MKI di kolam renang hotel, err..mki dah cuba nak pakai jubah and serban masuk ke swimming pool, tapi Pengurusan Hotel tak bagi..dia kata kena pakai jugak pakaian renang , so terpaksa lah mki pakai ..seluar mandi yg mcm nie........Salam ,
Selepas email anda saya tunjukkan pada seseorang, saya telah dinasihatkan agar tidak melayan atau membalas email anda. Saya dimaklumkan anda Cuma berumur 19 tahun dan baru saja dihantar ke Mesir untuk menuntut ilmu…. Saya dinasihat agar tidak membuang masa dan melayan budak yang basuh berak pon tak bersih dan hingus hijau pun masih meleleh lagi…tertiba jer nak bagi nasihat bab agama.. tapi tak per lah, biar lah MKI menjawab apa yang terdaya….selebihnya cari jer jawapan nya dari blog mki… Begini lah jawapan nya…
Mki tidak niat untuk mencetuskan kontroversi let alone ada niat niat untuk menghina pengikut pengikut mazhab shafie.
Bagus atau sihat untuk berhujah atau berdebat tetapi MKI tak pandai, Cuma apa yg mki dapat tengok yang anda terlalu taksub pada kitab…sikit skit kitab itu, sikit sikit kitab ini…
Sedangkan MKI lebih selesa berpegang pada kita Al Quran dan hadis nabi rasullullah SAW saja…
Kitabus Solah Alal Mazaahib Al Arbaah karangan Abd Kadir Ar Rahbawi, dan kitab Bahus wal Fatawa Fiqhiyyah Mussarah, cetakan Beirut, dan pelbagai kitab yg lain tidak diiktiraf oleh MKI. Mungkin anda akan menjatuhkan hukum pada mki yakni MKI kufur, sesat, murtad dan kafir hanya kerana i kerana keengganan mki untuk menerima serta mengiktiraf kitab yang yang anda telah sebut kecuali Al Quran.
Boleh tak anda kemukakan bukti yang kita wajib percaya kepada kepada Kitabus Solah Alal Mazaahib Al Arbaah karangan Abd Kadir Ar Rahbawi, dan itab Bahus wal Fatawa Fiqhiyyah Mussarah, cetakan Beirut???? Surah Mana? Hadis yang mana?
Dakwaan anda :
Cumanya yg jadi mslhnya skrg ni, blog awak tu mmg mncetuskan kontroversi. Klu org yg terpelajar baca blog awak tu, insyaallah la diorang x kan trpengaruh sbb ada ilmu. Tp klu org kmpung yg bkn golongan terpelajar yg ikut jer mana yg dtg, klu diorng baca blog awak tu..
Jawapan mki :
Blog mki dikatakan mencetuskan kontoversi kerana berani bersuara dan mempertikaikai kenajisan anjing. Selama ini, ramai muslim di Malaysia sebenarnya hendak bersuara dan menyatakan pandangan tentang status anjing dlm islam tapi terlalu takut untuk memberi pandangan …..
Antara alasan alasan yang meyebabkan mereka takut bersuara atau meluahkan pandangan ialah mereka risau akan dituduh kufur,sesat, murtad, kafir , .
Masalah nya dengan MKI ialah dia bukan jenis penakut atau mudah digertak….tak der maknanya nak ugut MKI dengan ayat "ko akan dilaknati Allah SWT, Ko akan pasti jadi ahli neraka" sebab pada MKI , tak ada sesiapa yang layak untuk membuat kesimpulan sama ada MKI akan masuk ke syurga atau neraka, kerana itu berhak untuk di tentukan oleh Allah SWT.Bukan oleh orang lain, termasuk alim ulamak atau Mufti sekali pon…..
Ayat anda yang mengatakan Orang Kampung yang tak terpelajar mungkin akan terpengaruh dgn pandangan MKI secara tak langsung telah menghina minda dan IQ org kampong, ketahui lah orang kampong zaman sekarang pun dah banyak celik IT dan boleh membezakan baik dan buruk…malah, ramai orang kampong sebenarnya mmg berilmu dan terpelajar tetapi mereka tak suker menunjuk nunjuk..tak seperti beberap kerat orang yg mendakwa kononnya terpelajar sedangkan hingus pun masih meleleh tetapi terlalu takbur, riak dan angkuh dengan ilmu yg tak seberapa itu..
