Sunday, January 18, 2009

Ular Dan Masyarakat Melayu


Kalau sebut Ular..belum tengok jer, ada yang geli..kesian la jugak…kat Ular..bayangkan..kalau nama awak disebut, orang geli geleman…

Di Malaysia, nie ada lebih kurang 139 spesies ular, tapi yang betul betul berbisa nie, Cuma 39.. dari 39 species nie pulak termasuk 22 spesies ular laut yang sgt sgt jarang untuk kita nak terserempak….

Tapi kesian sangat sangat pada apa jua jenis ular yang bertembung dgn manusia, pertama sekali orang tu buat, carik kayu and pukul..lepas mati atau lepas kepala ular dan hancurrr, baru dia carik buku ular atau masuk ke internet dan siasat ular tu dari spesies apa dan berbisa atau tidak…..


Kalau ular tu tak berbisa pun dah too late, yerla , mana tidak nya , ko dah pun pukul ular tu, dah arwah pun ular tu, tak der maknanya…

It is best, kita halau jer ular tu, walaupun dia berbisa sekalipun, wajar tak kita cabut nyawa ular tu just because dia berbisa…yer lah, u boleh cakap, nanti dia boleh patuk i…sgt merbahaya..kalau nak cakap macam tu…makan nasik pun boleh tercekik dan mati…naik keta pun boleh eksiden dan mati…..

Nah, sebenar nya ada beberapa petua kalau nak elak dari kena patuk ular, halaman rumah awak tu, trim sama la rumput di halaman tu…kalau garden dah macam Taman Negara, jangan kata Ular, kalau Bigfoot menyorok kat garden awak pun awak tak sedar….

Kalau nak ikut survey di Semenanjung Malaysia nie, negeri Kedah and Perlis lah yang ada kes mangsa kena patuk Ular..yer lah, negeri jelapang padi lah kata kan…nun kat tepi sawah tu, lubang banyak banyak ,jgn ingat pulak lubang belut…hah…ramai melayu kat utara and kelate suka making belut…nanti mu masuk tangan ke dalam lubang tepi sawah, mu ingat mu gagau belut..tengok tengok yg dapat Ular Cobra…so, kena be very careful….


Orange orang yg selalu gi kebun tu, tak kira la nak tebas ka, nak gi kebun kelapa sawit ka, elok pakai but and jeans…atau apa apa seluar tebal…

Apa apa pun, dalam 3 kes mangsa kena patuk ular, 2 kes ular patuk tapi dia tak release venom….apa apa pun kita kena faham venom ular nie bukan nak bunuh orang tapi Cuma untuk bunuh prey dia..mcm cobra, atau ular tedung, dia biasa nya patuk dan suntik bisa ke tikus, sebab tikus itu makanan dia..



tu sebab ada Ular tertentu macam ular kapak nie, bisa dia tak cukup nak bunuh seorang manusia…dewasa, paling paling bengkak dan demam panas la jugak….orang tua tu lepas kena patuk…sebab power venom atau bisa ular kapak tu Cuma cukup untuk bunuh seekor burung atau seekor tikus..tapi kan, kalau ular nie patuk baby umur 2 tahun ke bawah.lain pulak citer..boleh akibatkan maut jugak..



Buat Masa ini, Kalau korang nak tau, Ular yang paling berbisa sekali ialah King Cobra atau nama scientific dia Ophiophagus Hannah atau melayu panggil Tedung Selar.

