Friday, January 23, 2009

Betul ke Malaikat Tak masuk rumah kalau kita bela anjing?


Kalau kita ikut hadis nie memanglah tak boleh nak pertikaikan yang ada malaikat yang tak mau masuk ke rumah orang yang ada bela anjing…

Tapi, saya percaya bukan semua malaikat yang tak suka pada anjing,andai kata satu malaikat yang tak masuk , tak bererti semua Malaikat tak masuk… banyak sebab mengapa malaikat berkenaan tak mau masuk ke rumah orang yg bela anjing , saya raser salah satu sebab, anjing tu mungkin, busuk, berkurap…berpenyakit, dan tak menerima apa apa vaksinasi….

Itu zaman dulu la , very likely zaman moden macam hari nie .ada Malaikat yang berani masuk ke rumah orang islam walaupun dia ada bela anjing…yer lah…no 1, anjing tu lepak kat halaman rumah…bukan anjing tu duduk di ruang tamu pun…

Anyway, mari kita renungkan bersama sama…kenapalah agak agaknya …rezeki saya bertambah murah bila semakin banyak anjing saya pelihara….kalau nak ikut ikut, saya raser malaikat rahmat tetap melawat saya dan membawa rezeki..kalau betul la…malaikat rahmat tak mau masuk rumah saya sebab saya bela anjing…dah tentu saya dah mati kebuluran..kan…?

Also, saya percaya ada lagi satu malaikat yang akan tetap masuk ke rumah saya untuk menjalankan tugas walaupun banyak mana anjing yang saya bela iaitu malaikat maut…saya percaya bila waktu saya dah sampai…Malaikat maut akan tetap masuk ke rumah saya dan ambil nyawa saya…banyak anjing yang dipelihara tak akan dapat menghalang malaikat maut menjalankan tugas nya…

Kalau ikut hadis nie,
Rasulullah bersabda: " Malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya terdapat anjing dan juga tidak memasuki rumah yang didalamnya terdapat gambar (patung)" [HR. Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah]
Jibril pun enggan untuk masuk ke rumah rasulallah sewaktu ia berjanji ingin datang ke rumahnya, dikarenakan ada seekor anak anjing di bawah tempat tidur.
Malaikat Jibril kalau tak mau masuk rumah saya pun tak pa lah sebab Nabi Muhammad SAW merupakan nabi yang terakhir,malaikat jibril pulak kerja dan fungsi dia ialah menyampai wahyu dari Allah SWT. Tak mungkin jibril nak sampaikan apa apa wahyu atau pesanan kepada saya….so, kalau dia mau masuk rumah saya sebab ada , saya tak kecik ati pun..

Tapi jangan kawan kawan lupa….malaikat jugak tak akan masuk rumah yang ada gambar and patung…so, kalau rumah siapa siapa ada Barbie doll ka, ada patung power rangers ka…teddy bear ka, malaikat tak akan masuk occay??? Also,saya perlu mention jugak, malaikat tak akan masuk rumah yang ada gambar gambar…so, kalau kat dinding rumah engkorang ada photo keluarga, potret ka….gambar korang tengah terima pingat dari Sultan ka…gambar Perdana menteri…atau gambar Tuan Guru Nik Aziz sekali pun, malaikat tak akan masuk…..agak agak nya kenapa , semua pejabat kerajaan gantung kan gambar DYMM Yang Dipertuan Agung dan gambar Perdana Menteri..dia orang tak faham ka, sebab gambar gambar yang digantung ini lah Malaikat tak akan mau masuk ke pejabat……

Malaikat juga tak suka masuk ke rumah yang ada bau busuk, ..so, kalau rumah korang bau hapak, korang jenis pengotor dan pemalas, Malaikat tak akan mau masuk…Terus terang saya bagitau, kalau rumah korang bau busuk, jangan kata malaikat, saya pun tak sudi nak masuk ke rumah korang…tak ada maknanya kalau nak masuk rumah korang aku pakai topeng oksigen….kalau tak aku fengsan……

