Wednesday, July 15, 2009

MKI di Ijtimak 2009 di Bandar Enstek


MKI nak minta maaf pada kengkawan yang cuba call dan sms mki dari 9hb Julai hingga 12 hb Julai kerana mki berada di Bandar Enstek menyertai Perhimpunan Dakwah Tabligh Sedunia . mki terpaksa menutup hand phone atau letak silent mode and tak online pun dalam tempoh berkenaan kerana nak concentrate dengan program serta bayan oleh maulana

Mki rasa amat beruntung kerna menjadi pilihan Allah utk menyertai ijtimak Malaysia kali ini. Terdapat lebih daripada 12 ,000 jemaah dari luar negara terdiri wakil dari 40 negara seperti Indonesia, Senegal, Russia, Maghribi,Jordan, Arab Saudi, Myammar, Bangladesh, Filipina, Thailand,india, China,Jerman, Hong Kong, pakistan dan lain lain. Keseluruhan jemaah yang hadir lebih dari 200, 000 orang, bayang kan ramai nya manusia...

Bila tengok lautan manusia yang ramai macam nie, mki teringat kembali kenangan di Padang arafah, dan mekkah bila mki ke sana dulu.

Ini adalah ijtimak yang kedua diadakan di Malaysia, yang pertama dulu di buat pada tahun 1982 di Trengganu , tapi itu dah 27 tahun yang lalu, iijtimak yang kali pertama tu, jemaah yg hadir sekitar 50,000 orang, tapi perghhh yang terbaru nie di bandar Enstek kali nie, 200,000 orang beb...Tukang masak yang menyediakan makanan jer dah 5000 orang...tu dia..........

Dalam usaha menegakkan agama Allah, iaitu bersangka baik. Bersangka baik ini adalah perlu kerana ia adalah sifat Nabi kita yang mulia hatta kepada musuh kita sekalipun. Banyak lagi sebab kenapa kita runtuh di akhir zaman ini. Satu perkara yang mungkin kita terlupa ialah tertib dan adab menegur pemimpin, sejarah telah membuktikan bahawa dari zaman Nabi S.A.W, khulafa ar-rasyidi, dan kekhalifahan, ada cara yang tertentu untuk menegur pemimpin, bukanlah dengan megaibkannya di khayalak ramai, dengan demonstrasi, bantahan dan lain-lain perkara lagi apatah lagi menceritakan keburukan orang.
Bukanlah bermaksud kita tinggalkan terus perkara di dunia ini, tetapi usaha itu disertakan dengan membawa syariat agama Allah ini. Itulah kehendak sebenar Allah dan RasulNya. Semoga Allah memilih Negara kita lagi pada tahun depan untuk diadakan ijtima dunia pada tahun akan datang

Ijtima ini adalah salah satu usaha untuk meyatukan umat islam dengan menanamkan dalam hati bahawa kejayaan kita sebenarnya adalah tersimpan dalam agama Allah, ada dalam amalan agama, kita keluar di jalan Allah untuk menyebarkan agama disamping memperbaiki kelemahan diri sendiri dan belajar untuk yakin sepenuhnya pada Allah swt,
Harus dijauhkan yakin kepada kerajaan, pangkat, perniagaan, pelaburan dan lain-lain. Kita hendaklah yakin sebenar2 yakin Allah lebih berkuasa makhluk tidak berkuasa. Setiap susah payah kita untuk agama akan pasti diganjari oleh Allah di akhirat dengan ganjaran yang besar. Setiap amal yang dibuat ketika berada di jalan Allah akan digandakan ganjaran 700,000 kali ganda malah lebih lagi.

Amiin...

p/s: Cian gak kena tinggal kan haiwan haiwan kesayangan selama 4 hari 3 malam, tapi mujur la si ramadan dan staff lain boleh urus kan mereka semua sementara mki berada di Bandar Enstek..

Berikut mki serta kan sedikit sebanyak pic pic yg sempat dirakam di Ijtimak 2009.

2 comments:

Fairuz said...

semoga kita semua kekal dalam hidup utk berbakti pd allah.. mki doa nangis2 tak masa waktu doa akhir tue.. :D

rahba81 said...

Suhanaullah..

Sungguh tak ku sangka MKI pun hadir sama..Selama ni just jengah2 jer blog MKI ni..
Tgk gelagat MKI ngan haiwan peliharaan..

Bila tgk photo MKI ngan the cute dog tu terus teringat kisah seorg pelacur dgn seekor anjing tu..Asbab dia khidmat utk beri minum pada seekor anjing pun Allah boleh ampun dosa seumur hidup dia sebagai pelacur dan dikurniakan syurga..

Alhamdulillah juga coz Allah s.w.t. beri aku nikmat utk jadi pembantu agama dlm usaha dakwah ni..Antara kelebihannya ialah tak mudah sangka buruk pd org lain..

Semoga Allah s.w.t. juga pilih MKI utk sama2 berkorban pada jln Allah..

P/S : MKI ikut mazhab hanafi ker?sajer tanyer coz tgk byk sgt dog yg cute tu..

Pages