Apa yg dasat sangat tentang Tedung Selar atau King Cobra ialah ahli sains mengklasifikasi species as the most venomous snake…satu, sebab saiz dia boleh mencapai 18 kaki…walaupun yg sering orang jumpa sekitar 10 kaki….Bisa king cobra pun sangat sangat dasat…biasa nya kalau kena patuk dan king cobra inject bisa, dia..dalam 20 atau 30 minit , orang tu dah boleh meninggal…

Ada sekali tu, ada seorang mamat nie dia ngaku dia Raja Ular la pulak, tau tau buat show kat kaki lima di Kelantan, standard la , bila ada pertujunkan Ular nie, orang ramai apa lagi, al kalam wal kalibut cepat cepat mengerumun la si raja Ular nie…Raja Ular nie bawak keluar seekor King Cobra atau Tedung Selar, dia..konon nya jinak sangat sangat..draja ular nie pulak jemput siapa siapa dari orang ramai yg menonton untuk usap kepala tedung selar dia…tertiba , dating la budak umur 12 tahun yang over berani…dia tawar kan diri….tak tau di man silap..tedung selar yg konon nya terlalu jinak dan baik tak semena mena terus mematuk….budak umur 12 tahun tu…orang ramai punya panic sumer lari lintang punkang….turut melarikan diri juga ialah si raja ular…dan polis masih mencari raja ular tu sampai hari ini…tu sebab wahai raja raja ular satu Malaya, tolong lah jgn buat benda benda bodohsss yang mcm tu…kalau ko dah lama idup..dan tak sayang nyawa, org tak peduli la..itu nyawa engko…tapi jgn la membahaya kan nyawa orang lain…

Tak tau la kalau ada sesiapa yg minat nak bela Tedung Selar, kalau nak bela dia bukan tak boleh, lesen kena amik kat Jabatan Perhilitan sebab spesies tedung selar nie kita protected, tapi nak bagi makan dia leceh sikit…sebab dia Cuma nak makan ULAR. Ini lah King Cobra, ular makan ular..jangan cuba nak offer dia telur ayam ka, tikus ka, anak ayam ka..sebab dia Cuma makan ular lain……

Ok tu la introduction for King Cobra, now kita gerak ke Cobra biasa, kat Janda Baik nie , tempat saya, ular tu kira biasa kita boleh nampak. Staff indon saya pantang jumpa apa apa ular, Cobra saja yang di bagitau..yer la, ular nie kalau dia rasa terancam , apa apa ular dia mesti akan cuba kembangkan kepala @ leher, gaya nak memepertahankan diri…walaupun kembang ular tu tak la mcm ular tedung, tapi sikit sikit kembang la jugak…sebab gaya dia mcm nie, terus kena pukul, sebab org ingat dia cobra , kesian kan…



Pada saya kalau Cobra sekali pun, tak perlu la bunuh dia…halau jer..

Tapi ada juga keadaan dimana kita digalak kan untuk membunuh ular, contoh kalau ada orang kena patuk, ular, doctor di hospital sangat perlu nak tau ular jenis apa yg patuk mangsa…so better bunuh ular tu, masuk kan dlm plastic dan guni dan bawak ke hospital sekali…sebab, doctor hi hospital kena tau species apa yg patuk sebab anti venom untuk nak rawat berbeza dari ular ke ular…yer lah, doctor tak boleh kasi anti venom untuk ular tedung kalau yg patuk awak tu ular kapak atau ular laut…nanti. Lebih parah and melarat pulak keadaan mangsa….


Sebenar nya ular ini tak seteruk mana, kalau nak buat pet pun kira ok, tapi tak tau lah kenapa ada orang punya fobia sampai nak terkencing kencing kalau tengok ular, sebut ular pun dan berpeluh ketiak…isk.. sekarang nie dah semakin ramai orang yg bela Ular as pet…kalau nak dibandingkan dengan anjing, kucing, burung, arnab, ular jauh lebih mudah dan senang untuk dijaga. Yer lah, ular makan nya seminggu sekali..mandi tak payah nak syampu..berak dia pun seminggu sekali…ada ular jenis ular sawa atau Python makan 2 minggu sekali..kalau awak nak jenis yg selalu gi bercuti. Sesuai sangat la nak bela ular…tinggal je dalam akuarium dia..letak mangkuk penuh berisi air..2 minggu tak makan pun no hal…kalau kucing mcm mana? Mana buleh mcm tu…? Burung pun 2 hari tak makan dah arwah….