Siapa yang rumah dia dekat dengan kolam kumbahan Alam Flora..hehehe…baik korang pindah….sebab aku raser memang malaikat kalau buleh akan elak nak masuk rumah engkorang….dan aku juga percaya bau orang tengah goreng ikan masin pun atau bau getah sekerap juga ada potensi untuk menakutkan malaikat…since dia tak suka bau busuk……

So, sesiapa yang bela anjing sekalipun, pastikan anjing selalu dimandikan, jangan sampai anjing anda busuk, jangan sampai ada kurap…jgn gantung apa apa gambar atau foto di rumah anda, no patung patung please..garfiel ka , Hello Kitty ka….barbie doll, all BIG NO NO please….

Refer to the role of all malaikat as below :


  1. Jibril - Menyampaikan wahyu kepada para Nabi dan Rasul Allah, SWT.

  2. Mikail - Membagi rezeki kepada seluruh makhluk, di antaranya menurunkan hujan.

  3. Israfil - Meniup sangkakala (terompet) pada hari kiamat

  4. Izrail - Mencabut nyawa seluruh makhluk

  5. Munkar - Memeriksa amal perbuatan manusia di alam barzakh

  6. Nakir - Memeriksa amal perbuatan manusia di alam barzak

  7. Raqib - Mencatat amal baik manusia ketika hidup di dunia

  8. Atid - Mencatat amal buruk manusia ketika hidup di dunia

  9. Malik - Menjaga neraka dengan bengis dan kejam

  10. Ridwan - Menjaga sorga dengan lemah lembut
So, bila aku bela anjing, korang sumer sedar nak ingatkan aku yang malaikat tak akan masuk rumah aku, abis foto foto dan gambar korang buleh la pulak gantung kat rumah korang??? Anak anak korang main dengan patung Barbie doll buleh la pulak…..teddy teddy bear pun kira patung tau…ingat, malaikat bukan tak suker anjing saja occay, gambar dan patung pon malaikat tak suker …dan tak akan masuk rumah korang

Aku harap you all boleh terima kenyataan ini walaupun terlalu pahit untuk you all telan…

24 comments:

Anonymous said...

saudara,

memelihara anjing tidak ada masalah. Boleh dirujuk mana - mana ahli syariat pun, jika memelihara mengikut kaedah ianya ok.

Cuma, berkenaan dengan makhluk Allah SWT yakni para malaikat, saudara harus mendalamkan pengajian berkenaannya. Yakni, yang meliputi seluruh yg berkenaan dengan Zat & Sifat kepunyaan-Nya.

Contoh, Jibrail, jangan difahami bahawasanya ianya tunggal dan terhad kepada individu sahaja.(Perlu dipelajari dengan teliti supaya tidak terpesong akan kepercayaan @ iman itu sendiri).

Walau bagaimanapun penulisan anda sedikit sebanyak dapat memecahkan persepsi masyarakat yang konservatif terhadap hukum memelihara anjing. Dlm erti kata yg lain mengikut hukum adat turun temurun).Itu betul.
Komen Ikhlas dari pada saya - Lamia.

Anonymous said...

Kite tak leh based malaikat masuk on rasa je bang,

saya quote balik ape abang cakap:

Tapi, saya percaya bukan semua malaikat yang tak suka pada anjing,andai kata satu malaikat yang tak masuk , tak bererti semua Malaikat tak masuk… banyak sebab mengapa malaikat berkenaan tak mau masuk ke rumah orang yg bela anjing , saya raser salah satu sebab, anjing tu mungkin, busuk, berkurap…berpenyakit, dan tak menerima apa apa vaksinasi….

Itu zaman dulu la , very likely zaman moden macam hari nie .ada Malaikat yang berani masuk ke rumah orang islam walaupun dia ada bela anjing…yer lah…no 1, anjing tu lepak kat halaman rumah…bukan anjing tu duduk di ruang tamu pun…

ini semua based on gerak hati abang je ni? dari cakap abang sekarang ade malaikat kuno ngan malaikat millenium? and get vaccinated baru malaikat nak masuk, come on lah bang and macam mane abang bleh confirm malaikat tu akan masuk. biar betul bang, bahaya main gerak hati ni.

