Thursday, August 6, 2009

Anjing bernama Amin

Umum dah tau tentang anjing yang stay di rumah mki di cheras yg nama nya ameng dan bobbi...
mereka berdua dah jadik best fren dan sgt sihat malah wal afiat..

sejak 2 minggu lepas , tak jauh dari rumah mki, mki ternampak sekor anjing yg dalam keadaan menyayat hati...keadaan sungguh menyedihkan, dah lah kurus, kutu dan parasit penuh di badan dia....dah nasib dia menjadi anjing jalanan.. memang selalu tak dapat makan, biasa lah menjadi anjing di bumi Malaysia, adalah perkara paling malang dan menyedihkan..orang melayu di kampung berhampiran telah diajar bahawa anjing adalah NAJIS MUGHALAZAH, so , setiap kali anjing yg mki nama kan Amin pergi ke tepi rumah untuk meminta makan, tuan rumah dan anak-anak akan segera membaling batu dan kayu pada si amin....
Mki tau jugak ada yang bila tengok Amin datang menghampiri dapur mereka, si ibu akan segera menjerang air di dapur, dengan niat untuk menuang air yg mendidihkan ke atas Amin...... Mki bertanya juga kenapa.... orang melayu yang beragama islam mesti tuang air panas serta membaling batu pada anjing terbiar atau anjing jalanan???

alasan yang diberikan? Anjing islah najis Mughallazah (erti kata lain , najis terkotor atau hardcore najis) Mki yg bermazhab maliki rasa sedih dan sebak..kenapa anjing terbiar dan anjing jalanan diberi layanan sedemikian rupa... sebenarnya sebagai pengikut mazhab maliki, anjing bukan lah najis, let alone najis Mughalazah! Yang mewartakan Anjing as najis bukan Allah SWT atau Rasullah SAW, tetapi cuma seorang Imam yang bernama Syafie( Pengasas Mazhab Syafie)...

Tapi, percaya lah wahai orang islam semua, kalau betul lah , anjing ialah najis sekali pon , ISLAM tetap melarang umat nya menzalimi anjing terbiar...kenapa lah ada antara kita yg sanggup mendera serta bertindak kejam pada anjing yang dtg untuk menumpang serta meminta makan di luar rumah kita...

mki sangat tertarik dengan ajaran serta kepercayaan agama Buddha, dimana mereka percaya pada KARMA, maksud nya , kalau hari ini kita ambil batu dan baling pada anjing atau kalau kita didih air panas dan tuang kan akan atas anjing, maka bila kita dah mati, kita akan dilahirkan semula manjadi anjing, dan orang lain pulak akan berlaku zalim dan kejam pada kita, makna nya sebagaimana kita baling batu pada anjing semasa hayat kita, aahh,, kali ini, kita jadi anjing, orang lain pulak tuang air mendidih atas badan kita....
so tepat, jam 5 pm, mki bawak jaring satu dan crate anjing dan mulai operasi menyelamat si amin dari terus menjadi mangsa deraan dan zalim, mki nampak amin tengah rehat atas jalan raya....so mki park keta tepi jalan, mula mula mki ingat nak tangkap jer tengkuk si amin, rupa rupa , sangkaan mki meleset, amin punya la garang, ngalahkan anjing Rottweiler! hehehe, dia cuba kejar mki dan nak gigit pulak kaki mki...pada mki, amin terlalu trauma setelah sekian lama dizalimi dan didera secara fizikal dan mental....so, pada mki itu adalah tindakan reflexs amin...
Tapi ialah, pada mki, anjing rottweiler pon boleh handle, tak kan lah anjing sebesar amin pon mki tak leh handle, malu la... mki ada bagitau nasser tentang plan nak rescue si amin, kata nasser bawak ramadan, kalau ada pembantu senang sikit.. alah, mki cakap anjing ketot mcm amin, sorang pon mki boley handle...