Ada kengkawan kata badan ular berlendir, macam ada selaput la konon, mcm basah la pulak…sebenar nya tu sumer rubbish, org yg buat statement mcm tu sah sah tak pernah pegang ular, sebenar badan ular always kering, and clean…ok ok badan dia sejuk sikit…dah dia reptilian berdarah sejuk..mana boleh nak sama kan dia mcm kucing yer tak….


Kalau ada org minat nak bela Ular, direkomenkan kalian bela species python…may be boleh pilih Ball Python(python regius) atau Burmese Python(molurus bivittatus).

Kedua dua species yang saya mention tu species import, kat Malaysia memang ada species ular sawa jugak, tapi species ular sawa tempatan nie sgt tak sesuai untuk dibuat pet sebab dia ada angin…maksud nya kalau dia ok, kita boleh pegang dia..kalau dia naik angina, tengah pegang dia akan gigit kita, memang la ular sawa tak ada bisa, kok ya pun tak bisa, siapa sanggup kena gigit..kalau ular sawa jenis besar, mau kena jahit luka kita nanti….tu sebab kalau kita perhatikan betul betul…., bila ada raja ular ke atau ada sesiapa buat show ular, ular sawa yang dia pakai mesti ular sawa Burmese, dia orang tak berani nak guna ular sawa tempatan(Python reticulatus) sebab tak pasal pasal kena gigit dan kena belit di khalayak ramai heheheh…

Macam mana kita nak kenal yang mana ular sawa tempatan dan yg mana ular sawa import? Senang jer, tengok corak atau design batik dia..memang tak sama….budak budak pun boleh kenal, dah la kaler dia pun besa , corak and pattern pun tak sama….


Sesiapa yg minat nak bela Burmese Python tu , kena ingat dalam masa 5 tahun ular yg awak bela akan membesar sampai 18 kaki atau kalau rajin bagi dia makan, may be 20 kaki panjang, awak ada sangkar yang sesuai…? Kalau tak ada, kena buat ok…tapi, saya bleh bagitau, sangkar yg sesuai , yg bagus, yang ular 18 kaki tak boleh nak lari, sekureng kureng pun kena kuar duit RM 10,000…kalau tak sanggup, jgn la bela Burmese Python…


Anyway, jgn putus asa, masih minat pada spesies Python, tapi tak mau yg jenis boleh besar tahap 18 kaki…go for Ball Python(Python regius)…maximum length dia ialah 1 meter jer..ok lah tu..jinak pun jinak..batik design dia pun boleh jugak tahan…kos makan dan kos sangkar pun tak lah mahal mana…after saiz dia sekitar 3 kaki saja….


Ok, ini ada pesanan untuk orang orang takut pada Ular, tak tau nak cakap apa, trauma ka, phobia ka…pernah terjadi kes , ini kisah benar ok , bukan rekaan, Orange tu terserempak dengan Ular , ular tu tak patuk dia langsung, malah ular tu jenis tak berbisa, sebab dia takut sgt sgt pada Ular, akibat ketakutan yang amat sangat terus meninggal….so, jgn buat gurauan atau main main pada kengkawan anda yang memang sangat takut pada ular.

Saya ingat lagi dulu saya bawa seekor baby Burmese python ke kelas di Pusat Bahasa kat ITM Shah Alam, course mate saya si norizah hampir pengsan ketakutan, malah menangis sampai hingus meleleh….rasa bersalah pulak..2 minggu norizah tak tegur saya..anyway, baru baru nie I jumpa dia balik , itu pun kat facebook, dia keje n stay kat New York sekarang.