Soal rezeki bang, bukan muslim pun ade yang kaya2 siap dah control global economy, tapi kat mane? dunia je bang. ini sekadar berkongsi pendapat, there's always pros n cons on comments kan, jangan marah pulak ek?

Anonymous said...

woiiiii apa kabar- just know about ur blog heheheheheh





your ex-room mate- our tupai -Puteri vagi_ _ far _ _

jalal said...

woit

hows life-still remember me??

Lieza said...

anda mengubah pandangan saya ttg anjing...

tp penulisan anda ttg malaikat agak mengerunkan sy...

terlalu confident..

me8311 said...

well... kalu dah disebutkan malaikat tak masuk rumah tu,, makna nya semua malaikat la..tak de refer kepada jibril ke apa... dan dia tak le refer kepada anjing tu kotor, ada kurap ke.. as long as nama nye anjing, malaikat tak masuk la..sbb telah dikatakan binatang yang haram..sure la ada sebabnya anjing n babi diharamkan..malas nk ckp la..tp kalu orang tak berilmu jgn pandai2 ckp pasal hukum Allah n for sure la ko bukan nabi..
n pasal rezeki plk..kalu ko tgk.. org bukan islam pon kaya..cina india yang kaya tu beli anjing jugak..bukanlah bergantung kepada anjing rezeki ko tu..orang yang dpt rezeki Allah pon terdiri drp org yang ingkar jugak..tapi semestinya org yg beriman tu dpt apa yg dia nak..semua yg diaturkan Allah ada sbb nya..maybe u tak g kelas2 agama dulu kot..
tp takpe la.. just inform je..tak stuju ke setuju mampos tak layan
haha

abdullah said...

Saya raser, saya percaya, very likely, itu zaman dulu, agak-agaknye, kalaulah para sahabat nabi, ulama2 dulu dan sekarang guna ayat2 macam ni untuk keluarkan fatwa, hancurlah umat islam sekarang ni.
kalau nak main ikut logik, kenape ikut hukum sapu khuf(sarung kulit orang arab pakai sbgai kasut pd musim sejuk) sebelah atas, bukan sebelah tapak yang diguna untuk berjalan. Berkata saidina Ali r.a:
لو كان الدين بالرأي لكان أسفل الخف أولى بالمسح من أعلاه، لقد رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يمسح على ظاهر خفيه

"Kalaulah agama ini [berdasarkan] pendapat semata-mata, nescaya bahagian bawah khuf lebih layak disapu dari bahagian atasnya. Telah aku melihat Rasulullah saw menyapu bahagian atas kedua khufnya." [hadith Riwayat Abu Daud #162, isnad sahih]
Bab hukum, syariat, perkara ghaib ni xleh main gune kepala je bang, kalau main logik, orang kafir pun blh keluar fatwa asal ade sijil.
Habis tu kucing dulu xde kurap ke bang? Xde plak riwayat sebut malaikat kena kurap, pastu jadi fobia kat anjing. Malaikat xde yang berani, xde yang takut, kalau Allah perintah, diorang buat je, no question asked

Anonymous said...

I think this entry meant to be sarcastic .... I mean, surely malaikat maut masuk ke dalam 'rumah' untuk mengambil nyawa regardless ada anjing or potret. I think this entry just to challenge the mentality, itu je. Spirit and physical house is in a very different plane of reality, so I wont bother arguing something as arguable as this. Byk lagi isu2 penting.

HNA

meo said...

salam brader,
ko ni konfiden je cakap bab2 agama..anjing tak salah nak bela beb..tapi, lu bile cakap bab2 agama dah macam atheis plak..jgn guna logik nak kupas hadis & al-quran, kang tak pasai2 je tergelincir..better diam je kalo tak tau..ko nak bela anjing, bela la..bukannyer haram bela, cuma haram sentuh bile natang tu basah jer..pastuh ko jgn le lupe nak samak plak (ko tau kan camne nak samak?)..ooppss luper, ko ni pandai bab2 agama ni..

Ab. said...