Sbbnya, uruf kat msia hmpir dkatakan semua pnduduk yg muslim bermazhab Syafie. so bila Mazhab Syafie, anjing tu najis. Dan awak x blh nk pksa pnduduk msia spya ikut awak. Awak kena hrmat pngamalan Mazhab Syafie yg diamalkan di msia sekarang ni. Klu awak amal yg anjing tu x najis sbb awak Mzhab Maliki, awak amal sorng dah la. Jgn plk dok pksa org yg pegang pndpt Syafie yg anjing tu najis ikut awak plk nnti
Saya tidak pernah paksa sesiapa untuk ikut mazhab maliki dan saya hormat orang islam lain yang mengamalkan pegangan mazhab syafie…bila masa pulak saya paksa sesiapa ikut mazhab maliki? Adakah kerana saya menulis tentang anjing dan saya bergambar dengan anjing saya , anda membuat kesimpulan saya paksa orang lain ikut mazhab maliki???kenapa begitu cetek sekali pandangan anda? Saya tak akan ikut majority, saya akan buat keputusan terbaik atas apa yg saya percaya…contoh nya, kalau semua orang bunuh diri dengan terjun dari bangunan tinggi, nescaya MKI tidak akan terikut ikut atas alasan semua orang terjun, awak pon kena terjun sama…..
Ustaz : Awak tahu x, tuan pnya blog tu brdalilkan blog awak spaya dia blh bela anjing n pgang anjing. Dah tu plk, dia dok prsenda sendakan hukum islam plk tu. Saya bgtau terus trang la, klu dia sngaja utk hina, konfem dia blh jadi kufur melainkan klu dia btul2 jahil. Tp, dia btul2 sengaja buat klu dri reaksi pnulisan dia. Awak x rasa brsalah ker sbb krana blog awak tu mnyebabkan seorang manusia sanggup mmpersendakan hukum Allah dan mghina ulama2 muktabar kita?
Jawapan MKI :
Hukum yang dipertikaikan ialah ttg kenajisan anjing bukan hukum Allah tetapi hukum yang manusia buat sendiri . Dalam Quran tak der pon cakap Anjing nie najis Mughalazzah, Cuma alim ulamak jer yang pandai pandai saja yang buat klassifikasi tu…
Manusia mungkin akan mempersendakan sendakan fatwa yang alim ulamah atau mufti buat tapi saya raser mereka tidak akan mempersenda sendakan hukum Allah, tlg jgn keliru bila orang mempersendakan hukum atau fatwa yang dibuat oleh alim ulamak/mufti.
Ini contoh terbaik…Ramai rakyat Malaysia mempersenda sendakan dan memperlekehkan Fatwa yang dibuat oleh alim ulamak/mufti yang MENGHARAM KAN YOGA. Antara yang tidak bersetuju dengan fatwa yang dibuat oleh alim ulamak untuk mengharamkan YOGA ialah Perdana Menteri kita Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membuat kenyataan 24 jam lepas Majlis Fatwa kebangsaan meluluskan Fatwa Mengharamkan YOGA.
PM bercakap, BOLEH beryoga as long as jgn berzikir…doa doa hindu.
Jangan kata Perdana Menteri yang tak setuju dengan fatwa alim ulamak, malah DYMM Seri Paduka Sultan Perak dan Sultan Selangor pun TIDAK PERKENAN dan enggan meluluskan fatwa mengharam kan yoga di negeri Perak dan Selangor…
Kenapa anda tidak mahu menuduh Perdana menteri, DYMM Sultan Perak dan Sultan Selangor sebagai mmpersendakan hukum Allah dan mghina ulama2 muktabar kita?
Pada MKI hukum Allah ialah apa yg termaktub dlm Al Quran dan apa apa hukum atau fatwa yang alim ulamak buat tak boleh diklassisikasi sebagi hukum Allah.. Mana buleh samakan pendapat alim ulamak dengan Hukum Allah…sangat sangat songsang…
Contoh, alim ulamak luluskan Fatwa Yoga Haram dan kata ini hukum Allah SWT, ohhhh tidak! Sama sekali tidak ada logika…Pandangan alim ulamak tidak mewakili Hukum Allah SWT.
Ini adalah Cuma salah satu dari ketidaksempurnaan yang dapat Allah SWT tunjukan tentang alim ulamak dan mufti yang ada di Malaysia hari nie….
Alim ulamak dan mufti juga tidak sempurna…mereka juga manusia biasa yg tak boleh lari dari salah dan silap…kadang kadang fatwa dan keputusan yg mereka buat juga silap dan salah…kalau tangan mereka terluka, akan berdarah warna merah juga….
