RSS

Tuesday, May 19, 2009


Pada 12 may 2009, teratak MKI telah membuat pertukaran species hidupan liar dengan Animal Safari di Aformosa Resort , Melaka.

mki sangat teruja dengan ketibaan Squirrel Monkey yang sangat menarik personality nya. seperti nama nya kalau diterjemah kan bermakna Monyet Tupai, Squirrel monkey ini suker melompat sini sana sama macam tupai, tenaga dia sungguh banyak dan terlalu aktif.


Scientific name: Saimiri sciureus

Negara asal
:: Guyana, Suriname, French Guiana, Brazil, Colombia, Ecuador, Peru, Bolivia, Venezuela

Benua : Amerika Selatan

Diet: Buah buahan , serangga, bunga, nektar bunga(madu) .

Habitat: Hutan Hujan Tropika

berat dan saiz: monyet jantan sekitar : 750 gm betina , ringan sikit, sekitar 500 gm.

panjang badan sekitar 12 inchi, ekor saja dah 16 inchi...hehehe, ekor lebih panjang dari badan!!!



Monyet jantan akan matang pada usia 4 tahun, manakala monyet betina sekitar 2 tahun

Kalau jaga baik baik, monyet nie boleh idup selama 25 tahun dalam kurungan..jap..lupa pulak, tempoh bunting(pregnant) about 5 bulan atau 5 bulan setengah...lebih singkat dari orang punya pregnancy...






Pesanan untuk sesiapa yang teringin nak bela monyet as pet!!! :

Tolong la jgn sesekali bela monyet as pet, monyet tak kira apa species ialah binatang liar yang sepatut nya berada di habitat asal nya iaitu hutan.

Pengecualian boleh dibuat untuk monyet dipelihara di zoo atau pusat konservasi, tapi TIDAK sama sekali sebagai haiwan kesayangan!!!

Monyet tak sama mcm hamster , arnab atau anak kucing.. binatang tu summer sesuai dijadikan pet, dah telah turun temurun orang bela sebagai binatang peliharaan.

Monyet masa kecik sangat comel! Boleh angau dan mereng sesiapa peminat haiwan kalau tengok, kalau boleh dipakaikan pampers dan suap dia minum susu botol, yam ampun, berebut rebut peminat monyet nak bela…BUT..jgn lupa, stage ini Cuma sementara saja, bila dia dah matang dan besar.. monyet nie pasti akan mengigit, berapa tepat..err..99.999 %..sebab, species primate nie bila dah matang, hormon dan mula merembes rembes, mula la dia nak mengawan, kalau dia tak dapat mengawan, akan naik angina la dia, dan bila dan naik angin? Apa dia buat? Gigit la apa lagi????

So, alasan mcm …I bela dia sejak mata tak bukak lagik tau!!! Atau isk, mana mungkin, I bela dari kecik lagi, dari umur 3 hari lagik, ini summer , monyet tak akan kenang punya…kalau monyet mengigit tak sam mcm boifren gigit girlfren masa tengah beramaradana , tapi gigitan monyet boleh meyebabkan tangan kena jahit!!! Koyak dia, ya ampun…so, kesimpulan nya??? Tak ada beban, tolong la jgn galas batu sungai atau batu bata sekali pon…..

1 comments:

umi_e said...

salam... anak2 kak e suka sangat dgn binatang dan bila tengok blog MKI mereka begitu terujah utk memiliki anjing :S - kak e trauma dgn anjing - takut sebab masa kecik dulu pernah dikejar dan digigit anjing hehehehehe