I HAVE so much feeling. To me, i won't do anything that 'not sure' about hukum islam, untill i met 100% confirmation from expertise and it's proven.
Yang i tahu ajing, babi serta keturunan adalah haram. Wassalam.

M.K.I said...

well, you may be NOT SURE but others may be VERY SURE of what they are doing.

Thanks for your comment by the way...

MKI

Anonymous said...

astaghfirullahala'zim... boleh delete tak entry ni..

Anonymous said...

assalamua'laikum, boleh sy tahu saudara belajar agama kat sekolah mana dulu? saudara ni belajar merujuk kpd Bible ataupun al-Quran & Sunnah?

Anonymous said...

Salam bro...
Dulu masa skola rendah ada la namapak ada rumah melayu yg bela anjing..tp dia buat jaga kebun getah nun jauh dalam hutan...agaknya kira boleh bela la.
Tak sangka lak zaman moden sekarang pun ada yg bela anjing.
Dosa pahala bukan urusan kita..tp lecehla kalu sedara nak datang rumah..tgk2 ada anjing..aiseh kensel la..tp bro org moden..apa kelas minum kat rumah..mesti pegi peka kat mamak.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

saudara,

sememangnya memelihara anjing tidak ada masaalah..tetapi hendaklah atas atas dasar yang dibenarkan oleh syarak. saudara boleh merujuk kepada alim ulama tetang perkara ini.

saya sebagai saudara seislam ingin mengingatkan sesama kita bahawa, dalam Bab Najis anjing dan Babi ini ianya tergolong dalam najis berat (mughalazah)so, saudara harus memastikan hukum bersuci dalam perkara tersebut dipatuhi mengikut syarak begi menjamin kesempurnaan kita dalam beribadah.

komen saudara mengenai hukum berbuat baik kepada binatang memang saya persetujui seprti yang terdapat dalam al-quran dan hadis (berbuat baik kepada sesama makhluk)cuma belajar dan dalamilah bab najis daripada mereka yang berilmu (syarak).

nasihat saya kepada saudara seislam, dalami lah ilmu islam jangan sekadar mengambil hukum dari logik fikiran kita yang daif ni, rujuklah pendapat imam-imam mazhab yang masyhor melalui penyajian (berguru)

ingat lah sudara, bukan mudah untuk kita menjadi kufur, hanya dengan kata-kata dan perbuatan dan hati yang membenarkan.

Sama-sama lah kita berdoa, dalam menjalani kehidupan didunia ini yang sementara (dalam pelbagi aktiviti)kita diberi petunjuk dan dirahmati Allah, Amin.

Anonymous said...

ha?erk.bahayanya entri ni pada org yg tak bape memahami islam.takot terpeseong pula.konpius pun ada. detailkan lagi kot. terutama tang malaikat tak suka bau busuk?macam sarcastic pun ye.aih

huhu mintak dijauhkan la.

btw, blog yg menarik.

br,
naji

Nurain said...

Saudara MKI,

Tulisan saudara jelas menggambar pendirian terbuka saudara.

I wonder... Tentu sukar menjaga wudhuk jika sentiasa bergelumang dengan haiwan tersebut.

Anonymous said...

hmm...nasihat saya, tambah la ilmu anda. pergi la berguru or blaja. kita takleh ikut logik akal je dalam bab hukum hakam ni. ni dah melampau sangat la bro. kot ye pun open minded, jangan la sentuh bab2 malaikat ni. bley terpesong aqidah la. bukan masalah pahit or manis untuk ditelan. kami cuma menasihatkan je. bela la anjing tu...takpe. tapi jangan sampai melampau...

Macam-macam ada.. said...

sekarang ni zaman dah moden. bolej belajar bukan sahaja dengan buku, malah cd, internet pun boleh. Kepada semua, kalau nak belajar, tak kiralah belajar apa pun, tambahan pulak belajar agama, biarlah ada guru. jangan belajar sendiri dengan membaca buku sahaja atau dengan cd. Bila kita belajar sendiri, kita hanya mendapat ilmu, tetapi tidak mendapat keberkatan. Akibat tiada keberkatan, maka akan lahirlah cendikiawan yang kurang imannya.. malah akan lebih buruk lagi.. Orang-orang dulu takde buku atau cd atau internet, tetapi mereka ada guru. mereka menuntut ilmu daripada guru. sebab tu lah orang-orang dulu hebat-hebat..

andreednorie said...

