Wednesday, February 4, 2009

Macam Tak Percaya Jer Komen Dr Asri , bekas Mufti Perlis tentang Orang Islam pegang anjing @ babi, dengar sendiri ceramah Dr Asri!!!

2 comments:

MalayMind said...

Perkara yang saudara timbulkan ini adalah satu bentuk perkara yang takkan ada finitenya dalam Islam. Akan ada hujah yang menyokong, akan ada juga hujah yang membantah.

Begitu juga katanya SS Dr Asri, janganlah kita mahu menjadi lebih pelik dari org kebanyakan, kerana ia dilarang.

Soal mahu menjadikan anjing itu binatang peliharaan secara bebas di rumah, adalah berbeza dengan apa yang difahami oleh kebanyakan ulama islam.

Tugas anjing yang dibenarkan adalah secara spesifik - membantu ketika memburu dan menjaga binatang peliharaan / harta. Sekiranya anjing boleh dilakukan lebih dari itu, maka Al-quran / Hadits sepatutnya tidak menyatakan had sedemikian.

Seperti juga orang yang mengatakan:

1- Semua benda adalah halal kecuali yang dinyatakan haram di dalam al-quran dan hadits.

atau

2 - Semua benda adalah haram, kecuali yang dinyatakan halal dalam al-quran.

Yang mana lebih betul?

Pendapat saya kedua-duanya betul, cuma mereka yang menggunakan pendapat 1 lebih terdedah kepada perkara yang syubhat, maka pilihan pertama itu bukan untuk semua orang.

Pilihan 2 adalah lebih selamat, maka orang kebanyakan perlu menggunakan prinsip 2.

Hal anjing ini juga bukanlah hal akidah. Tidak perlulah dihebah-hebahkan hal yang yang furu' ini.

Ia hanya mengundang akibat yang tidak baik dan saya percaya, anda punya aqal yang tinggi untuk memahaminya.

Usahlah membawa idea yang tidak penting, untuk dibahaskan. Kiranya mahu memeluk anjing sekalipun, anggaplah ia hak peribadi anda yang memahami Islam cara anda.

Tapi tidak pelu dijustifikasikan di Malaysia ini, yang majoritinya tidak mempunyai fikiran sebegitu.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

sakinah~ said...

salam saudara mki, anda mnerima alquran dan hadis bukan? bacalah ini, semoga kita diberi hidayah.. amin..
^hidayah perlu dicari, xkan dtg bergolek mcm tu je..^

http://abidfana.com/2009/10/21/anjing-dan-permasalahan-fiqh-sekitarnya/

Pages