Tuesday, April 28, 2009

MKI di Shin Chew Jit Poh




2 minggu yang lepas, akhbar Sin Chew telah menghubungi MKI untuk mendapatkan temuramah eksklusif dengan MKI tentang Islam dan anjing....

MKI telah dinasihatkan oleh ramai pihak agar tidak menerima undangan Sin Chew Daily untuk berbicara tentang halal haram anjing, dan budaya orang melayu di Malaysia terhadap anjing.

Alasan alasan yang para sahabat kemukakan ialah akan meyebabkan rusuhan serta tunjuk perasaan antara orang yang Anti Anjing dan juga orang yang anti MKI. yer lah sampai mengugat keselamatan negara ..sampai FRU dan pasukan kena leraikan penunjuk perasaan susah la pulak...

Bagaimanapun, sejak MKI mengatakan TIDAK atau NO kepada pihak Sin Chew untuk sebarang sessi fotografi atau interview..mki mulai tidak dapat tidur lena pada waktu malam....semasa mki tidur pada waktu malam..mki sering bermimpi dikunjungi seseorang tua berpakaian serba putih, dengan janggut dan serban...beliau menasihatkan mki agar membenar pihak Sin Chew menemuramah serta mengambil pic mki dengan anjing anjing mki......

Orang Tua berjubah putih nampak sungguh tenang dan bersih....apa yang mki boleh ingat, seolah olah terpancar NUR di wajah orang Tua berserban yang menjelma dalam mimpi mki selama 3 malam berturut turut...

Orang tua yang berjubah dah berserban yang muncul dalam mimpi MKI berkata, " Engkau Berterus terang lah lepada Orang Akhbar Sin Chew yang Islam tidak pernah mendiskriminasikan anjing atau mana man haiwan lain"

Lalu MKI bertanya pada Orang Tua yang muncul dalam mimpi , bagaimanakan nati jika mki dicerca dan dihina oleh mereka yang akan histeria, menangis atau meroyan bila tengok pic mki dengan anjing di pampang di akhbar Sin chew?

Lalu orang tua itu menjawab, sedangkan Baginda Rasullah SAW pun sering dihina, dikeji, dimaki dalam dia melaksanakan perintah Allah SWT. Kenapa kan perlu takut atau risau dikeji serta dimaki? Malah mereka yang memaki , mengeji, mencerca kamu. sesungguhnya adalah najis masyarakat

"Semoga, mereka yang menghina , memaki serta memandang serong pada kamu akan segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan....." selepas orang tua berserban ini muncul selama 3 malam berturut turut ke dalam mimpi mki, mki buat keputusan untuk...membenar kan interview dengan pihak Sin Chew serta fotografi mki dengan anjing anjing kesayangan...

5 comments:

Lee said...

mki, tak ada rough translation/review untuk artikel tu ke? nak jugak baca.

lagi satu, expression muka mki untuk semua gambar nampak sangat serius! =)

NORHAYATI BERAHIM said...

Salam miki
Very wonderful blog..
cantiknya tempat2 dijanda baik tu..teruja pula melihatnya.
one bright days can i come n visit?

jon said...

hi mki. bagitahu ya kalau ada pasangan untuk gibbon saya. sungguh menakjubkanlah blog awak ni. keep up the good work. god bless.

Soaid said...

finally, sy tdk keseorangan dlm pemahaman berkenaan dgn anjing..thanks for your info..

Md Asari said...

salam MKI,

teruskan apa yg bro usahakan skrg ni...Insyaallah, syndrom mentality block sbilangan org melayu yg jahil, ttpi berlagak pandai dlm berhujah ttg isu anjing ni, lama2 akan hilanglah.

Hakikatnya,,,kat mesia ni ORG MELAYU je yg x buleh bela anjing, tapi ORG ISLAM sebenarnya x de masalah pun

Semoga sentiasa di dlm rahmat Allah, Ameen

Pages