bobbi dan ameng..sampai la mki dah meninggal atau pun depa yang meninggal..tengok siapa yg pi dulu....

lepas mandi kan amin, kita tos kan air dari badan amin, supayatuala tak la basah teruk.. kasi air dia leleh dulu, baru lap.


lepas mandikan amin, kena la lap kan air dari badan dia, kalau takcian dia sejukkkkkkkk



sebab amin jenis bulu pendek, selamat la..tak yah nak pakai hairdryer untuk keringkan bulu dia

Dah siap..!

10 comments:

Janz said...

Dear MKI,

Amin tak boleh jalan ke? I c him is lying on his back onli... Is there any problem wiz him? Kindly pls update...

Thks

aminahya said...

Salam ramadhan.....alhamdulillah akhirnya amin sembuh gak ek..... thanx la pada tuan baru die huhu.... jaga amin sebaik mungkin.... kalau tuan tue hilang di dunia nie tak tau la saper nak jaga kan.... sayu plak bila dgr tuannya ckp kalau die hidup lagi... harap tuan nya dipanjangkan umur lagi n dimurahkan rezki sentiasa....amin

Kejayaan Pasti Ada.... said...

Hassan Al-Basri
> r.a mengatakan bahwa pada anjing ada sifat mulia yang perlu
> diteladani
> oleh setiap orang mukmin.
>
> Pertama :
> Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang.
> Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh.
>
> Kedua :
> Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu
> berpindah randah mengikut keperluannya.
> Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada
> Allah.
>
> Ketiga :
> Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit
> sahaja.Dia selalu berjaga-jaga.
> Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan
> Allah, sentiasa renggang punggungnya
> dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.
>
> Keempat :
> Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak
> ada pula yang mewaris.
> Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.
>
> Kelima :
> Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau
> melarikan
> dirinya daripada tuannya
> sekalipun dipukul dan dimarah.
> Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang
> siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya.
> Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan
> berbagai-bagai ujian.
>
> Keenam :
> Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di
> tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada
> tempat manusia.
> Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’, orang-orang
> yang suka merendah diri dan tidak menyombong.
>
> Ketujuh :
> Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati
> oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa
> marah atau berdendam.
> Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan
> bahagiannya.
>
> Kelapan :
> Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda-benda
> yang menyakitkan,dia menerimanya.Tidak ada perasaan
> dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas.
> Inilah tanda-tanda hamba Allah yang
> kusyuk.
>
> Kesembilan :
> Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh,
> tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makan
> atau tidak diberi,dia diam sahaja.
> Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah
> s.w.t.
>
> Kesepuluh :
> Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya, tidak
> menoleh-noleh ke belakang.
> Inilah tanda-tanda orang yang
> susah.

Knight said...

hi bro,
I just want to share this video in ur blog.

http://www.youtube.com/watch?v=5L5QQUsm7l8&feature=related

In 1924, Hachiko was brought to Tokyo by his owner Hidesaburo Ueno, a professor in the agriculture department at the University of Tokyo.
The bond between Hachiko and Mr. Ueno can only be described as unbreakable...
The two were inseparable and Hachiko even accompanied Mr. Ueno from his walk from home to the Shibuya train station where he would leave for work every single day.
Hachiko would unfailingly return the train station at the end of each day to welcome his master home.
But on May 1925 Professor Ueno suffered a stroke while he was at work and died soon after never to return to the train station...
Hachiko was waiting for his beloved master to return on that day as he always did before.
Soon after Mr. Ueno's death Hachiko was given away but he would escape every day to return to the train station to wait for his master.
Day after day Hachiko returned to the train station until he eventually stopped leaving...
Some people who had seen Hachiko with his master were so touched by his devotion they started bringing food to nourish him during his wait...
The days turned to weeks... Months... Years...
After 10 years of waiting for his master at the train station Hachiko died with his gaze fixed upon the spot his master disappeared the very last time...
Today a statue stands in the spot where Hachiko waited his entire life for his master's return...

SOnditX (Nahar) said...

rindu kat bobbi!

nazlin said...

dh ok dh si amin...

alhamdullillah bro dah merawat n mjaganye dgn baik...

semoga bro mdpt keberkatan n hikmah disebalik sifat tanggungjwb bro pd amin...

apa org lain nk ckp buat tak peduli sbb bkn diorg bg bro makan...

sbb asyik dgr kata org je la ramai org mundur n tak yakin...

KAMIL said...

bro gua minat nak bukak bisnes mcm lu arr , gua nak bukak pet shop , blh tak mintak tlg bro ajarkan aku cara2 nak open bisnes , dan utk pengetahuan bro aku mmg minat giler ngan anjing , terutama skali pd rottweiler dan German Sheppard dan great dane dan paling coeml chow chow huhuhuh, lu buat pekak jer aper org nak ckp bro , u go bro , gua support lu bro , any news bro u can ctc me at abghensem84@gmail.com.t.q

Khairul said...

Hi MKI, Jumpe blog u drpd Metro hari minggu arituh citer pasal u....terus online cari blog MKI...syabas MKI sebab dah buat satu Fardu Kifayah bagi umat Islam di Malaysia nie iaitu menolong haiwan2 terbiar terutama sekali anjing. Pada RK, anjing di Malaysia mmg dalam nasib malang sebab dikelilingi oleh org Melayu yang rata2 fobia padanya atas alasan agama sedangkan tiada apa2 dalil yang mengharamkan kita menyentuh atau menjaganya! Ye la dalam Islam diajar bile sentuh anjing kena samak itu saje....bukan kata anjing tuh haiwan yang hina atau najis! Saya bermazhab Syafie tapi saya berpendapat tiada sebab mengapa umat Islam tak boleh memberi simpati dan menjaga anjing kerana mereka juga makhluk Allah SWT. Malu laa jika kite self-proclaimed ciptaan Allah yang terbaik, Khalifah di muka bumi....tapi di kalangan anjing2 mereka berkata sesame sendiri "Yeah right!!"

M.K.I said...

terima kasih atas sokongan kengkawan semua, pada yang mencarut serta memaki hamun aku dengan rakus nya, this is what i have to say! ada aku kisah???? muahahaha...semoga semua kata nista , celaan, kejian, hinaan, serta cercaan yaang anda hamburkan padaku akan backfire dan kena balik pada diri anda serta keturunan anda balik..Amin.....

mikie punyer cerita said...

Sejak gua baca kisah lu bela anjing kat Metro, Setiap hari gua harap sangat2 satu hari gua akan jumpa jugak dengan lu dan anjing2... Gua teringin nak bela untuk keselamatan famili gua dan bleh jd teman... Kat rumah gua skrang da ramai penagih yang dah berjaya mencuri di sekitar kawasan kampung gua... Skurang2nya dengan adanya penjaga yang taat setia x berbelah bagi, dapat la mak gua tido dengan aman setiap malam...