so, dlm 10 minit, mki dapat cekup amin pakai tangguk, punya melolong si amin kena cekup...bersungguh sungguh dia nak gigit jaring/tangguk.

mki pon transfer dia ke kotak biru dan bubuh amin belakang kereta mki. sampai di teratak mki, kami pindah kan amin ke sangkar kosong dan bubuh satu mangkuk air bersih dan satu mangkuk biskut. amin pura pura tak mau biskut yg ditawarkan...tapi kan lepas 1 jam mki gi check, bersih sungguh mangkuk makan amin, malu malu anjing rupa nya...

mki mula rawatan pertama iaitu memberi suntikan ivermectin untuk membasmi segala cacing yang ada dlm perut amin, ialah dah anjing terbiar mesti ada parasit, ubat ivermectin juga akan membunuh kutu kutu dan hama yg ada pada tubuh amin.

rawatan kedua mki bagi suntikan Baythril, ini ialah untuk penyakit kulit, kurap kurap yg ada pada badan amin... 2 hari lagi, mki nak bagi suntikan vitamin pula...kalau amin cepat jinak, mki nak sental dia cukup ckup dia syampoo berubat, dan lepas tu mki nak bawak amin ke klinik untuk vaksinasi dan untuk
dikembirikan....

mki akan cuba update progress amin dari masa ke semasa , semoga amin cepat sembuh . Mki nak amin tahu..orang ISLAM lazim nya tak akan bertindak zalim dan kejam terhadap haiwan termasuk haiwan yg dikatergorikan sebagai najis Mughalazah oleh pihak tertentu , maybe yang bertindak zalim dan kejam pada ANJING ialah orang MELAYU but bukan ISLAM.
Amin, semoga cepat sembuh ya....

18 comments:

lcl said...

Well done! A commendable effort of you to save Amin. I just can't imagine his fate if he's caught by local authorities and end up in a place like the DBKL dog pound. At least he is in good hands now.

nafham said...

alhamdulliallah, akhirnya ada juga yang mengambil berat pasal anjing seperti amin ni...

Janz said...

Dear Mki,

Im proud of u.... U did a great job... Thks.... U did change my view on how every umat islam treat dogs... Im dogs lover and its heart breaking to c and knw those unlucky ones ended up been abused or ill treated... Amin is the unlucky turns lucky one... Lucky to hav met u, mki... Pls do update all of us on the progress of Amin...
Thks
Janz
(regards from Smarty in luving memory & Maxter)

Knight said...

Salam, agaknya diaorg tak tau kot kisah pelacur and pegembara yang bagi minum kat anjing then masuk syurga, melayu kat malaysia ni ramai yg ada attitude hollier-than-thou bukan nak study Islam betul...entahlah.....

aminahya said...

Thanx sbb jumpa amin n jaga die bebaik ek..... wat mcm kluarga sendri k.....

mum2jude said...

It's never the race nor religion but how each individual chooses to act that defines himself.

You did good, MKI!!!

Jawahir Jaafar said...

Syabas MKI ... orang macam ni la yang kita patut cari. Walaupun anjing tu najis , tapi dia tetap makhluk ALLAH. Well Done!

skinneee said...

God Bless You for all your kindness....

nizam said...

Salam mki, ramai yg ngaku islam lebih menekankan kepada pengamalan zahir. isi dan intipati itu sendiri tak nampak....senang roh islam itu semacam takde. hairan kenapa bila org islam kena tekan atau teraniaya, semua la pakat doa, tapi nasib umat islam terutama melayu di malaysia camtu gak. ini satu contoh ygmki ceritakan, nak siram anjing dengan air panas la, sepak terajang la, baling batu la........tak tau islam mana,nabi mana yg ajar gini. tapi tu la yg berlaku, sedangkan Allah itu penuh dengan sifat rahman & rahim..... yg ngaku islam tak mandang sifat ini dalam kehidupan, dorang cakap pandai, islam tu cara hidup,tapi hiduptak sepertinya. Manusia adalah khalifah, ramai berbangga kata kita sebaik kejadian, tapi tak pernahkah mereka fikir yg bila sebaik kejadian itupasti datang dengan tanggung(kat dunia) jawab(kat akhirat)......sedih bila yg ngaku islam tidak menjaga makhluk Allah yg 'so called' binatang.

