Thursday, May 21, 2009

Betul ke Orang Melayu Tak sayang anak sendiri????

Ikut pemerhatian mki, orang melayu tak sayang anak sendiri...macam mana mki boley ckp mcm tu ?
Jum kita tgk scenario di bawah ;

1) You all pernah tak tengok budak kecik duduk atas riba si ayah sambil si ayah memandu kereta??? Sesungguh nya bukan saja salah di sisi undang undang, tetapi si ayah meletak risiko maut pada si anak, yer lah, kalau la si ayah terpaksa emergency brek, tak melambung ka anak dia , malah akan terhempas ke wind screen dan akan mati la si anak dengan serta merta....kalau anak kecik tak duduk atas riba si ayah, si anak kecik akan dipangku oleh si bonda di tempat duduk penumpang depan, padan si ayah, 2X 5 dengan si bonda la jugak, punya la bodoh, lagi otak udang !!!! kalau awak sekeluarga sayang kan anak, suruh la anak duduk kat belakang, pakai kan tali pinggang keledar, kalau seat belakang tu tak dak seat belt, suruh penumpang belakang pegang @ dukung anak kecik awak tu.... mki tengok kalau kat over seas, orang putih akan beli satu kerusi untuk budak kecik dan pasang di kerusi belakang, masa si bonda atau ayahanda drive keta, budak kecik akan dibubuh di seat baby dan diikat dengan tali pinggang untuk anak anak..at least, kalau berlaku eksiden, risiko budak kecik rendah.....


Cara yang betul untuk anak kecik duduk dalam kereta. kalau ibubapa sayang anak, inilah cara yang sebenarnya semasa travelling dalam kereta.


Mki kagum gak tengok cara orang cina travel dengan anak anak dlm keta...mki tak pernah la pulak terserempak dengan org cina yg bagi anak kecik duduk atas riba ayah atau ibu di tempat duduk depan, selalu nya si budak kecik akan didukung oleh si orang gaji indon @ filipine atau pon si nenek akan pangku cucu kesayangan....di tempat duduk belakang....macam nie la bila orang sangat sangat sayang anak dia...dia akan laku kan yang terbaik dan tak akan mendedahkan anak dia kepada risiko yang berbahaya atau boleh mengancam keselamatan @ nyawa anak nya....

Mki bukan nak cakap apa , kalau di USA, mana mana parents yg didapati membahayakan nyawa anak sendiri seperti membenarkan anak kecik duduk di atas riba penumpang depan didlm kereta, Jab kebajikan masyarakat amerika akan merampas anak kecik tersebut dari ibubapa dan akan diletakkan dlm jagaan mereka, mudian, parents yang dikatergorikan sebagai parents yg tak bertanggungjawab lagi cuai akan dihadapkan ke mahkamah, dan jika disabit kesalahan oleh mahkamah, kena penjara la jawab nya..si anak pulak akan di tempat di rumah keluarga angkat...
Bila lah Negara tercinta Malaysia akan meminda undang undang yg sedia ada supaya ibubapa yang merbahayakan nyawa anak akan dipenjarakan .

Ada kes budak pompuan yang mak bapak dia benarkan ke pasar malam seorang diri , lepas tu kena culik, pas tu mayat dia dijumpai disumbat dlm beg sukan...mki bersimpati dengan nasib malang yg menimpa si mangsa, tapi mki tetap salahkan parents dia, dlm kes nie, si ayah tengah keja bawak teksi, si ibu ada kat rumah, kenapa la , awak boleh benarkan anak awak ke pasar mlm sorang sorang...anak awak cantek la pulak....bila perkara dah jadi, satu Malaya gempar, si ayah menjadi sgt glamour, sampai tahap dia kena berhenti bawak teksi, saban hari muka si ayah kuar newspaper jer, macam wira atau hero pulak...sedangkan pada mki, korang la parents yang pandai buat anak tapi tak pandai jaga...sepatut si parents 2 ekor kena charge kat mahkamah, tapi apa nak buat, Polis kata, kesian pulak kat parents nie, dah la anak jadik mangsa, nanti si parents lak kena masuk penjara atas sebab cuai...kalau ikut hati MKI, penjara jer...biar jadi ajaran pada ibubapa lain supaya lebih prihati dan lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan anak sendiri..ini tidak, kalau dah melayu tu, sama sekali tak akan ngaku kesalahan @ kecuaian sendiri...malah akan tuduh “ apakan daya , sudah suratan takdir..atau “ Tuhan lebih menyanyangi nya” atau “ kita mesti terima qadak dan qadar”....

Pada mki ini adalah alasan terbodohs dan paling memalukan yg pernah mki dengar..kalau mcm tu, mki pon boleh gi rompak bank....pas tu bila kena tangkap polis, bagitau je polis, bukan salah saya, tapi sudah “kehendak Nya “ saya merompak atau” dah suratan takdir saya merompak...err...saya tak bersalah....alahai, kenapa manusia nie begitu tolol dan jahil..

Mercun, Hari Raya dan putus jari

Siapa tak sayang jari, meh la beli mercun, kalau tak, kalau mercun roket hinggap atas atap nipah rumah jiran...tak beraya la jiran awak tuu


Mki terpanggil untuk menulis tentang kes putus jari bila dekat hari raya....kalau you all boleh ingat, every year with out fail, kat newspaper dan berita, mesti ada kes budak budak melayu yg terlalu kreatif dan buat meriam buluh atau sumbat serbuk belerang ked lm batang paip atau buluh, dan kesudahan nya ????? beraya di hospital la jawab nya...tak caya? Tengok je tahun nie, raya 2009, kita sama sama tunggu masuk bulan Ramadan...tgk la first day Ramadan, mesti ada yg dah putus jari..lebih malang, buta pulak mata sebelah kena serpihan paip besi yg meletop....




Jumlah main meriam buluh, tak bahaya pon, paling paling pon, putus jari ka, buta mata ka, alah, kalau buta pon, belajar la main seksafon, untung untung boleh jadi Kassim selamat...


Yang MKI heran , bukannya apa,,main mercun atau bunga api sebenar nya adalah budaya orang cina, tapi apa yg mki tgk, melayu pulak yg over, mki tak pernah pulak baca paper citer budak cina putus jari ka, konek ka, atau mata buta jadi kassim selamat semata mata main mercun atau meriam buluh...kesimpulan nya?? Orang cina jauh lebih cerdik dan pandai dari org melayu, tu sebab yg putus jari, buta mata, putus tangan semua nya bangsa melayu....pada mki, parents ambik tau sama apa anak lelaki awak buat, alasan such as susah nak kawal, mata Cuma ada sepasang, budak tu memang setan dan buas is not acceptable..dah anak awak, pandai pandai la jaga..ini tidak, kalau bab buat anak cekap, dah cekap, pandai pulak tu, tapi bab membesar kan anak...alahai.....

2 comments:

umi_e said...

salam... mungkin bukan budaya orang kita untuk guna car seat...


* masa anak2 kecik semua anak2 kak e duduk dalam car seat tau :P - so jangan masukkan kak e dalam kategori 'bodoh, lagi otak udang' ekkkkk :P

NORHAYATI BERAHIM said...

salam
anak miki tu ke? comelnya..
Miki kalau kat vietnam, kemboja..miki tengok dia orang akan susun anak 4-5 orang dalam satu motorsikal..lagi haru tau! keh..keh...

Pages