Ok, nie saya nak jawab soalan cepu mas , orang selalu tanya, actually ular apa yang paling besar atau panjang..di dunia? Alah kira world record la nie…emm..jawapan nya ialah Python reticulatus(Ular Sawa tempatan) record yang dicatat 9.5 meter.
Bagaimana pun ada orang mendakwa Ular Anaconda dari Amerika Selatan yang paling panjang, ada pihak mendakwa sepanjang 12.5 meter, masalah nya tak ada bukti sahih, kalau nak diterima sebagai fakta, kena tangkap yg hidup atau mati, kalau setakat, nak mendakwa, sumer orang pun buleh mendakwa…

Macam hari tu, masa saya ke medan , ada mamat indon sorang cakap, nun kat hutan mana tah kat Sumatera ada Ular Sawa sepanjang 100 meter…perghhhh…..100 meter?hehehe that is 300 feet..buat masa nie world record is 9.5 meter, tertiba ada plak yang 100 meter…nak tergelak pun ada, nak terkencing pun ada..so, I cakap kat mamat tu. Mcm nie lah, u suruh orang tangkap kan ular sawa yang 100 meter tu, saya beli dengan harga rm 100,000 seekor.


Walaupun dan 3 tahun saya pesan, mamat tu tak pulak hubungi saya balik..apakah offer yg saya buat rm 100,000 terlalu sikit untuk mat indon tu…

Em…kalau betul la ular sawa yang 100 meter pun boleh sampai ke tangan, aku, kaya raya la jawab nya, aku boleh jual exclusive story kat National Geographic, Animal Planet, Discovery Channel, belum termasuk bayaran aku akan terima dari CNN, BCC, Bloomberg..etc….sebab the bottom line mamat indon tu saja nak kencing aku, kepala hotak dia ada python sampai 100 meter atau 300 kaki….




Ok , aku nak komen sikit tentang citer citer kat animal planet pada ari nie, ko boleh tengok steve Irwin, Jeff Corwin, dan apa nama tah mamat south Africa sorang tu, Austin apa tah…citer citer dia orang buat bukan tak bagus..tapi kadang kadang aku raser la, mcm nak memperbodohkan IQ penonton jer..pikir lah sendiri, dia jalan jer tak sampai 10 meter dlm hutan, dan jumpa ular nie seekor. Pas tu jalan beberapa tapak lagi ke depan, jumpa la pulak landak seekor, dia amik landak. Bagi komentari sikit n pas tu lepas balik landak tu. N jalan another 5 meter jumpa pulak kura kura seekor, dia angkat kura kura nie, and dia bagi komen tentang cengekerang kura kura tu, n lepas balik, then dia jalan lagi 10 meter jumpa pulak kangaroo seekor..logik ke kalau kita masuk hutan, senang sgt nak jumpa pelbagai species animals in such a short distance..rasa rasa I lah, dia sendiri pergi letak and susun sumer jenis animals yang diperlukan, lepas tu, dia buat buat terkejut and surprises sebab terjumpa animals tu..sgt la keji…kalau orang kat USA boleh la ko kencing, tapi ko ingat orang Malaysia nie bodoh jugak mcm orang amerika ker''



Apa apa pun, citer dia orang tu not that bad, at least ada jugak ilmu and knowledge yang kita boleh perolehi…dari tengok persandingan mawi and ekin kat astro tu apa knowledge kita akan dapat…nothing, zero….elek….


Kalau nak citer pasal ular nie mmg sampai bila tak akan habis, for you guys punya info, aku tak bela pun seekor ular pada hari nie…mmg aku punya knowledge pasal ular agak mendalam..tapi aku tak bela…bukan tak mampu atau tak minat..tapi masa sangat terhad…aku nak concentrate training rottweiler aku nie..tak lah conteng arang kat muker aku masa bawak gi ke pertandingan….



Ular Laut.


Ular Laut nie kita kena hati hati occay..sebab semua 22 species yang ada di Malaysia sumer berbisa, ada saintis yang dah buat eksperimen, dah hasil nya, neurotoxin(bisa) dari ular laut lebih berbisa dari Ular Tedung.