saya salute mki (dan ramai lagi di luar sana).....

hanya yg boleh saya lafazkan.....semoga Allah melimpahkan rezeki yg berkat &banyak supaya mki dapat meneruskan usaha ini.

semoga Allah menerima amal kita semua.........danpada semua, selamat menyambut ramadhan al-mubarak

wassalam.
nizam,
kutumerayap@yahoo.com

ladycutedogs said...

memang betul pun saya ternampak budak budak melayu memang macam itu saya benci budak macam itu.uztazzah pun kata kalau nampak anjing dibaling batu sunat terutama kalau yang berwarna hitam.saya suka pada anjing dan nak bela tapi malangnya masyarakat sekeliling tidak suka.lagi satu ada peristiwa budak yang digigit anjing sebab budak itu sendiri yang pukul anjing tersebut.kita ini berkongsi di dunia ini FAHAM!!!!!!kepada umat ISLAM janganlah terlalu sensetif dengan anjing.kita sama semua .dulu,mana ada ubat sekarang dah ada banyak ubat la wey.SORRRRRY la saya terpaksa buat macam ini untuk menyedarkan masyarakat kita .SYABAS MKI SAYA MEMANG TERHARU DENGAN SIKAP AWAK TERIMA KASIH SEKALI LAGI .SESIAPA YANG X CAYE X PAYAH BACA........NANTI..................

m4rilyn said...

MKI,

kat area BA ade seko cute white dog yg mlarat...i really pity this dog sbb eventho org area tu ramai yg bela dogs tp sorang pun buat xtahu bila seekor makhuk Allah nie mdekati mereka sbb lapar. i really wish i could help but tu la...masa membataskan...

zamhassan7x7 said...

..cayalah bro...wa tabik spring sama lu..!!..

umi_e said...

Salam... di Malaysia ni... bukan saja anjing yang bernasib malang... malah kucing pun banyak yang terbiar dan melarat!

* Orang-orang kita kebanyakkannya nak bela kucing tapi bila beranak-pinak pi campak kat pasar atau tepi jalan! Gila!!! Sakit hati sungguh!!!

** bila dinasihatkan 'kemiri' atau 'kasi' saja kucing2 yang ada (kalau dah tak mau bela banyak) mereka kata 'berdosa' TAPI kalau campak kat tepi pasar mereka tak rasa berdosa lak! Hati sakit je dengan orang2 camni... so apa lagilah dengan anjing... for sure akan menerima nasib yang lebih malang lagi :(

sri said...

I nearly cry wen see de dog abused by ppl around...U r really great..If every are like you, sure tis world wil get peace very soon...I respect u alot...thanks for de dogs...
-sri-

syaft said...

sokong!!

mektok said...

alhmdulilah , slmat anjing 2 ,
sy mmg mnat sagt2 kt anjing..
sya nk bela ,
tp xtao nak bg alsn yg betol2 kukuh kt mama sya ,
tlg sya.
sya mmg nak sgt

Debra Wong said...

This is such a great job that you've done! In fact,not everyone are willing to do what you did. I'm glad that you appreciate every life on earth, and the part that you were respected the most are, you don't care how certain people criticize about you.

Springsfield Tiles said...

dear MKI,

high respect on ur caring n loving heart towards d animals.

u r rite, in the quran never says dogs is prohibited. only the devil fellower misslead the religion.

every religion is teaching good, never believe islam hate dogs but just the leaders lead a wrong teaching

all life forms have the right to live as human does not own the world

Pages