Assalamualaikum..
aku terbaca kisah bro bela anjing ni dlm harian metro 10/10/09 hari ni. actually bagi aku la..aku tak sokong & tak juga halang bro nak bela anjing..
sebagaimana yg kita tahu- anjing tu tergolong dari golongan najis berat- so kalau terkena kesan jialatan atau air liur anjing- kita kena samak..so kalau bro nak bela anjing- bro boleh bela tapi jgn bagi dia melepak bebas macam kucing sampai ke bilik tidur,dapur dal lain2 bilik..dikhuatiri iar liur,atau najis atau apa2 cecair badan ajing tu terkena lantai dan lain2 peralatan rumah.. itu je sebab mengapa kita org islam tak dibenar bela anjing..nanti nak beribadat tak sempurna.. tapi kalau bro bela dlm kandang atau letak dlm 1 kawasan khas dan diselenggara dgn betul serta di ikat tak bagi dia merayau2 di kawasan rumah- itu tak jadi masalah..
Sapa yg kata tak blh bela tu aku ingat dia tak berapa cerdik lagi bab agama tapi saja nak tunjuk pandai..bila depa baca kita & mengatakan anjing tu najis berat- terus anggap benda tu haram.. Sebnarnya najis tu satu hal.. bila dah cuci-bersihlah dia..najis berat ada cara cuci dia,,najis ringan ada cara cuci dia..so dah tahu bersih suci ok la.. boleh la buat ibadat..
so lepas bermesra dgn anjing2 bro harap bro dapat samak betul2 agar anggota bro bersih dan dapat beribadat dgn sempurna.. itu je..
bab malaikat masuk rumah tak masuk tu..aku tak belajar lagi & tak jumpa pun hadis yg soheh tentang perkara tu..kalau ada tlg xplain kat aku..
tq

fahim said...

Abang, abang sebenarnya cuba memberikan pendapat berdasarkan ilmu agama yang.. kurang banyak.

Malaikat tidak sama dgn manusia.
Dan apabila kata Nabi s.a.w kata malaikat, kita tak tahu berapa org malaikat yg masuk.

Dan berkenaan bela anjing ni,
dalam tujuan2 tertentu ia dibolehkan dalam syara'.

ruh said...

Macam la dia orang nampak malaikat masuk ke tidak dalam rumah.Malaikat bukan kira ada bela anjing ke tidak, ada gambar ke tidak, yang penting hati ada allah.Kalau rumah tempat tinggal malaikat tak mahu masuk pasal bela anjing dan gantung gambar, susah la keje malaikat nak cabut nyawa.Rujuk quran je, jangan rujuk kitab tulisan manusia,banyak tokok tambah nya.Kalu dah tak ada dalam quran,dah la.Hadis banyak toko tambah.Kalu tak selari dengan quran makna nya hadsis tu tak bole pakai.Teruskan usaha M.K.I, asalkan tak langar peraturan dalam quran.

Yanni said...

hahha.. . this entry only to be sarcastic to certain ppl... :).. mungkin bila sekali baca kita akan mengucap.. tapi bila difikir fikirkan. kenapa statementya terlalu kasar.... lapangkan dada dlm semua hal.. islam x menyusahkan.. kalau si pembela anjing ini merasakan tidak menyusahkan dlm membela anjing ini.. teruskan..xde salahnya... selagi tahu apa itu najis.. dan tahu bila masa perlu samak...

Pada pembaca lain - jgn bertaqlik hanya pada satu mazhab....


P/s : org melayu kena buka minda..

Yanni said...

this entry actually bukan psal menghina atau memperlekehkan malaikat.. tapi penulis hanya trying tobe sarcatic..:).. which is true....

pembaca yg lain - lapangkan dada.. buka minda.... jgn bertaklik pada 1 mazhab..

Pages