Wednesday, January 18, 2012

Shih Tzu-satu penilaian semula


Saya nak amik kesempatan untuk citer sikit tentang sejenis baka anjing yang sgt popular di Malaysia,
Anjing baka shih tzu nie berasal dari tanah besar China. Sejarah menunjukkan bukti yg anjing shih tzu nie dah wujud di Beijing dari aal tahun 1800 lagi.
Anjing shih tzu nie orang untuk tujuan companion atau lap dog, erti kata lain, sebagai anjing buat teman atau kesayangan. Nak buat anjing pengawal jauh sekali kot..rasa rasa ada ke penyangak yang takut kalau terserempak dengan anjing shih tzu kalau dia tgh merompak rumah orang?? Mki rasa silap silap anjing shih tzu nie pulak kena curi..

anjing shih tzu yang telah siap didandan solek

Tapi tak baik gak mki ckp mcm tu, may be anjing shih tzu nie akan menyalak pada perompak@ penyangak…! Betol la, memang la perompak tak takut pada anjing baka shih tzu nie, tetapi x dapat di nafikan, kalau anjing nie salak, mau bingit  telinga….

Hari tu, mki ada ke pertandingan anjing kat KL, bila ternampak handler/pemilik tgh mengrooming anjing shih tzu nya, rasa nak pitam, terkedu, terkesima dan sebagainya…baying kan anjing nie dipakai kan “Curlest”!! setiap urat bulu anjing shih tzu digulung dengan rapi…
sebelum bulu dia nak jadi cantekk, inilah prosedur yang perlu dilakukan


Malah anjing shih tzu nie tak dibenarkan makan terus dari mangkuk biskut nya, sebalik nya, setiap butir biskut disuapkan ke mulot anjing shih tzu nie, owner cakap dia tak mau bulu dekat bahagian mulot anjing shih tzu dia kotor dan comot! Perghhhhhh! Korang mampoooo?? Hehehe mki tak mampoo…
Yang paling dikagumi, bila anjing shih tzu dia nak “poo poo”, pemilik angkat ekor anjing dan tadah dengan kertas tisu, alas an , owner tak mo bulu bulu dekat area ekor terkena kotoran najis….mak aii..sampai tahap mcm tu kan..besh la pulak kalau jadi anjing shih tzu nie….
Cuma mki tahu anjing shih tzu nie tak sesuai dipelihara kalau rumah ada budak budak, anjing nie suke ketenangan, kalau budak budak perangai mcm pelesit mau stress anjing shih tzu nie..
Mki rasa anjing shih tzu nie haruss disimpan dalam rumah, tak boleh nak dibayangkan kalau shih tzu yg berbulu mayang menghurai dibiar berlari di taman, habis la rumput kering, daun daun dan sampah yg akan melekat pada badan si shih tzu nie, satu lagi punya kerja pulak nak bersih kan…

anak anjing shih tzu yang berumur 4 minggu

So, kawan kawan peminat anjing, jangan la berangan nak pelihara anjing shih tzu kalau tak mampoo dari segi masa , kewangan sebab ini bukan anjing yang mudah dijaga, selain dari bulu dia yg panjang, mata anjing shih tzu yang terbeliak@terjojol selalu menyebabkan dia ada sakit mata, “cataract” dan ulser suka sangat pada anjing shih ztu.

dengan muka yang cute, riben di kepala lagik, hati siapa yg tak cair kan..


Kalau ada apa apa soalan tentang anjing shih tzu , sila la Tanya mki….

Monday, January 9, 2012

Pandangan 4 mazhab terhadap anjing...baca yer, jangan tak baca...

http://www.youtube.com/watch?v=ZYKLI9G58QA

Pengikut Mazhab syafie, please try respect and accept pengikut mazhab mazhab yang lain, kalau korang boleh jer accept jira dan kawan korang yang sembah berhala, tokong, salib etc, kenapa susah nak nak hormat pada saudara sesama islam yang tak berpegang pada mazhab syafie????

Sunday, December 25, 2011

Sunday, December 4, 2011

Suara dan petikan guitar cumi1569- satu kesan abadi

Beberapa bulan yg lepas, takala mki sedang browse youtube secara rawak, tah mcm mana, nak jadikan cerita bertembung la pulak dgn video bro cumi1569 secara eksiden, disebabkan video bro cumi tak ada muka, biasa sifat kepo semula jadi manusia nak taw la sangat, so apa lagi, mki pon click la…perghhh…

Bukan nak ampoo, promote jack atau bodek bro cumi1569, tapi korang dgr la sendiri. Mki rasa lunak merdu, menusuk kalbu@sanubari la sgt suara and petikan guitar bro cumi1569…to make long story short, sangat menyenangkan lagi menenangkan…

Apa yg besh tentang bro bro cumi 1569 ialah keupayaan dan kemampuan beliau untuk menyanyikan lagu pompuan dengan sukses nya..malah tak keterlaluan kalau mki kata kan yg mki lebih suka suara cumi1569 bila nyanyi kan lagu pompuan dari penyanyi original…hehehehe…tapi this is pendapat mki lah, may be korang setuju, may be tidak….tapi seperti selalu, pendapat orang lain tak penting langsung…pendapat mki la yg muktamad, final dan veto…(giler kuasa la sangat)….

Anyway berikut ialah link link yang korang boleh click kalau nak enjoy

http://www.youtube.com/watch?v=8dwXDqmv4K4

http://www.youtube.com/watch?v=KzBqYk5kUJw

http://www.youtube.com/watch?v=158KQX6QUyA

http://www.youtube.com/watch?v=cintyJ2s9LM

Bro cumi1569, thanks for sharing your gift with us all!


Pages