Wednesday, June 3, 2009

Tak Sabar Nak Balik Ke Teratak MKI




Setiap kali mki keluar terutama ke KL, hati mki senantiasa teringat semua haiwan yg ditinggalkan nun di atas gunung....mujur mki ada staff yang agk boleh dipercayai..so, mki selalu gak telepon si ramadan dan tanya itu dan ini...tanya kucing dan makan belum? dah bukak ke kipas angin untuk si regina...bla bla...bla...

staff staff tau sgt perangai mki, kalau telepon dia org bunyi kena jawab, alasan tak dengar, ada dlm toilet, hp tengah charge tu sumer mki tak akan terima dan mki akan mendeklamasi kan "sajak" dan "puisi" sampai bernanah dan bengkak telinga staff..mki selalu berpesan hp penting untuk mki hubungi mana tau ada emergency atau darurat...staff kalau tak kena carut lebih suke guna hp untuk dengar lagu dan ambik gambar..sedang tujuan asal hp pada mki ialah untuk membuat panggilan dan menerima panggilan.

Begini la scenario yang mengalu alukan mki setiap kali mki sampai di depan pagar...sumer anjing anjing akan beratur seolah oleh berbaris untuk menyambut kepulangan mki..

ok tengok foto nie baik baik, mki bagi penerangan sikit, paling kiri , siapa lagi kalau bukan si koko yg sibuk,pas tu si sake (2 dari kanan),pas tu si choice, sebelah choice pulak si, glenn(yg tengah cium cium buntut si choice!hehehe)todi, mai li,wiski dan luna..yang paling kanan ialah chip chip(chihuahua male)...

pada mereka yang pernah melawat teratak mki, pasti anda semua faham dan tahu bagaimana rapat dan sayang nya kesemua anjing anjing pada mki....sampai mki nak jalan pon susah...hehehe pernah beberapa kali hampir tersungkur sebab si sake suka menyekat mki waktu berjalan....

semoga Allah SWT terus memberi MKI kekuatan, rezeki, kesihatan yang baik, dan umur yang panjang agar mki boleh terus menjaga haiwan haiwan kesayangan ini...

7 comments:

Fairuz said...

nak melihat juga puisi dan sajak mki.. dgr tak mau.. hehe

sonditx said...

abg, bobby mane?

Jiro@Rocky Loot said...

Hi MKI,

Just drop by to check out your blog,sungguh menarik..will be back again.

Safaju said...

Peace upon U!

eh menarik rupanya blog nih. I found this blog coincidently sbb ada sorang commenter dlm site Saifulislam suruh tgk blog nih. Keep on blogging,hopefully ada ramai lg org yg akan terbuka minda, don't be judgemental, jgn bersangka2 tanpa pengetahuan yang jelas,pki ikut2 je ckp org.

kelate said...

mki,ko belum ada Dalmatian ka? apa kata ko ambil sekor?

Ahau - Dee said...

Salam dari Auckland.

Just nak beritahu yang saya suka blog ni ... dah lama saya sependapat dengan MKI dalam hal-hal berkaitan anjing ni dan hari ni baru terjumpa blog ni.

Nampaknya saya sudahpun menjadi salah seorang follower blog ini. Keep it up !!!

p/s : I love dog too : )

Skyways said...

hihihi so cute dorg tunggu abg kt depan pintu pagar..

Pages