Bila MKI tidak bersetuju dengan semua hukum atau fatwa yang dibuat atau diluluskan oleh alim ulamak, MKI dituduh kufur, kontroversi, sesat, terpesong malah murtad…
Bila PM atau Raja Raja mempertikai fatwa alim ulamak, semua nya diam…kalau MKI tak setuju dengan alim ulamak, MKI dituduh, kufur, sesat, murtad bla bla bla…..kenapa perlu ada hipokrit dan double standard..
Apakah kerana MKI bukan Raja/Sultan dan Bukan PM, MKI tidak berhak bersuara? Apakah untuk suara kita di dengar, kita mesti pakai jubah, lilit serban dan simpan janggut sejemput?
Apakah bila kita memelihara anjing, atau mandi bersama sama anjing, apakah kita tak berhak untuk meyuarakan pendapat dan pandangan? Dan kalau kita berhak menyuarakan pandangan dan pendapat, apakah pendapat kita silap dah salah belaka?
Saya akan menjawab dengan simple akan soalan anda ok ker mandi dengan anjing? Citer dia mcm nie, anda pon tahu saya pengikut mazhab maliki…
1)Sebagai pengikut mazhab maliki status anjing nie tak najis..mandi dengan anjing sama jer status mandi dengan dolphin(ikan lumba lumba)
2) Saya tak segan untuk pakai "Swimming Trunk" atau seluar mandi, sila rujuk pic….sebab aurat lelaki mengikut mazhab maliki ialah kemaluan sahaja…sedangkan mazhab syafie antara pusat dan lutut… ….so, saya tak ada masalah nak expose peha .as ikut mazhab maliki , tak menjadi kesalahan pon..( ada ke yang ghairah atau terangsang tengok peha saya )muahahaha…
Untuk Soalan soalan awak yang lain lain tu, contoh nya malaikat tak masuk rumah kalau orang tu bela anjing dan juga soalan seperti kalau bela anjing selain dari menjaga harta benda dan ternakan atau berburu itu haram..jawapan serta pandangan MKI ada diblog :
juarakennel
kalau tak cukup dengan blog di atas sila lawat blog
KiTTuN
saya sarankan juga anda dengar ceramah Bekas Mufti Perlis Dr Asri yang ada di blog http://www.juarakennel.blogspot.com/.
Sekian, terima kasih
11 comments:
hahahahhaaaa..terus hang marah MKI? bila nak saman forum cari? forum ni kuat sekali menghentam maki hang...
Adalah Allah akan tanya korg mazhab dlm kubur nanti?
Anonymous @ Manusia Biasa
Bro...
mungkinkah gambar kau berswimming trunk ini juga akan diupload di laman web gay??..
lol..
bahaya bro..
~maggot~
bro.. nak jumpa bobi lerr..
adehh turn off aa tgk pakai suar pendek je kat swimming pool tu..huhu.
(tp kalo tamo tgk baik jgn tgk ye dak hehe)
apapun..dari pandangan saya, kamu kelihatan yakin dengan apa yg kamu buat..berdasarkan hadis dan al-quran. sama samalah berdoa semoga perbuatan itu mmg benar dan diredhai Allah kerana Dia lebih Maha Mengetahui.
peace brother. all the best!
naji
Al-Quran ayat mane ek kate aurat laki2 bawah pusat atas lutut?
Hadis mane ek kate camtu?
Dah r bro..As-Syafii bukan pandai2 kate anjing 2 najis..jgn r nk kutuk2 kate dia pandai2 plak..najis,najisla..xdose pon..bela la anjing tu..najis bley cuci..cam pegang taik r..kalo pgg taik haram,xbley istinjak r..As-syafii xkate pn haram..dia kata najis je..takde masalah pon..lagipn,ade banyak hadis yang menunjukkan nabi xminat sangat kt anjing..dgn bhse yg lebih mudah..tak sunnah..
sila rujuk sahih bukhari..
Daripada ‘Aun bin Abu Juhaifa, Ayahnya menyatakan, “Nabi melarang mengambil duit jual beli anjing dan darah, melarang kerja-kerja membuat tatoo dan mentatoo diri, melarang menerima atau memberi riba, dan juga mencela pembuat gambar”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 299)
WA..smoga Allah beri taufik untuk kita sama2 amalkan mngikut sunnah dan quran..