Tapi jarang la ada kes orang kena patuk dengan ular laut nie..kalau tak salah, orang Utara panggil ular laut nie, ular selipat..kot apa yang lipat pun tak tau la….

Anyway, kalau nak tengok ular laut nie, hujung ekor dia flat atau leper…kira nya senang la dia nak dayung…

Kalau orang nak kena patuk ular laut nie biasa orang suka mandi laut kat muara..muara nie ialah tempat di mana air sungai mengalir masuk ke laut, tempat air payau mcm nie la yg ular laut suka main main. Dari apa yang mangsa bagitau kan, semasa ular laut nie patut dia, tak ada raser pun sakit, alih alih rasa mcm kena gigit semut api, tapi bila tgk, ada 2 lubang kecik..hah..siap la….may be becoz ular laut gigi atau taring dia kecik, tu yang tak sakit sgt kot.kalau kena Ular Kapak(viper).mak ai.apa yg orang pernah kena patuk dan bagitau, tersangat la sakit nya….


Lagi info menarik tentang ular laut, sumer species ular laut beranak, yup..melahirkan anak, dia orang tak bertelur…tak mcm ular ular lain….

Tapi, tak ada lar luar biasa sangat pun, sebab Anaconda pun beranak la jugak…tak bertelur mcm ular biasa…

Ok ok, before I nak stop my blog about Ular, a few facts yg saya nak orang orang melayu kita tau tentang ular….

Ular nie PEKAK, dia tak ada telinga..tak kira ular apa sekali…so, peribahasa PEKAK BADAK elok ditukar ke PEKAK ULAR…lagi pun perkataan badak kan be sensitive to certain people, tak caya tanya Syanie atau Adibah Noor…..

Mungkin korang terpikir plak, betul ke Ular tu pekak, apasal tengok kat Indian, ada lelaki India pakai serban , pas tu dia tiup serunai ka, seruling ka kurang tau la…ular tedung dia siap menari lambada lagi….now kita dah tau Ular pekak, penjelasan dari segi sains kenapa Ular Cobra tu mau menari dengan lenggak lenggok is because ular tu tiru lenggak lenggok peniup serunai tu..cuba tgk baik baik, India tu bila dia tiup serunai tu..kepala dia punya la goyang.ayo yo apa ama….Ular cobra tu response kepada gerak geri kepala tuan dia yang bergerak…so, now kita dah tau rahsia ular pandai menari walaupun pekak badak…opss….sorry, pekak ular….


Lagi satu, kalau u all nak tau, ular nie rabun cikit ok,ok ok not sikit tapi banyak …ular banyak harap kan deria bau..or sense of smell…kalau awak tu bela pet snake…tangan awak always cuci bersih bersih dengan sabun lepas potong ayam ka daging ka….nanti,,masa awak tengah handle atau main dgn ular, tak pasal pasal ular awak gigit .sebab tangan ada bau aging ayam…as mention snake punya vision is very poor….


Kalau nak citer pasal ular nie mmg sampai bila tak akan habis, for you guys punya info, aku tak bela pun seekor ular pada hari nie…mmg aku punya knowledge pasal ular agak mendalam..tapi aku tak bela…bukan tak mampu atau tak minat..tapi masa sangat terhad…aku nak concentrate training rottweiler aku nie..tak lah conteng arang kat muker aku masa bawak gi ke pertandingan

2 comments:

Muhammad Edwan Shaharir said...

maafkan saya, tetapi Ular Tedung Selar (Ophiaphagus Hannah) bukan ular yang paling berbisa.

walaupun masih di debatkan dalam komuniti herpetologi, biasanya ular yang di terima sebagai ular paling berbisa adalah Inland Taipan (Oxyuranus Microlepidotus) daripada Australia.

:)

nick said...

Wei, bukan black mamba yang paling berbisa ka??? any way you blog best lah, menambah sedikit knowlge tentang spisis ular kat malaysia ni.tq

Pages