Sunday, May 24, 2009

Nasib Malang Yang Menimpa Regina

regina tengah berehat atas toto nya, bing bing dan madam tumpang sekaki tenggek atas toto regina, mujur regna bagi depa share toto dia.. air bersih untuk regina kita kena selalu stand by..sebab regina kuat minum air...





Nasib Malang Yang Menimpa Regina

Regina Vom Beni, Rottweiler yang diimport dari Eropah..telah melahirkan 3 ekor anak baru baru, nie, malangnya ketika puppy nya berusia 3 minggu, regina kena infeksi pada ekor...disebab kan jangkitan itu telah melarat ke tulang belakang regina..dia sekarang lumpuh kedua dua belah kaki belakang nya....

8 hari regina dirawat di fakulti Veterinar UPM...Dr Erni dan Dr Nor Alimah cuba sedaya upaya untuk memberi rawatan terbaik pada regina...
pada hari pertama saya bawa regina. Dr Gurmeet, dr Veterinar kanan telah menjalankan Ujian Ultra Sound dan mendapati regina tak dapat buang air besar dengan normal... pundi regina pulak mcm nak meletop sebab tak dapat nak kencing .... regina juga di X-ray untuk meyiasat punca kaki belakang nya lumpuh....

Keesokan hari, tiub dimasukkan ke salur kencing regina untuk membolehkan air kencing keluar.... regina enggan makan.. mogok lapar pulak.. setiap hari, Dr terpaksa force feed(paksa makan@ suap) 5 tin AD science diet.... regina pulak demam panas... IV terpaksa dimasukkan dengan metro (anti biotik) selama 1 minggu...kaki kiri regina kena cukur sebab nak masukkan jarum untuk IV... lepas 3 hari... jarum kena pindah ke kaki kanan pulak.... kata doktor , jarum di kaki cuma boleh maksima 3 hari .lepas tu kena tukar ke kaki yg lain....

Semasa regina mki bawak ke Hospital UPM, doktor dapati suhu dia tinggi, doktor suspect dia demam panas, tapi pada masa yg sama, ada jugak haiwan yang akan naik suhu badan disebabkan transpotation dari rumah ke hospital...
sake mesti jadi tukang sibuk, bila mki nak amik pic, dia suke enter frame...yang tenggek belakang regina ialah Boon, dia pulak ialah anjing jenis PUG, mata dia dia senantiasa terbeliak..kadang kadang mki risau mata dia buleh terjatuh atas lantai..hehehe



Tapi esokkan hari, dr confirmkan mmg regina demam panas, so, bayangkan doktor terpaksa keluar air kencing regina, pasti najis regina juga dikeluarkan, tak kurang juga, dr kena usaha untuk turun suhu regina... lepas 6 hari di UPM, dr cadangkan agar ekor regina dipotong buang sebab dr suspect infeksi ekornya punca jangkitan kuman pada sistem vetebrae regina, mki ikut saja cadangan dr.

ada sekali, hari ke 4 regina ditahan di hospital UPM, Dr Erni call hp mki dan maklumkan yang bola mata regina bergerak tanpa kawalan...ini petanda yang kurang baik...besar kemungkinan jangkitan telah sampai ke otak...mki harus bersedia untuk sebarang kemungkinan termasuk akan kehilangan regina untuk selama lamanya..

sebaik saja dr erni meletak kan telefon, tanpa mki sedari, air mata mki jatuh berjurai jurai .. macam air terjun pulak... rasa sebak dan sedih yang amat sangat tak dapat digambar dgn kata kata... mki bergegas ke UPM dan berjumpa dgn regina.... mujur bila sampai ke hospital air mata mki dah kering... kalau tak malu jer mcm jejak kasih la pulak kat hospital upm....

bila mki sampai ke hospital veterinar UPM, mki usap dan tenung ke dlm mata regina..mki minta ampun pada regina akan segala dosa dan kesalahan yang mki pernah lakukan pada regina...mki bimbang mungkin salah dan silap mki lah regina jatuh sakit dan kena jangkitan sampai tahap mcm nie...

semasa regina merenung ke dlm mata mki, segala kenangan yang silam mula menbanjiri memori mki, teringat semasa regina menang kejohanan MKA di mana regina berjaya mengalah 18 ekor anjing dalam pertandingan yang besar di South City Plaza....

Regina juga pernah gigit buntut staff mki yang datang ke rumah mki waktu malam tanpa bagi salam..hehehe... tapi mki tak marah pon regina, malah mki sergah pulak staff tu yg buntut dia kena gigit..er.. kenapa datang tak bawak lampu suluh, kan regina dah gigit pantat engkau..hehehe.... sayang mki pada regina tiada tolok bandingan nya....

selepas 9 hari di UPM, infeksi regina sudah dapat dikawal.. dan dr call mki suruh bawa balik...ke teratak mki... banyak sungguh ubat ubat yang regina kena makan....satu hari 2 kali....mki yang suap dia... regina sekarang kena duduk atas tilan atau toto , kalau tak siku dan lutut dia kematu..dr suruh mki urut kaki belakang regina 3 atau 4 kali sehari..takut kaki dia mengecil sebab tak digunakan....

Kipas khusus untuk lantai sesuai untuk regina..bila hujan mki tak buka kipas..bila tengah hari mmg regina perlu kipas..




setiap hari tilam regina kena ditukar 2 kali terutama lepas dia kencing, tilam basah dijemur, kami bubuh tilam baru kat regina... cuaca kalau panas, mki kena pasang kipas 2 bijik kat regina, satu kipas dinding, satu di lantai....

hari tu, ada kawan mki call, tanya kabar... mki citer secara ringkas masalah yg menimpa regina, kawan mki, faizano cadangkan, regina dibunuh saja dengan suntikan racun sebab dia dah lumpuh...mki jawab balik pada faizano...esok bila bonda awak dah tua dah lumpuh, awak put to sleep bonda awak ok? amacam? Faizano tergamam dan terkedu dengan jawapan mki....

5 comments:

Eddy said...

Harap regina dah sembuh kembali ...


Hope the best for her ....





---- Peace---

PinkUngu82 said...

bertuah Regina ada MKI..
Hope she will recover soon.

PinkUngu82 said...

bertuah Regina ada MKI..
Hope she will recover soon.

Encik Azrin Yang Garang said...

jawapan kepada soalan di perenggan yang terakhir adalah padat mantap dan terkesan.
semoga mki tabah menjaga regina. hanya allah yang maha mengetahui dan Dia lah yang akan membalas jasa baik mki. amin.

Skyways said...

yeah..abg ur were rite...senang2 jer nk suntik n bunuh...haiwan pun ada prasaan jugak..

Pages