Khitmir
Assalamualaikum bro..
Bro kene belajo banyak lagi bro. Aku sarankan lah..
Sumber rujukan Islam ada 4 bro kene ingat.
1. Quran
2. Hadis
3. Ijmak Ulama
4. Qias
Bro kata, Quran tak "najiskan" anjing. Ulamak yang pandai-pandai.. Bro dah hina ulamak bro.. Ulamak buat hukum bukan memandai bro.. Tapi dengan kepandaian..
من اتخذ كلبا إلا كلب ماشية أو صيد أو زرع انتقص من أجره كل يوم قيراط
Maksudnya: “Sesiapa yang memelihara anjing akan berkurangan pahalanya dua qirat pada setiap hari melainkan anjing menjaga binatang ternakan, anjing buruan dan anjing menjaga tanaman.” (Hr Muslim dan Nasaie - sahih)
Tak semua benda dan hukum sebut dalam quran bro.. kalau bro solat, bro yakin ke cara solat bro sama dengan Nabi? Dalam quran ada tunjuk ke bagaimana cara solat? Kalau ada sebut pun, bro nampak ke dalam quran cara rukuk, sujud? begitu juga ngan mandi jenazah.. Kalau bro mati.. agak2 camna nak cari cara mandi dalam quran?
Nabi pun pernah nasihatkan Muaz r.a bagaimana nak berhukum. Muaz kata dengan quran, jika tiada dengan hadis, jika tidak dengan pandanganku..
Aku sendiri dah tanya beberapa syeikh berkenaan dengan hal ini setelah bukak blog bro.. mazhab maliki yang didakwa..
Mreka simpulkan sama sahaja bro.. Selain memburu (said), pengawal (hirasah).. Yang lain2 selain kategori tadi haram bro..
satu lagi..
aku tengok, bro semacam keluar dari adat..
-aku Islam
-aku boleh bela peluk, mandi ngan anjing,
-lihatah umat islam, aku boleh buat apa yang korang tak bleh buat..
Wallahua'lam
entah la manusia sekarang. bila dah terlampau pandai, mcm ni la jadinya. bila terasa diri dah cukup bagus, mcm ni la jadinya. salah satu tanda kiamat, alim ulamat disisihkan. ni jugak lah salah satu daripadanya, menyisihkan apa yang telah dikatakan oleh alim ulamat. hermm...
kenapa mazhab mailiki je hyang menjadi iukutan dan rujukan? kenapa mazhab maliki je disukai? adakah sebab mazhab tersebut ringkas dan senang dipraktikkan oleh anda? sedangkan kita ada beberapa lagi mazhab. kenapa xnak ikut yang lain? kita di malaysia menggunakan mazhab syafie. so, wajib bagi kita ikut mazhab syafie. bila ada di negara yang mengamalkan mazhab-mazhab lain, kita boleh mengamalkan mazhab lain. itu yang dinamakan kelonggaran dalam islam.
Slmt mlm M.K.I,
saya fikir pe yg mki ckp semua ada logi n fakta, mcm ni lah....orang kata ikut zaman ....myb u orang yg blh tlg cuci otak setengah yg x jalan atau ada otak tidak guna untuk berfikir secara rasional, tambahan ada orang mcm hafal buku je tapi x belajar konsep atau fakta yang betul, sangat2 susah utk berjaya di masa hadapan kan.
assalammualaikum,
masyaallah, seharusnya kalau nak kata bela tu haram, dah lama haram, masalahnya..anjing ni cuma binatang dan hidup dalam kalangan manusia..memang betul kurang pahala jika membela anjing tapi bukan kerana menjaga harta atau membantu manusia...cuba ambil iktibar, sekurang-kurangnya, ada juga yang berani tampil dalam kalangan islam yg kita buat sesuatu itu kerana kita yakin dengannya dan tanpa was-was...kalau bab belajar sampai ke mesir, tak perlulah disebut-sebut, amalkan ilmu yang ada, supaya jadikan ia teladan hidup, kalau belajar jauh-jauh kemudian menunjuk-nunjuk kebolehan dalam bab agama, itu dah sama la macam orang baru belajar hidup...sebelum mengata orang lain dalam blog ni, sebelum menasihati sesiapa dalam blog ni, cuba belajar dari persekitaran, ikuti sunnah baginda S.A.W, ikutlah perintah allah..ketahuilah hanya Allah tentukan neraka atau syurga bagi hamba-Nya. Amin.
Post a Comment