Thursday, May 21, 2009

Jeng..jeng jeng!!!Musim Mengawan Orang Melayu akan bermula???

Jeng..jeng jeng!!!Musim Mengawan Orang Melayu akan bermula???

Ewahhh! Mesti ramai yang teruja baca tajuk di atas...apa yg mengawan nya? Bila musim nya?hehehe
Citer dia mcm nie, 30hb Mei kan dah cuti sekolah, siap 2 minggu pulak tu, masa musim cuti sekolah lah mki kata kan musim mengawan sebab ramai orang melayu akan berkahwin!!! Hehehe tak setuju ker kalau mki cakap musim orang kawin sama lah erti nya dengan musim mengawan..muahahaha....

Tak caya...tengok occay...sini sana you all akan dapat jemputan sahabat handai atau sedara mara yang akan kahwin..apa lagi...nikah pada siang nya..malam mengawan la jawab nya....perghhhhh
Yang mendukacita kan mki, pada musim cuti sekolah lah, kita akan baca dlm akhbar dan berita, eksiden yang sangat dasat, van disewa, bus disewakan eksiden sebab satu family nak gi makan kenduri...mki rasa kesal jugak..gara gara nak gi makan kenduri..seluruh keluarga terkorban sebab kemalangan jalan raya...pada mki, kenapa perlu bergadai nyawa semata mata nak hadiri kenduri kawin???sedap sangat ke nasik minyak atau nasik tomato tu..sampai sanggup amik risiko mengundang maut...hari tu, mi baca paper, keluarga nie, sewa van dari Johor nak ke Kelate sebab nak makan kenduri adik beradik nya...van eksiden dengan treller , 12 orang meninggal.....

Emm...memang la ada orang boleh cakap, dah sampai masa, nak buat mcm mana??? Pada mki kalau eksiden masa nak gi keja atau balik kerja, tak leh nak buat apa apa la..kalau tak kerja, tak kan duit nak jatuh dari langit kot....so, kalau nak eksiden waktu nak pi kerja, what to do....dan suratan takdir beb....but , yang terlalu taksub hadiri kenduri kawin yang jauh jauh sangat tu...ingat la masa depan serta orang yang tersayang tu...kalau awak tak pergi, kawan awak tak akan sedar pun awak tak hadiri, maklumlah, punya la ramai orang kat wedding dia, dgn kompang bagai...orang mcm ulat lagi...mana la dia nak sedar member tak mai kenduri dia...?? kan..? lagi pun, pengantin baru dok ingat pasai malam pertama..hehehe..ada dia kisah member dia tak mai kenduri dia...???

Perlu ke kita perlu makan kenduri jauh jauh dan kesudahan nya jadi macam nie? macam la kat rumah dah tak ada nasik nak makan...musim cuti kereta extra banyak atas jalanraya, kadang kadang kita drive berhati hati, tapi zaman sekarang nie banyak sungguh beruk beruk dan monyet monyet yang bawak kereta, siap bawak macam sial ! tu yang selalu jadi eksiden tuh

Mki heran betul macam mana some people sanggup susah payah gi makan kenduri member dia...dari KL sampai ke kedah..siap naik bus express lagi...pada mki, mki pergi jugak wedding bila dijemput tu, tapi area rumah mki lah...Kalau yang jauh jauh tu, contoh nya jemputan dari negeri lain tu, mki cakap pada member yang jemput tu, Insyallah ..tapi....jawapan sebenarnya MKI tak akan pergi punya..hehehee

2 comments:

umi_e said...

salam MKI... sudah suratan... al-fatiha buat mereka yang terkorban dalam kemalangan...

* kak e pun tak pergi kenduri kalau jauh2 tapi kalau keluarga tu terpaksalah juga - kak e kena balik Kelantan kalau dah keluarga di sana buat kenduri - boleh ke tak pergi? :P

CikAdilaMata4 (--O__O--) said...

bukankah menghjadiri walimah itu hukumnya wajib?

Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis walimah, hendaklah dia menghadirinya. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5173)

Dan barangsiapa yang meninggalkan undangan, maka dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5177)

“ Apabila terdapat pengkhususan undangan di mana orang yang mengundang membeza-bezakan di antara yang kaya dengan yang miskin atau fakir, makanan yang dihidangkan mengandungi syubhat, dan seumpamanya. Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam ash-Shanani di mana diizinkan untuk tidak memenuhi undangan walimah apabila adanya uzur di antaranya, apabila makanan yang dihidangkan mengandungi syubhat (tidak jelas kehalalannya), atau diperuntukkan kepada orang-orang kaya sahaja, atau ada orang yang tidak senang dengannya... (Imam Muhammad bin Ismail ash-Shanani, Subulus Salam, jil. 2, Bab Nikah, m/s. 729, Darus Sunnah)

sekurang2nya cuba penuhi undangan..

wallahu'alam

Pages